Tuesday, December 30, 2008

500 sertai himpunan bantah kekejaman Israel ke atas Palestin




Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir/ Wan Zahari
Tue | Dec 30, 08 | 1:45:47 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.

Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia.



Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.

ImageTepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.

Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku.



Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.



Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.

ImageTindakan biadap Israel itu dikecam keras dan seluruh masyarakat dunia kini turut membantah keras kekejaman Israel itu.

Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin, katanya.

Serangan tidak beradap ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.

Justeru rakyat Malaysia meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.

Sementara itu, Naib Presiden PAS yang bercakap selepas penyerahan memorandum menyifatkan Israel kini menjadikan Gaza seperti sebuah penjara yang memuatkan 1.6 juta penduduk Palestin.

Gaza di kepung sejak serangan bermula Sabtu lalu tanpa sebarang bantuan boleh dibenarkan masuk ke sana, katanya.

Namun pertubuhan-pertubuhan neghara bangsa dan umat Islam di dunia ini tidak pun bertindak bagi menekan Israel menghentikan tindakan biadap itu, katanya._

Tuesday, December 23, 2008

Pendedah Eurocopter, Abu Zahar sertai PAS hari ini





Wan Noodin Wan Yaacob & Irwan Muhammad Zain
Wed | Dec 24, 08 | 11:20:45 am MYT
KUALA LUMPUR,24 Dis (Hrkh) - Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato' Abu Zahar Hashim yang dikenali ramai sejak mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter sah menyertai PAS hari ini.



Beliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

Dalam masa yang sama Zahar turut 'mewakafkan' (infak) pejabat Bahagian Umno PJ Selatan kepada PAS kawasan sama. Difahamkan pejabat tersebut adalah milik beliau sendiri.

Sementara itu, Ustaz Nasharuddin mengalu-alukan kesudian beliau menyertai PAS sekaligus menghargai Zahar untuk sama-sama membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula 5 sehingga 17 Januari depan.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.-azm

Azhan harap pengundi Kuala Terengganu 'buka mata'



Harakahdaily
Wed | Dec 24, 08 | 10:33:43 am MYT
KUALA TERENGGANU, 24 Dis (Hrkh)- Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan yang menjejakkan kakinya kali pertama di Kuala Terengganu atas jemputan Dewan Pemuda PAS Terengganu berharap para pengundi akan membuka mata memilih calon yang terbaik dalam pilihan raya kecil 17 Januari depan.



Justeru beliau berharap agar para pengundi Kuala Terengganu dapat memilih calon yang lebih (dekat) kepada mardhotillah (keredhaan Allah).

"Yang pastinya minta kepada pengundi, supaya sebelum keluar mengundi, malamnya itu mereka membuat (solat) istikharah, meminta Allah menunjukkan calun.

"Pada saya (peribadi) saya, beri undi kepada PAS lah, tapi dalam bentuk umumnya, untuk pengundi atas pagar, biar dia fikir keputusan yang dibuat itu adalah didorong oleh ketentuan Allah SWT," katanya yang dipetik daripada laman web Buletin Online.

Menurutnya, beliau mengetahui jemputan itu dan telah pun bersedia dengan agenda politik dan pilihan raya terutamanya dalam konteks pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

"Saya memang tahu program ini bersempena dengan program pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan saya memang telah bersedia dan tidak ada masalah,�kata Azhan yang kini bernaung dibawah Hijjaz Record dan TV9.

"Ini kali pertama setelah johan akademi nasyid, untuk buat (konsert), tapi kalau pergi Terengganu untuk program-program mesyuarat Unit Amal, itu biasalah.

"Ini memang proses penjelajahan saya ke negeri-negeri, Terengganu antara negeri terakhir yang saya lawati,"katanya ketika ditemui Buletinonline sebelum memulakan persembahan dalam Konsert Hiburan Alternatif di Kuala Ibai semalam.-azm _

Friday, December 19, 2008

Siasatan wakil BN boros RM26.6 juta


Oleh Jimadie Shah Othman

Malaysiakini : haniza talhaJawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

Haniza Mohd Talha berkata, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac lepas.

Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.

Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.

Dalam persidangan pertama dewan itu Mei lepas, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.

Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.

Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Difailkan dalam: Isu Ekonomi, Isu Politik, Jenayah, Keluarga&Masyarakat, Keratan Akhbar, Kezaliman BN

Antara Kita Dan HAMAS : Suatu Perbandingan Yang Jelas Yang Wajar Direnungi



Dikirim pada Disember 18, 2008 oleh drahmadmuhammadahmad

Pihak HAMAS telah menjadikan bidang kebajikan sebagai aspek utama yang perlu diberikan perhatian dan tumpuan. Bagaimanakah kita?

HAMAS tidak pernah jemu memenuhi keperluan rakyat Palestin. Bagaimanakah kita?

Pemimpin HAMAS hidup sebagai pemimpin dan bukan sebagai dewa di kayangan. Bagaimanakah kita?

HAMAS mampu membentuk jiwa dengan iman yang kental di kalangan anggotanya. Bagaimanakah kita?

Dalam kesibukan berjihad, pimpinan HAMAS masih lagi kukuh dengan kegiatan usrahnya. Bagaimanakah kita?

Dalam penderitaan yang tidak pernah padam, pimpinan HAMAS mampu menyiapkan tesis sehingga ke peringkat kedoktoran. Bagaimanakah kita?

Anggota HAMAS yang sering keluar masuk penjara sempat menghafal al-Quran dalam tempoh itu. Bagaimanakah kita?

Rakyat Palestin yang hidup dalam penuh penderitaan mampu bangun sebagai satu barisan yang gagah apabila seruan hayya ‘ala al-jihad dikumandangkan. Bagaimanakah kita?

Pimpinan HAMAS telah mengorbankan segala-galanya untuk jihad. Bagaimanakah kita?

Tidak pernah wujud istilah veteran kepada aktivis HAMAS. Bagaimanakah kita?

Pimpinan HAMAS akan berkorban apa sahaja bagi membela ahli bawahannya. Bagaimanakah kita?

Pimpinan HAMAS hidup dalam penuh kesederhanaan walaupun mereka mampu memiliki apa yang mereka mahukan. Bagaimanakah kita?

HAMAS sentiasa turun ke medan untuk mendekati rakyat tanpa mengira ras keturunan, fahaman politik dan agama. Bagaimanakah kita?

Ahli HAMAS menganggap masalah rakyat adalah masalah mereka. Bagaimanakah kita?

Ahli HAMAS begitu mematuhi soal ketepatan masa. Bagaimanakah kita?

Ahli HAMAS berani menyatakan teguran dan kritikan kepada pimpinan mereka. Bagaimanakah kita?

Pelbagai lagi. Bagaimanakah kita?

Persoalan “bagaimanakah kita” ini tidak akan selesai selagi kita gagal untuk membersihkan hati kita daripada sifat-sifat mazmumah.

Hanya satu sahaja ubat dan penawarnya. TARBIYYAH.

Semoga kita diberikan taufik dan hidayah oleh Allah swt. Ameen.