Wednesday, November 19, 2008

ADUHAI 4 ISTERI KU....



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.



Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.



Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.



Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.




Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."



Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."


Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Friday, November 14, 2008

TAUBAT SEORANG PEJUANG......



Dilulus terbit pada Friday, November 14 @ 16:00:00 MYT oleh TokBatin


Oleh tantawi08

"
Masih terngiang - ngiang di telinga saya , perkataan yang pernah dipopularkan oleh al Imam Hassan al Hudhaibi . Perkataan ini sering diulang - ulang oleh naqib saya Syeikh Ahmad Laasyin ( beliau pernah dipenjara bersama Asy Syahid Syed Qutb Rhm ) , dulunya beliau adalah Imam Masjid Syahid di Tanta .

Saya lekatkan banner perkataan tersebut di dinding rumah saya sewaktu menginap di Syari' al Hulwa berhadapan dengan Madrasah Jil Muslim lil Banat di Tanta satu masa dulu . Masih segar pastinya dalam ingatan ini bersama rakan - rakan seperjuangan yang sangat menghayati makna dan maksud perkataan tersebut.


Perkataannya ringkas tapi nyata ia cukup besar maknanya bagi diriku sebagai seorang pejuang . Ianya bagai satu energy yang cukup luar biasa bagi diri saya sewaktu meredah segala cabaran dan merempuh segala halangan untuk berjaya mencapai status seorang pejuang.

Juga masih dalam ingatan ini , sewaktu kami para nuqaba' menjalani terapi muhasabah di satu subuh yang hening . Naqib saya masa tu Ust. Musthafa Saari dibantu Ust. Zulqarnain Hassan telah membuat dua garis . Satu garis permulaan dan satu lagi garis akhir . Jarak antara garis mula dengan garis akhir sekitar 10 kaki ( lebih kurang 20 tapak ) .

Kami lebih kurang 12 orang ( kalau tak salah ingatan saya ) berbaris digaris mula dengan arahan supaya memberi fokus kepada setiap tapak yang akan kami lakukan menuju ke garis akhir . Itu pun kalau setiap aktiviti dan amal Islami yang dibacakan oleh Naqib satu persatu dengan penuh tertib telah dilakukan oleh kami secara jujur dan benar .

Setiap amal dan aktiviti yang tidak kami lakukan , pastinya ia mematikan langkah kami . Ada 20 amal dan aktiviti yang dibacakan oleh Naqib dan memadai dengan 20 langkah untuk kami sampai ke garis akhir dengan satu amal yang dilaksana bersamaan satu langkah .




Ayat tema kepada terapi muhasabah ini adalah perkataan yang saya maksudkan tadi :

أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم

Tegakkanlah Negara Islam di dalam diri kamu
nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu.

Terapi Muhasabah yang Menginsafkan

Dipertengahan jalan menuju ke garis akhir , nyata waktu itu saya agak terkebelakang berbanding sahabat - sahabat yang lain seperti meluru laju kerana setiap amal yang disenaraikan oleh Naqib rupanya dilakukan oleh mereka dengan baik . Sementara saya gagal dalam banyak amal Islami yang sepatutnya menjadi kewajipan kepada kami para nuqaba' melakukannya.

Ya , saya masih ingat bagaimana saya gagal untuk puasa isnin dan khamis malah saya juga gagal menginfaqkan sebahagian harta yang saya miliki pada minggu tersebut. Kegagalan demi kegagalan sudah pasti mematikan langkahan saya dan akhirnya saya mula menyedari bahawa kedudukan saya dengan garis akhir agak jauh .

Kedudukan ini tentu sahaja menyebabkan naqib saya ( amir ) tidak berpuas hati dengan prestasi saya selaku salah seorang dari para nuqaba' harapannya.

Lalu saya disergah oleh Ust. Musthafa . " Ust. Din ! anta tengok kedudukan anta sekarang , masih terlalu jauh untuk sampai ke garis akhir ! Anta tahu apa maksudnya ? Maksudnya anta gagal untuk layak sebagai seorang pejuang ! "

Saya cuba bertahan . Menahan gelora emosi yang mula diserang rasa bersalah kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pejuang .

Ust Zulqarnain menambah : " Ust. Din , kalau macam ni keadaan anta macam mana anta nak jadi pemimpin ? Memimpin Gerakan Islam tidak seperti memimpin persatuan kebajikan ! Kenapa minggu ini prestasi amal anta terlalu lemah ? anta lupa tanggungjawab ? anta bermain - main dengan perjuangan ini ? anta ingat nak jadi pejuang cukup setakat pandai pidato ? kemana perginya semua taujihat yang kami berikan kepada anta selama ini ? "

bertalu - talu persoalan diterjah kepada saya oleh Ust Zulqarnain . Perasaan saya makin sukar dikawal dan akhirnya dalam suasana yang penuh hening disubuh hari , saya menangis kesal . saya meraung penuh insaf .

Suasana agak emosional , saya hampir pengsan dalam esakan yang cukup memilukan , mengenang diri yang nyata tidak layak untuk menjadi seorang pejuang sedang saya selalu mendambakan status sebagai seorang pejuang , malah saya bangga memperkenalkan diri kepada sahabat - sahabat bahawa saya adalah seorang pejuang . Saya malu ...

Saya ingat lagi , agak lama juga saya diselubungi rasa bersalah dan saya menangis dan terus menangis sehingga memaksa rakan - rakan anggota madrasah Nuqaba' yang turut menyertai Terapi Muhasabah itu , memujuk dan menyabarkan saya .

Demikian secebis kenangan 14 tahun yang lalu sewaktu saya direkrut dan dikaderkan oleh abang - abang yang lebih senior dalam perjuangan ini . Sebahagian mereka kini menjadi pemimpin , memimpin Gerakan Islam di negeri masing - masing . Pun turut di akui , ada juga mereka yang dulunya mentarbiyah saya , kini mereka hilang dari peta rajah perjuangan di tanahair hari ini . Mungkin mereka berjuang di luar negara . Wallahua'alam .

Bukan Zaman Rekrut

Sekarang saya dan kita semua berada di medan berbanding sebelumnya kita bagaikan berada di kem . Ertinya kita bukan lagi berada di madrasah nuqaba' dan tidak juga berada di dalam tamrin panjang ( mua'skar ) yang mana kita dibina , dilatih , dibentuk , dikader , ditegur , dimarah , dibimbing , dipimpin , diajar dan dinasihat oleh pimpinan .

Hari ini kita bergerak meredah cabaran dan menyerap tekanan dengan tahap upaya sendiri berbekalkan skima pentarbiyah yang telah diambil sejak sekian lama .

Cukup lama diri ini tidak ditegur , dididik , dimarah , dibimbing , dinasihat , diajar dan dikader seperti dulu . Logiknya , kalau dulu pun ( dalam suasana pengkaderan ) saya masih gagal dalam banyak aktiviti amal islami , bagaimana saya boleh berjaya dalam suasana begitu lama saya tidak dibimbing dan ditegur ?

Taubat

Sukar sungguh untuk layak jadi pejuang yang tangguh dan tahan uji . Mungkin saya boleh berjaya dalam satu bahagian tetapi gagal dalam banyak bahagian yang lain . Berhadapan pula dengan tekanan dan cabaran dari luar serta tidak kurang karenah dalaman yang cukup menguji kesabaran .

Antara yang membuat diri ini sering gagal ialah keupayaan dan stamina diri yang masih lemah dalam menangkis serangan kemahuan ( nafsu ) yang datang dari diri sendiri . Ianya sering memerangkap dan menjadikan diri ini leka dan lalai dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pejuang dan pemimpin .

Banyak sungguh dosa diri ini ! Ya Allah , Ampunkan daku ! Syaithan tentu saja gembira dengan perkembangan ini . Ya Allah ! Janganlah Kau biarkan diriku yang lemah ini terkapai - kapai dihanyutkan arus leka dan lalai dibuai nafsu .

Ya Rabbi Ya Allah ! Kurniakan hidayahMu buat diri ini agar aku mampu thabat di atas landasan perjuangan suci ini . Biarpun aku tidak layak menjadi pemimpin tetapi jangan sekali - kali kau biarkan aku tidak layak untuk menjadi pejuang agamaMU ya Allah !
"

Tuesday, November 11, 2008

Umno peralat Cawangan Khas 'culik' 5 wakil rakyat PAS



"Saya dibawa tiga anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kelantan ke Kuala Lumpur. Perjalanan bermula jam 2 petang melalui Kuala Terengganu.

"Sepanjang perjalanan kami senyap tidak bercakap. Saya tahu polis hanya menjadi alat orang politik. Namun, terkejutnya apabila sampai di sebuah rumah banglo di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur ada empat lagi wakil rakyat PAS sudah berada di situ."

"Alangkah terkejutnya saya. Namun, kami senyap kerana tahu angkara siapa sebenarnya sehingga kami dibawa ke situ," kata bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad, 82 ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Inilah cerita yang jarang diketengahkan bagi memperlihatkan wajah sebenar para pemimpin Umno (Perikatan ketika itu), semata-mata mahu merampas kerajaan Kelantan melalui tindakan bacul.



Ketika itu, pilihan raya kedua diadakan selepas merdeka. PAS mempunyai 21 wakil rakyat dengan kelebihan lima kerusi berbanding Perikatan.

Kerajaan PAS diketuai Mohd Asri Muda (Dato') dan Timbalan Menteri Besar, Nik Abdul Rahman Nik Mat.

Pada pilihan raya pertama selepas merdeka iaitu pada 1959 PAS memenangi 28 daripada 30 kerusi negeri yang dipertandingkan. Sedangkan pilihan raya pertama sebelum merdeka, Kelantan dimenangi Perikatan.

"Kami macam orang bisu tidak dapat bercakap di antara satu sama lain. SB (Cawangan Khas) polis yang berpakaian biasa ramai mengawal kami di bawah.

"Kalau hendak bercakap pun kena berbisik-bisik kerana SB sentiasa mengintai setiap gerak geri kami," kata Che Omar yang masih gagah biar pun usia sudah lanjut.

Rumahnya agak besar terletak di Banggol di bandar Tanah Merah.

Empat lagi wakil rakyat yang terbabit dengan episod 'culik' tersebut sudah lama meninggal dunia. Mereka ialah Adun Kota Bharu Timur, Haji Saufi Idris, Adun Tok Uban, Haji Abdullah Yusof, Adun Pasir Puteh Tenggara, Abdul Rahman Mohd Salleh dan Adun Tanah Merah Barat, Yusof Abdul Latif.

Menurut Che Omar sejak hari pertama dikurung di Jalan Pekeliling, beliau tidak diberitahu bagaimana empat lagi wakil rakyat dibawa ke rumah tersebut.

"Mungkin menjadi rahsia peribadi di kalangan mereka. Namun bagi saya ia tidak lagi menjadi rahsia kerana tindakan dilakukan Perikatan bagi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan begitu mengaibkan sekali," ujarnya.



Mengimbau detik-detik ditahan sebelum dibawa ke Kuala Lumpur katanya, ketika itu beliau bersama wakil rakyat Parlimen Tanah Merah, Mustapa Ahmad mahu menunaikan solat Jumaat. Beliau ditahan anggota polis di tengah jalan.

Polis mengarahnya datang ke Balai Polis Tanah Merah.

Beliau hairan apa kesalahannya. Apabila sampai ke balai polis beliau diminta naik ke tingkat atas dan menemui seorang pegawai.

"Pegawai polis itu kata ada kaitan dengan kes pistol. Namun saya memberitahu polis saya ada lesen. Kemudian pegawai itu meminta saya menyerahkan pistol.

"Selepas itu saya dibawa pula ke Ibu Pejabat Polis Kota Bharu. Sebelum dibawa ke Kota Bharu saya minta balik ke rumah sekejap untuk memberitahu apa yang berlaku kepada isteri.

"Ketika saya sampai di Balai Polis Kota Bharu saya lihat ramai penyokong PAS berada di situ bagi memberi sokongan. Tidak lama kemudian saya dibawa turun dari pintu belakang dan terus dibawa ke Kuala Lumpur," katanya yang masih mengingati peristiwa yang memalukan Umno tersebut.

Che Omar berkata, biar pun segala makan minum disediakan pihak SB, namun beliau dan rakan-rakan rungsing memandangkan persidangan Dun Kelantan semakin hampir.

Ekoran itu beliau berpakat secara sulit, namun diketahui juga SB yang berkawal.

"Mereka meletakkan syarat, kalau hendak balik boleh tetapi mesti mengisytiharkan menyertai Umno. Ketika diaju syarat itu saya meminta diberi tempoh sehingga esok. Saya terima syarat itu hanya di mulut dan bukan di hati.

"Dan esoknya kami dibawa ke satu tempat dan membaca surat yang disediakan bagi menyatakan sanggup menyertai Umno di depan kamera televisyen. Saya orang yang pertama mambaca kenyataan itu," katanya.

Ekoran itu geger (heboh) ke seluruh negara lima wakil rakyat PAS Kelantan mengisytihar menyertai Umno.

Che Omar berkata, beliau dimaklumkan kerusi mereka di Dun Kelantan sudah dipindah ke barisan pembangkang selepas pengumuman dibuat.

Keesokan harinya beliau dan rakan-rakan dibawa pulang ke Kota Bharu dengan tiga kereta yang dipandu anggota polis.



"Apabila tiba di Kota Bharu pada hari itu persidangan Dun diadakan. Dan saya diberitahu Umno akan membawa usul tidak percaya kepada kerajaan PAS.

"Namun saya sudah berpakat dengan empat rakan untuk tidak keluar ke mana-mana termasuk pergi ke persidangan Dewan. Keadaan itu menyebabkan persidangan Dewan menjadi kelam kabut.

"Dua wakil Dato' Asri datang menemui kami dan membawa ke JKR 10, dan pada pagi yang sama PAS membuat surat sebaran mengatakan lima wakil rakyat terbabit tidak menyertai Umno.

"Ini menyebabkan undi tidak percaya yang mahu dibuat Umno bagi menjatuhkan kerajaan PAS tidak menjadi kenyataan," katanya.

Che Omar mewakili Tanah Merah Timur selama tiga penggal bermula 1964.- tajdid_

SURAT KEKUATAN....

Berikut adalah surat wasiat terakhir dari ketiga-tiga Pengebom Bali sehari sebelum mereka dihukum oleh Skuad Penembak Pihak Berkuasa Indonesia... Dalam wasiat ini jelas mengambarkan Istikamah mereka dalam menegakkan Agama Islam walau apa pun yang terjadi, hanya Allah SWT jua yang menentukan

Sebagai Saudara Se-agama melalui wasiat ini, kita sewajarnya mengambil tauladan dan iktibar supaya tetap teguh berjuang dan beristiqamah menegakkan Agama melalui cara kita sendiri...










SEKITAR PENGEBUMIAN IMAM SAMUDRA.....