Monday, June 30, 2008

Utusan dari Meja Pengarang e-Buletin



Assalamualaikum wrt. wbt.


Syukur kepada Allah, menghidupkan kita dalam keadaan yang dilimpahi Nikmat, iaitu nikmat islam dan iman...berbeza dengan insan lain yang tidak mendapat nikmat islam dan dalam keadaan derita lagi sengsara...semoga Allah memelihara islam dan keimanan kita..amin

Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w yang tidak putus membantu umatnya yang dalam sesusahan, Ahli keluarganya, para sahabatnya, Para-para Ulama', Umara' dan pejuang-pejuang dijalan Allah.

Pertamanya, Syukur saya pada pencipta syurga bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa dan pencipta neraka bagi orang-orang yang melanggar aturannya TANPA sedikitpun rasa ingin bertaubat kerana peluang ini dapat saya menguruskan e-Buletin PAS pengkalan Arang ini.

Dengan peluang yang diberikan-NYA ini, insya Allah saya akan cuba menunaikan tanggungjawab untuk menyebarkan DAKWAH dan perjalannya kepada masyarakat diluar sana dengan sebaik mungkin.

Harapan dari kami, agar masyarakat semua dapat membantu kami untuk menjalankan amanah ini dengan tunjuk ajar, dorongan supaya kami dapat melakukan tugas ini dengan jayanya bukannya sekadar untuk kepentingan peribadi sesetengah individu. segala cadangan dan komentar, boleh diajukan ke shahralbatnani@gmail.com dan insya allah, akan saya usahakan ke peringkat yang paling tinggi.

Jutaan Terima kasih diatas sokongan dan dorongan semua pihak, untuk kita sama-sama mengambil peranan dalam perjuangan hanya untuk mendapat "keredhaannya" semata-mata.

Wassalamualaikum wbt.

meroboh rangkaian penindas

membangun bersama islam


shahr Albatnani
Pengarang e-Buletin PAS Pengkalan Arang