Saturday, January 30, 2010

KETUA PEMUDA UMNO TIDAK SETARAF DENGAN KETUA PEMUDA PAS

DALAMAN PERGERAKAN PEMUDA PARTI SIKULAR MALAYSIA MENUJU
KEMUSNAHAN

inilah dia PERJUANGAN yang dilahirkan oleh kejahilan ilmu kerohanian dan tamakkan harta dan kesenangan. Perkara baik yang ada pada Parti Islam, mereka sebarkan tafsiran buruk kepada rakyat sehinggakan berbagai-bagai kesusahan yang kita alami tapi tidak mengapa. Adab berjuang perlu menempuh kesusahan yang diadakan oleh orang yang mengaku islam.

Seperti yahudi pulang ke Palestin adalah untuk kehancuran bangsanya sendiri, sama sahaja UMNO pulang ke Malaysia untuk memusnahkan bangsanya sendiri dengan mengguna pakai undang-undang orang kafir, cara hidup orang kafir, berbangga dengan kejayaan musuh. Akhirnya, Negara dalam kemiskinan ketika Duit Negara melimpah ruah.

Ya Allah, kamu maha mengetahui.....Hantarlah kami kepada mereka untuk kami mempertahankan agama-MU ya Allah.....


Exco Pemuda Umno ( orang kanan) desak Khairy letak jawatan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno malam kelmarin kecoh ekoran terdapat desakan supaya ketuanya, Khairy Jamaluddin berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu.

Harakahdaily difahamkan, punca utama desakan beberapa anggota Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.

Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.

Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai tetapi difahamkan dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletakkan jawatan untuk pemilihan semula pergerakan itu jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.

Mengikut Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda Umno, jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti, maka jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda Umno Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan jawatankuasa yang baru dipilih itu.

Selain isu kemelut yang melanda beberapa Pemuda Umno negeri yang gagal ditangani oleh Khairy, beliau juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh ketua-ketua pemuda bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepadanya apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir.

Pada mesyuarat malam kelmarin juga, beberapa Exco Pemuda turut mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada di kalangan mereka yang membangkitkan jika dahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berjanji mengorbankan harta benda untuk pergerakan Pemuda jika menang, tetapi setelah menang lain pula alasannya.

Aduka Teruna perlu Mohon Maaf : Pemuda UPU Pengkalan Arang

Assalamualaikum wrt. wrkth.

Segala puji bagi Allah yang menciptakan ulama' sebagai cahaya bagi menerangi wajah dan hati kita dengan sinar islam sinar yang suci. selawat dan salam buat junjungan mulia yang keperibadiannya diteladani oleh ulama' untuk dijadikan contoh terbaik bagi umat islam dan bukan islam.

Terkenang saya ketika menuntut di sebuah IPT di Mu'tah, ianya berlaku pada tahun 2002. kejadian itu berlaku disebabkan seorang Bekas Presiden KUJ (kelab umno jordan) melakukan provokasi terhadap MB Terengganu ketika itu ialah Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang yang datang singgah ke jordan untuk ke Mekkah.

Kejadiannya sama yang dilakukan oleh Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya(Aduka Teruna) yang bertubi-tubi berusaha menjatuhkan imej Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang yang nyata menyebabkan kemarahan Ahli-Ahli PAS dan Rakyat Terengganu keseluruhannya yang pernah dilakukan oleh Bekas Presiden Kelab Umno Jordan ketika dulu.

Justeru itu, saya mewakili Pemuda UPU Pengkalan Arang meminta Khairul Nizam Abd Ghani memohon maaf kepada seluruh Ahli PAS dan membubarkan PAS REFORM yang terang-terang paksi UMNO dan BARISAN NASIONAL. Untuk pengetahuan Agensi UMNO dan BN, Jangan Sangka sudah tiada Ahli PAS yang bersifat seperti Khalifah Umar AlKhattab. Kami tidak akan membiarkan Islam dan Ulama' di sepak tendang oleh Munafiq yang bencikan cahaya ilahi.

Moga Hidayah Milikmu, Wassalamualaikum Wrt Wkth.

Islam Memimpin Perubahan


Yang Ikhlas


Shahr Albatnani
Ketua Pemuda
UPU PAS Pengkalan Arang.

Friday, January 29, 2010

YB KHALID SAMAD : SATU IKHTIBAR DAN MUHASABAH


KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu dua lagi ahli jawatankuasa Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman.

Muttalib pula berkata, hukuman bagi kesalahan di bawah fasal 75 perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu memberi amaran, melucutkan mana-mana hak dalam parti, menggantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli parti.

"Kedua-duanya didapti bersalah jadi kalau lepas ini mereka buat juga,jawatankuasa disiplin boleh panggil balik dan kita boleh hukum mereka di bawah mana-mana hukuman yang ada pada kita,"katanya.

Khalid bagaimanapun hanya menghantar wakilnya pada pertemuan petang tadi kerana beliau berada di luar negara.

Tuan Ibrahim dalam pada itu berharap agar keputusan yang dibuat itu menjadi satu panduan dan iktibar kepada pimpinan parti yang lain.

"Kita harap keputusan hari ini dapat menjadi panduan dan iktibar kepada pendokong parti bukan sahaja dalam konteks PAS tapi juag dalam konteks Pakatan Rakyat,"katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media yang berlainan, Hasan berkata beliau menerima keptusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya.

www.harakahdaily.net

GAMBAR ADUKA TERUNA : GANJARAN LUMAYAN


IDENTITI PELANGGAR ULAMA' dan UMARA'

Hina Raja: Penulis blog, Aduka Taruna didakwa

GANJARAN* BAGI SESIAPA YANG DAPAT MENGAMBIL GAMBARNYA

Seorang penulis blog dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor.

Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, sebelum ini BERSEMANGAT untuk melaga-lagakan Ulama' dan Pimpinan PAS dan Orang kuat dalam merosakkan Ulama' Mukhtabar dalam penulisannya.

Kami bagi Pihak Pemuda UPU mengalu-alukan kepada sesiapa yang dapat memberikan gambarnya kepada kami untuk kami mengenalinya dan mudah untuk kami menjalinkan ukhuwwah dakwah. Maklumat terbaru, esok adalah hari persandingannya. kami harap mereka dapat melahirkan Ulama' yang akan mendidik manusia yang sesat.

* Ganjarannya kami akan add kan blog tuan ke dalam blog UPU kami.




Wednesday, January 27, 2010

PUNCA KEMALANGAN DS NIZAR : SEMUA TOYOTA CAMRY DITARIK

Toyota gantung jualan Camry di AS


SEBUAH kereta Toyoya Camry dipamerkan di sebuah pusat jualan di San Rafael, California pada 21 Januari lalu.


WASHINGTON - Pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota menggantung jualan kereta Camry dan tujuh model lain di Amerika Syarikat (AS) bagi membaiki masalah pedal minyak.

Masalah itu membahayakan pemilik kenderaan kerana kereta yang dipandu mereka boleh memecut secara mendadak.

Penggantungan jualan itu yang diumumkan kelmarin melibatkan lapan model kenderaan Toyota di AS iaitu Camry dari 2007-2010, Corolla 2009-2010, RAV4 2009-2010, Matrix 2009-2010, Avalon 2005-2010, Highlander 2010, Tundra 2007-2010 dan Sequoia 2008-2010.

Toyota turut menggantung pengeluaran model-model kenderaan itu di lima buah kilangnya di AS dan Kanada bermula 1 Februari ini bagi menilai dan menyelaras aktivitinya.

Terdapat 2.3 juta kenderaan yang terbabit dalam pemulangan semula itu kerana pedal minyak yang tersangkut akibat masalah mekanikal.

Beberapa bulan lalu, Toyota memanggil semula 4.2 juta kenderaan kerana masalah pedal minyak yang tersangkut di bawah karpet lantai.

Masalah tersebut yang melibatkan beberapa jenama Toyota di AS dan Eropah telah memalukan pengeluar kereta nombor satu dunia itu.

Setakat ini, Toyota menyatakan ia tidak pasti sama ada masalah pedal minyak itu telah menyebabkan kemalangan atau kecederaan tetapi tidak menolak ia mungkin berlaku.

"Tindakan ini perlu dilakukan sehingga kami dapat mencari satu penyelesaian muktamad," kata Timbalan Presiden dan Pengurus Besar Kumpulan Toyota, Bob Carter.

Model Camry merupakan kenderaan Toyota paling laris di AS apabila 34,000 buah kereta itu dijual sepanjang Disember tahun lalu. - AP

SUMBER : http://www.kosmo.com.my

Tuesday, January 26, 2010

Berita Penting untuk sekelian Pemuda Islam


Sumber dari : http://idhamlim.blogspot.com YB DRS. KHALIL IDHAM LIM
Khas untuk : Shahr Albatnani (Ketua Pemuda UPU Pengkalan Arang)
Sempena : Nasihat pada Hari kelahiran ke 26

12 Safar 1431HEmel : sal_ehs gerrard"Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)
Serta shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda:“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”Dan takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.Wa ba’du:Berikut ini adalah wasiat islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan.
Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung.
1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.
2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.
3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.
4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.
5. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.
6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab- Nya, rasul-rasul- Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.
7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’ at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.
8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontoh mu dalam mengamalkannya.
9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.
10. Jagalah selalu wudlu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.
11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).
12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.
13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.
14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.
15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua karena engkau akan berdosa.
16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.
17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa karenanya.
18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.
19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.
20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.
21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.
22. Hadirilah majelis-majelis dzikir karena majelis dzikir termasuk taman surga.
23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.
24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/ keangkuhan.
25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.
26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.
27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (hari. Bukhari Dan Muslim)
28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.
29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah selesai.
30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.
31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.
32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridla dan memilihkan makanan yang halal untuknya).
33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, karena pelakunya terlaknat.
34. Janganlah engkau mencari keridlaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.
35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.
36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian.“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)
37. “Dan ber amar ma’ruf nahi munkarlah serta shabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.
38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.
39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)
40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.
41. Wajib bagimua untuk silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.
42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.
43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.
44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.
45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan orang shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.
46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.
47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.
48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.
49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.
50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.
51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan kejelekan.
52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk hewan dan benda mati.
53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan oarng lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.
54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.
55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.
56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.
57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.
58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.
59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.
60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.
61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.
62. Janganlah menghina orang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.
63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.
64. Janganlah menggambar gambar manuasia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.
65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.
66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: "yarhamukallah" apabila dia mengucapkan: "alhamdulillah"
67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.
68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.
69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .
70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.
71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikamatan yang ada.
72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.
73. Mohonlah surga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.
74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah.Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.
(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir)
Ayuhlah Pemuda sekalian.....kita bersama berdakwah dalam keadaan yang kita ada dalam keadaan yang kita mampu...semoga Uslub Dakwah ini berjalan seiringan dengan aktiviti-aktiviti kita seharian..mari lah kita menempuh liku-liku dunia untuk menuju ke Akhirat....Allahu Akhbar..

Monday, January 25, 2010

DOSA ADUKA TERUNA PADA ULAMA"


Bila kita bercakap tidak berlapit dan atas dasar keegoaan, sebenarnya kita menempah Neraka dunia....



Penulis blog hina Almarhum Sultan Iskandar ditahan
Oleh Azida Shaharuddinmailto:Shaharuddinazida@nstp.com.my


JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri. Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. Mohd Mokhtar berkata, lelaki terbabit dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan. Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung kenyataan penulis blog berkenaan; IPD Batu Pahat (empat); Johor Bahru Selatan (tiga) dan satu di IPD Seri Alam.

Sehubungan itu, Mohd Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penghinaan, fitnah mahupun tuduhan tidak berasas di blog. "Polis berkemampuan menjejaki pihak bertanggungjawab yang menyalahguna saluran multimedia," katanya. Difahamkan, penulis blog yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu, menyembunyikan diri di Kota Bharu selepas kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Sabtu lalu, menimbulkan kemarahan ramai pihak. Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan itu, dengan sebahagian besarnya menyatakan rasa tidak puas hati dan ada yang mengugut untuk membunuhnya.


Aduka Taruna dipercayai penulis blog keempat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan. Pada 0gos 2008, penulis blog `Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan menghasut orang ramai supaya membenci polis.


Friday, January 22, 2010

MOGA CEPAT SEMBUH....Amin ya Rabb...

Pahlawan yang disayangi rakyat


kami dari Pimpinan Pemuda Pas UPU Pengkalan Arang mendoakan kesejahteraan Ketua Pemuda Pas Batu 6, yang juga Pemilik Kedai Beraneka Kerepek Mak Cik Yam Batu 6, AlFadhil Ustaz Wan Mohd Nasiruddin Wan Ahmad yang demam panas hampir seminggu yang lalu, semoga tabah dalam menempuhi ujian Allah s.w.t. Beliau terkenal di UPU Batu 6 kerana kecaknaan kebajikan rakyat dan kesibukannya dalam mengadakan Program tarbiyyah untuk Pemuda-pemuda kampung.




Walaupun demam teruk, beliau tetap bersama orang kampung mengadakan demo membantah penjualan judi di Sempadan Kg. Batu 6 dan Kg. Pengkalan Arang.



Sementara itu, Pengasas Pondok Almadini, AlFadhil Ustaz Ahmad Rokim Annuria Almadini, turun mengalami demam panas selama 2 hari. Beliau seorang Ulama' muda yang aktif di kawasan Kuala Nerus dan rutin kuliah Jumaatnya setiap minggu di Surau Pengkalan Arang diganti oleh Alfadhil Ustaz Adam (Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Tunggal). Dalam masa yang sama. Ketua UPU Pengkalang Arang, Tuan Haji Mat Sulaiman dan Ketua Pemuda UPU Pengkalan Arang, Shahr Albatnani turun termasuk dalam fenomena demam panas. Mari la kita sama-sama berdoa, Semoga Allah mengembalikan kesihatan Pemimpin dan Pendakwah ini agar mekera dapat berbakti kepada Hamba dan Agama mu ya Allah s.w.t...Amin ya Rabb

Thursday, January 21, 2010

Ini yang kita harapkan untuk jaga kita???



"Yang paling memeranjatkan, apabila disoal balas oleh salah seorang peguambela Fariz Irwan, berkenaan keadaan dirinya, beliau mengaku, tidak bersembahyang sewaktu kejadian dan tidak pernah mendirikan solat!- Pengakuan bangga Polis diRaja Malaysia yang beragama Islam


"beliau mengaku mempunyai tabiat buruk suka meminum arak"
Pengakuan penembak rambang kejadian di Batu Buruk 27 September, 2007


kenapa kita tidak bersungguh-sungguh setiap detik untuk menangkan islam dan melihat keperibadian seperti Unit Amal menjaga kita dan Agama Allah?


kisah dari rencana :

KUALA TERENGGANU
– Gelagat ‘penembak peluru hidup’ dalam Tragedi Batu Buruk Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar di Mahkamah kadangkala melucukan malah adakalanya amat mengejutkan khalayak yang menjadi pemerhati.

Sepanjang perjalanan perbicaraan kes Tragedi Batu Buruk, pernah suatu ketika, Wan Aziz tiba-tiba menutup mukanya, apabila pihak mahkamah menyebut ‘Batu Buruk’, seolah-olah menangis.

Apabila ditanya, mengapa beliau bersikap begitu, katanya beliau amat sedih dan mahu menangis apabila mendengar nama ‘Batu Buruk’ disebut, kerana kononnya, terkenangkan peristiwa yang berlaku pada 27 September, 2007 itu.

Pada ketika yang lain, apabila ditanya berapa das tembakan yang dilepaskan beliau sewaktu menembak Suwandi dan Azman, beliau sambil menunjukkan aksi menembak kesemua arah, bang…bang…… bang…….

Ditanya lagi berapa das tembakan, katanya tak tahu berapa, sehingga pistol berbunyi; klek….klek….klek…..klek

Yang paling memeranjatkan, apabila disoal balas oleh salah seorang peguambela Fariz Irwan, berkenaan keadaan dirinya, beliau mengaku, tidak bersembahyang sewaktu kejadian dan tidak pernah mendirikan solat!

Selain itu, beliau mengaku mempunyai tabiat buruk suka meminum arak, namun katanya pada malam kejadian itu, beliau tidak minum.

Sesi perbicaraan Wan Aziz sebagai pengadu dan saksi kes Tragedi Batu Buruk tamat semalam, disambung dengan rakannya Korporal Che Azmi, sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan dijangka berakhir hari ini 20 Januari, 2010

sumber dari : http://buletinonline.net/ gelagat wan aziz

Tuesday, January 19, 2010

Simbul Islam Dunia......

Tahniah dari kami, Ikwanul Muslimin Malaysia.
Maa 'aa Tamniyana lakum BittaufiQ wan Najah
(Contoh dua Tok guru islam Dunia) Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh,
Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi pada 19hb Januari 2010 (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.






Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir).











Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy
Mursyid Am Ikhwan Muslimin
MESIR ke 8

Sunday, January 17, 2010

JOM SAHABAT, bantu pejuang ditimur tengah...


Projek Mencari Tiga Ribu Penderma Untuk LE 600,000 Dilancar

Oleh: Mohd Rasul Amat,
Ketua Badan Kebajikan Dan Tabung Derma PMRAM.

Apartmen ataupun syaqah pemilikan PMRAM yang disasarkan pada penghujung tahun 2007 ini merupakan suatu objektif terpenting yang ingin dicapai oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Ini adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Kutipan dana apartmen terkumpul setakat ini yang telah menjangkau LE 70,000.00 dirasakan tidak mampu untuk memastikan survival perjalanan segala program dan aktiviti PMRAM dapat berjalan dengan sebaiknya. Disebalik usaha dan pelbagai perkara yang telah dan sedang dilaksanakan, PMRAM memikirkan formula lain untuk memastikan keberjayaan memiliki sebuah apartmen sekurang-kurangnya untuk memudahkan perlaksanaan program dimasa mendatang jika difikirkan dari pelbagai sudut.

Oleh yang demikian, setelah sekian lama merangka dan merancang untuk menjana kemasukan dana apartmen supaya pemilikan pusat beroperasi dan perlaksanaan segala program yang dirancangkan lebih efektif, PMRAM berdasarkan mesyuarat Badan Pengurus dan HEWI PMRAM pada 6 September 2007 telah melancarkan DERMA SUMBANGSIH DANA SYAQAH PMRAM yang mana mensasarkan sebanyak LE 600,000 yang akan disumbangkan oleh ahli-ahli PMRAM seramai 3,000 orang yang masih berada di Perlembahan Nil ini.

PMRAM akan cuba untuk mendapatkan derma dan sumbangan daripada 3 ribu orang ahli PMRAM yang mana setiap seorang akan menyumbangkan LE 200.00. Ini bermakna sekiranya PMRAM berjaya mendapatkan sumbangan LE 200.00 daripada 3 ribu orang para dermawan, hasil derma yang akan diperolehi adalah sebanyak LE 600,000.00.

Derma ini tidak lain adalah semata-mata untuk memastikan sasaran PMRAM untuk memiliki sebuah apartmen tercapai. Derma yang baru dilancarkan ini bukanlah berbentuk suatu paksaan kepada ahli. Walaubagaimanapun, PMRAM sangat menggalakkan para ahli bersama-sama menjayakan projek DERMA SUMBANGSIH DANA SYAQAH PMRAM dengan cara menghulurkan sumbangan yang akan dikira sebagai amal kebajikan yang bakal memberatkan neraca timbangan pahala di akhirat kelak.

Selain itu juga, usaha-usaha kutipan untuk Dana Syaqah yang giat dilakukan oleh sahabat-sahabat yang pulang ke Malaysia diharap masih berterusan di samping pelbagai sumbangan lain yang diharap mampu merealisasikan hajat PMRAM untuk memiliki sebuah pejabat dan dewan bagi meringankan dan menjimatkan pengeluaran wang PMRAM.

Dalam masa yang sama, pengeluaran wang PMRAM yang sehingga ke hari ini terpaksa dikeluarkan bagi menanggung kos sewaan pejabat yang tinggi sedikit sebanyak merencat usaha-usaha PMRAM membantu kebajikan ahli dengan lebih efektif. Walaupun di sana terdapat banyak halangan dari pelbagai sudut untuk memastikan ketidakberjayaan segala program yang disusun, pihak PMRAM juga tidak akan membiarkan segala perancangan yang disusun rapi itu digagalkan walau dengan apa cara sekalipun.

Oleh yang demikian itu, kepada sahabat-sahabat yang ingin menghulurkan sumbangan untuk DERMA SUMBANGSIH DANA SYAQAH PMRAM ini bolehlah dapatkan borang khas yang akan diserahkan pada Yang Di Pertua, Pengerusi atau Unit Kebajikan BKAN dan DPM masing-masing atau boleh dapatkannya terus di pejabat PMRAM dan Markaz HEWI PMRAM melalui Badan Pengurus dan AJKT HEWI yang bertugas. Anda juga boleh terus mendapatkannya pada saudara Mohd Rasul Bin Amat selaku Ketua Badan Kebajikan dan Tabung Derma PMRAM saudari Rosmaizan Bt Ramli selaku pemangku Ketua Unit Kebajikan dan Tabung Derma HEWI PMRAM.

Harapan kami semoga pelancaran derma kilat DERMA SUMBANGSIH DANA SYAQAH PMRAM ini sedikit sebanyak memberikan sinar harapan agar impian kita bersama untuk mendapatkan apartmen operasi PMRAM akan berjaya.


Sumber dari : http://danasyaqah.blogspot.com

Friday, January 15, 2010

MOHON HEBOHAN

Rehlah Kepimpinan Dan Hari Keluarga PLPDT 2010 DI TUNDA.

Assalamualaikum wrt. wkth.

Dukacita dimaklumkan bahawa, tarikh bagi Program Rehlah Kepimpinan dan Hari Keluarga PLPDT 2010 terpaksa ditunda pada 11hb Febuari 2010 yang jatuh pada Hari Khamis.

Kami terpaksa menunda pada tarikh tersebut adalah kerana :

1) Menghormati rakan-rakan di KUDQI, UDM yang tidak dapat hadir kerana peperiksaan.
2) Bertembung dengan Majlis Asyura di Kawasan Kuala Nerus.
3) Ramai Ahli yang inginkan tarikh bertenang pada 11hb Febuari 2010.

Selepas perbincangan dengan Presiden, Setiausaha Agong dan Pengurus Chalet & Kem, Kami sepakat untuk menunda pada tarikh 11hb Febuari 2010 atas masalah yang tertera diatas dan dari mengelakkan Objektif Program tidak dapat dicapai.

Kami memohon doa dan sokongan dari semua pihak agar Program Dakwah ini dapat diteruskan dengan jayanya.

Mohon jutaan kemaafan, Wassalamualaikum.




Abdul Rahman Haji Awang Nasaruddin
Pengarah,
Rehlah Kepimpinan dan Hari Keluarga PLPDT 2010

Sumber : http://www.plpdt.blogspot.com


Thursday, January 14, 2010

kita ada contoh Negara Islam jika Memerintah

Insya Allah, Tahun ini Pemuda UPU akan mengadakan lawatan Ilmu ke Bandar Islam Aceh..Amin...


Polis syariah giat cegah maksiat


SEORANG anggota polis syariah menyoal seorang
lelaki yang duduk di tepi pantai bersama kekasihnya
di Banda Aceh pada 18 Disember lalu.


BANDA ACEH - Polis pencegah maksiat di sini yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah giat memberi teguran kepada pasangan kekasih yang duduk di tepi pantai, wanita tidak bertudung, berjudi dan peminum arak.

"Kamu masih tidak berkahwin. Kamu sepatutnya tidak berada bersama-sama di sini.

"Kamu sepatutnya pergi dari sini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu kepada satu pasangan kekasih yang berjalan ke tempat meletak kenderaan sambil disaksikan oleh sejumlah orang di sini, baru-baru ini.

Gadis-gadis yang memakai pakaian ketat turut diberikan amaran supaya tidak memakainya pada masa depan.

"Kamu tidak sepatutnya malu pada diri sendiri kerana memakai pakaian seperti ini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu.

"Pergi pulang dan pakai pakaian yang lebih sederhana," katanya.

Menurut Ketua Jabatan Undang-Undang Syarie Wilayah Aceh, Marzuki, pihaknya membuat pencegahan tanpa mengambil pendekatan keras terhadap pesalah sebagai salah satu cara untuk mereka memahami tujuan pasukan itu membuat teguran.

Wilayah Indonesia itu dibenarkan untuk menggunakan undang-undang syariah sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi dengan pemerintah negara tersebut pada 2002. - Reuters

Sumber : http://www.kosmo.com.my

CEPAT!!! Tinggal 2 hari lagi untuk Daftar........



Assalamualaikum warahmatullah.

Saya terpanggil untuk membantu PERSATUAN LEPASAN PELAJAR DARUL TAQWA yang aktif mengadakan program Dakwah yang berbentuk santai kepada Ahli (lepasan) dan Ahli bersekutu (orang sekeliling) yang berminat untuk membantu dan memelihara Sekolah Agama Rakyat yang telah berjaya mengeluarkan Ramai Ulama' Muda, Usahawan Muda.

Madrasah Darul Taqwa yang terletak bersebelahan dengan Kampung Pengkalan Arang (MDT terletak di Kg. Batu 6) sangat berjasa kepada kampung ini. Ketua Pemuda UPU dan S/U UPU terdiri daripada Lepasan Madrasah Darul Taqwa dan Insya Allah, Suatu hari nanti mungkin Menteri Besar Terengganu akan diterajui oleh Lepasan Darul Taqwa kerana ini telah terbukti kerana Penasihat Tertinggi Madrasah ini adalah Dato' Sri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, satu-satunya Rakyat Terengganu yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, Amin.

Monday, January 11, 2010

Mohon bantuan semua blogger


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.

Bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T, pemberi kemudahan yang tidak kita jangka.
Selawat dan Salam buat junjungan mulia, kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W, Ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang agamanya sekelian.

Dalam kenyataan ringkas ini, saya ingin memaklumkan kepada semua blogger dan penggunjung-pengunjung yang budiman bahawa kami dari Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa (PLPDT) ingin mengadakan Program Rehlah Kepimpinan dan Hari Keluarga PLPDT (RK&HK 2010) bagi Tahun 2010 pada 22hb dan 23hb Januari ini yang terbuka pada Ahli dan Pasangan ahli (Ahli bersekutu).

Pihak Pengusaha chalet dan tapak kem memohon pihak kami menyatakan jumlah peserta yang ingin mengikuti program ini selewat-lewatnya 16hb januari yang jatuh pada hari Sabtu ini. ini kerana pihak pengurusan chalet ingin mengira kos makanan dan tempat yang sesuai dengan jumlah peserta. Oleh kerana itu, diruang yang cukup singkat ini, saya memohon jasa baik semua blogger dan pengunjung blog PLPDT ini dapat memaklumkan pada semua Lepasan Madrasah Darul Taqwa yang berada diluar sana.

Segala pertolongan dan usaha pihak tuan semua, Kami mendoakan semoga Allah S.W.T membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Doakan segala kesulitan yang kami hadapi agar dipermudahkan oleh Maha Pemudah.

Terima kasih, Jazakallah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Mohd Shahril Mohd Alim
Presiden PLPDT 2009/2010


sumber dari : http://www.plpdt.blogspot.com

Makluman Untuk Lepasan Madrasah Darul Taqwa Batu Enam


Klik Untuk Besarkan

Untuk Maklumat Lanjut, Layari: http://plpdt.blogspot.com

Sunday, January 10, 2010

Isi yang tersirap cukup bermakna..

Assalamualaikum dan Salam 1matlamat

Penulis begitu teruja dengan setiap lukisan En. Zunar, wataknya bersahaja dan seakan-akan Bos besar Airasia, setiap isi yang tersirap dalam setiap lukisannya cukup berkesan dan mencuit hati dan kadang-kadang memberi nasihat dan peringatan agar kita tidak terpedaya dengan strategi musuh.


jangan mudah lupa kezaliman UMNO pada NEGARA

sumber dari : kartunis popular zunar ( zunar49@gmail.com)
malaysiakini

Kaedah Fiqh berkaitan dengan Yahudi


SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?” Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi? Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin? Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah? Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.


d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

sumber dari :
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HukumsertaiFacebook/Article/indexp_html

dan http://www.zaharuddin.net/

Saturday, January 9, 2010

Astaufirullahal 'azim......Ya Allah, jgnla engkau terbalikkn hati-hati kami..


Pembunuhan kejam empat sekeluarga menggemparkan negara.

"Dia anak saya yang terbaik dalam pelajaran. Tak pernah dia tinggi suara, membentak atau bertempik dengan orang tua. Dengan adik-beradik pun dia tak macam itu," kata Zaharah.

Digambarkan sebagai anak yang soleh, Rashidi yang juga bekas pegawai bank itu sentiasa tersenyum.

Tidak pernah menyusahkan ibu bapa, Rashidi yang mendapat pendidikan sekolah agama juga amat disenangi oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Ikuti kisahnya........................



"SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar."

Itulah kononnya kata-kata Rashidi Ismail, 34, kepada pihak polis mengenai tindakannya menyembelih bapanya, Ismail Awang, 76, serta mengerat jari adiknya, Siti Khadijah Ismail, 22, dalam kejadian bunuh melibatkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Dalam tragedi yang disifatkan sangat kejam itu, bekas imam kampung yang juga datuk suspek, Atan Daud, 90, dan isterinya, Sufiah Keatas, 80, turut maut dibunuh.

Atan ditemui dengan tangan kiri terputus, Sufiah putus tangan kanan, Ismail hilang kepala manakala Siti Khadijah terbaring kaku dengan pisau tercacak di dada.

Suspek kemudian membawa kepala bapanya dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 120 kilometer sebelum ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

"Masih sukar untuk dilupakan. Setiap kali mahu lelapkan mata, pasti terbayang-bayang wajah orang-orang yang saya sayangi itu menemui ajal dalam keadaan yang menyedihkan," luah Siti Mariam Ismail, 19, orang pertama menemui empat mayat ahli keluarganya itu sekembalinya dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang.


DI lantai rumah ini, Mariam menemui mayat datuk, nenek dan bapanya yang terbujur kaku.


Menurut Mariam, kebiasaannya Ismail akan menjemputnya dengan motosikal di jalan besar. Namun, pada hari kejadian, kelibat bapanya tidak kelihatan dan dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah.

"Sampai saja di rumah, saya panggil kakak, tapi dia tak jawab. Pelik juga sebab biasanya dia akan sambut saya pulang. Bila saya buka pintu, saya nampak kakak terbaring di lantai dengan pisau terpacak di dadanya.

"Saya berlari ke rumah datuk dan nenek yang terletak berdekatan. Malangnya, di sana saya menemui pula datuk, nenek dan ayah terbujur kaku di lantai rumah," katanya yang masih trauma dan murung akibat kejadian itu.

Kasih ibu

Bagi Zaharah Atan, 59, peristiwa itu adalah tragedi paling besar dalam hidupnya. Beliau yang kematian suami, ibu, bapa serta anak perempuan turut diuji apabila suspek utama, Rashidi juga merupakan anaknya.

"Semasa kejadian, saya keluar bekerja di kilang ayam tidak jauh dari sini. Lebih kurang pukul 4.50 petang, ada jiran datang ke kilang dan menjemput saya pulang.

"Bila saya tanya kenapa, dia kata sabarlah. Bila sampai di rumah, saya nampak orang ramai dan kereta polis.

"Saya ingat ada pokok tumbang menghempap rumah. Disebabkan saya tak dibenarkan masuk ke rumah, saya duduklah di kebun getah," cerita beliau.


ZAHARAH reda tragedi yang menimpa keluarganya.


Apabila Mariam datang, Zaharah bertanya kenapa tetapi Mariam hanya menggelengkan kepala. Mariam pula menjawab 'ada' bila ditanya di mana kakaknya, Siti Khadijah.

Zaharah bertanya lagi, balik sekolah tadi naik apa? Mariam hanya kata jalan kaki dan tidak tahu kenapa bapanya tidak datang menjemput seperti biasa.

"Saya mula rasa sesuatu yang buruk telah berlaku. Setengah jam selepas itu, baru saya dapat tahu, suami, anak, ibu dan bapanya mati dibunuh," beritahu Zaharah kepada Jurnal.

Pada awalnya, Zaharah tidak percaya apabila Rashidi dikaitkan sebagai suspek utama sementelah dia disifatkan sebagai anak yang baik.

"Dia anak saya yang terbaik dalam pelajaran. Tak pernah dia tinggi suara, membentak atau bertempik dengan orang tua. Dengan adik-beradik pun dia tak macam itu," kata Zaharah.

Digambarkan sebagai anak yang soleh, Rashidi yang juga bekas pegawai bank itu sentiasa tersenyum.

Tidak pernah menyusahkan ibu bapa, Rashidi yang mendapat pendidikan sekolah agama juga amat disenangi oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.


LOKASI pembunuhan empat mangsa di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan Selasa lalu.


"Kalau diikutkan perangai Rashidi yang saya kenal, dia bukan panas baran orangnya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang mendorong dia buat begitu.

"Begitupun, saya reda dengan apa yang telah terjadi. Kalau ditakdirkan anak saya itu bersalah dan dihukum gantung, saya terima.

"Kalau dia disahkan sakit jiwa pun, saya masih terima dia sebagai anak.

"Saya memang marah dan terkilan, tapi itu tidak akan buang perasaan sayang saya pada dia," tuturnya yang sempat mencium pipi Rashidi semasa anaknya itu dibawa ke lokasi pembunuhan.

Bukan kes pertama

Menyelusuri misteri di sebalik kejadian ini, belum ada petunjuk kukuh yang dapat merungkainya.

Ada yang mengatakan ia berpunca daripada tekanan, sakit jiwa dan tidak kurang yang mengaitkannya dengan ilmu hitam.

Apa pun, kejadian yang menimpa keluarga Zaharah bukan kes pembunuhan beramai-ramai sebuah keluarga yang pertama dilaporkan di negara ini.

Pada Jun 1998, empat sekeluarga mati dibunuh kejam di Kampung Parit Hussin, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor.

Empat sekeluarga malang itu ditemui mati dalam keadaan ngeri dan berulat oleh seorang ahli keluarga mereka pada 10 Jun. Mereka dipercayai dibunuh tiga hari sebelum itu.


MARIAM masih trauma selepas melihat ahli keluarganya dibunuh kejam.


Dalam kejadian yang berlaku di antara pukul 7 petang dan 10 malam itu, mangsa-mangsa yang terlibat ialah Ridlian Mansor, 55, isterinya Rosnah Asari, 44, dan anaknya iaitu Hamsah, 20, dan Mohd. Azizul, lapan tahun.

Mayat Ridlian, Rosnah dan Mohd. Azizul yang mempunyai kesan tetakan di kepala, leher dan dada ditemui di sebuah bilik dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.

Mayat Hamsah, gadis yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 5 Julai pula dijumpai dalam keadaan separuh bogel. Pada lehernya terdapat kesan jerutan dan mulutnya disumbat tuala.

Ekoran kejadian itu, seorang pemandu lori yang juga menantu keluarga itu, Khasiran Jamari, 27, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas tuduhan membunuh. Dia kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Selain itu, kes tujuh orang termasuk lima wanita daripada sebuah keluarga dibunuh dalam keadaan ngeri, dipercayai diserang oleh sekumpulan pembunuh di rumah mereka di Taman Johor Jaya, Johor Bahru di antara pukul 1.41 pagi hingga 7.43 pagi, 28 Julai 2001.

Mangsa yang terlibat ialah K. Mangala Gowri, 42, S. Muniandi, 71, B. Vasagi, 27, S. Suppiah Amuaavalli, 44, S. Perumal, 49, S. Letchimee, 51 dan S. Ramaiee, 64.

Pakar forensik mengesahkan punca kematian semua mangsa adalah kerana luka yang teruk di leher akibat tetakan dengan senjata tajam.

Ekoran insiden itu, Md Masud Rana, 32, bekas pekerja kilang dan rakannya yang juga berasal dari Jugdumpur, Bangladesh, Razaul Karim Md Soleman Ali Fakiruddin, 37, dituduh membunuh.

Menurut penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, pembunuhan berkumpulan yang melibatkan lebih daripada dua mangsa bukan kes baru. Malah ia sudah lama berada dalam landskap jenayah negara.

Jelasnya, wujud dua faktor yang mendorong suspek bertindak di luar kawalan sehingga berupaya membunuh dengan cara yang kejam.


RASHIDI dianggap anak yang baik oleh ibunya.


"Kemarahan yang luar biasa dan gangguan jiwa mampu mempengaruhi penjenayah untuk melakukan sesuatu di luar kewarasan mindanya.

"Walaupun pakar psikiatri menolak gangguan jiwa sebagai penyakit namun dari segi kriminalogi, ia tidak boleh dijadikan satu bentuk justifikasi yang menghalalkan golongan pesakit jiwa melakukan jenayah," ujarnya.

Mengulas senario pembunuhan melibatkan lebih daripada dua mangsa, Kamal berpendapat ia merupakan pembunuhan berkumpulan, bukannya pembunuhan beramai-ramai.

"Pembunuhan berkumpulan boleh ditakrifkan sebagai pembunuhan lebih daripada dua mangsa yang mempunyai pertalian antara mereka.

"Mangsa juga dibunuh dengan lebih tragis, sebagai contoh, kes pembunuhan empat sekeluarga di Gemencheh baru-baru ini," katanya.



Sumber dari : http://www.kosmo.com.my

Kenali tokoh Antarabangsa

Sumber Abu Bakar Basyir & Haji Ishak Baharom : Wikipedia

Sumber Biografi Ustaz Husein al-Habsyi : http://www.yapibangil.org/Biografi/biografi-ust-husein-al-habsyi.html

ABU BAKAR BASYIR

Abu Bakar Ba‘asyir (dilahirkan pada Ogos 1938) adalah seorang ustaz Arab yang berasal dari Indonesia. Beliau dituduh sebagai ketua agama Jemaah Islamiyah (JI), sebuah pertubuhan militan Islam yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda. Ba’asyir menafikan segala hubungan dengan JI atau pengganas.

Ba’asyir merupakan pemimpin Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) serta salah seorang penubuh Pondok Pesantren Islam Al Mu’min di Ngruki, Sukoharjo, Jawa Tengah.

Pada 3 Mac 2005, Ba’asyir telah disabitkan kesalahan di atas konspirasi serangan bom 2002, tetapi tidak bersalah atas tuduhan berkaitan dengan bom 2003.

Pada 17 Ogos 2005, masa tahanan Ba’asyir dikurangkan kepada empat bulan dan 15 hari sempena Hari Kemerdekaan Indonesia.

Pengenalan

Abu Bakar Basyir dikatakan perancang siri pengeboman di Republik Indonesia dan dikaitkan dengan Jemaah Islamiah tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau. Beliau menyatakan tidak tahu menahu tentang Jemaah Islamiah.

Nama lainnya ialah Abu Bakar Ba’asyir, Abubakar Bashir dan Abdus Somad. Beliau dilahirkan pada 17 Ogos 1938 di di Jombang.

Pendidikan

  • 1959 belajar di Pondok Pesantren Gontor, Jombang, Jawa Timur
  • 1963 belajar di Fakultas Dakwah Universitas Al-Irsyad, Solo, Jawa Tengah . Aktif dalam Himpunan Mahasiswa Solo. Setiausaha Pemuda Al-Irsyad Solo,
  • 1961 Ketua Gerakan Pemuda Islam Indonesia dan Ketua Lembaga Dakwah Mahasiswa Islam.

Kerjaya

Beliau merupakan seorang ustaz, guru agama yang mempunyai kemahiran dan kepimpinan spiritual.

  • 1969 Abu Bakar Basyir dan Abdullah Sungkar dianggap menubuhkan Darul Islam yang bertujuan mendirikan Daulah Islamiyah iaitu sebuah negara Islam yang ideal.
  • 1972 Abu Bakar mendirikan pondok pesantren Al-Mukmin bersama rakannya iaitu Abdullah Sungkar, Hassan Basri dan Yoyok Rosywadi , Abdul Qohar H. Daeng Matase dan Abdillah Baraja. Alamatnya di Jalan Gading Kidul 72 A, Desa Ngruki, Kabupaten Sukoharjo, Jawa Tengah. Pondok seluas 8.000 meter persegi hanya 2,5 kilometer dari Solo. Aktivitinya kuliah zuhur . Basyir dan rakan-rakannya mengadakan siaran radio dan menyampaikan pengajian agama Islam di Indonesia. Moto pesantrennya ‘Hidup mulia, mati mendapat syurga’.
  • Abu Bakar dijatuhi hukuman penjara selama 19 tahun kerana menolak asas tunggal Pancasila yang merupakan prinsip utama Indonesia. Ramai warga Islam Indonesia memandang Pancasila sebagai bertentangan dengan prinsip agama Islam. Setelah rayuan, hukuman itu diringankan menjadi 15 tahun sahaja dan dikenakan tahanan dalam rumah sahaja.
  • 1982 Abu Bakar Basyir ambil kesempatan itu melarikan diri ke Malaysia, menetap di beberapa tempat di Johor dan di Kampung Sungai Manggis , Banting , Selangor . Abu Bakar berniaga kecil-kecilan dan mengajar ilmu agama. Menurut CIA , ketika inilah Jemaah Islamiah ditubuhkan dan ahlinya tersebar hingga ke Filipina dan Singapura.
  • 1990-an Abu Bakar bekerjasama dengan Hambali @ Riduan Hisamuddin di Johor yang melihat kekhalifahan Islam di Asia Tenggara dapat menyelesaikan masalah umat Islam sejagat. Abu Bakar memang menyeru kepada jihad tetapi tidak melalui aksi militan. Sementara Hambali cenderung kepada aksi militan.
  • 1998 Abu Bakar kembali ke Indonesia selepas Presiden Suharto tumbang. Sedangkan Hambali terus berjuang melalui gerakan bawah tanah.
  • 1998 beliau menghidupkan kembali pondok pesantren Al-Mukmin dan menubuhkan Majlis Mujahidin Indonesia serta menyeru perjuangan jihad. Sejak itu jumlah pelajar bertambah dan beberapa ratus menjadi lebih 2000 orang. Antara pelajaran yang diajarkan ialah bahasa Inggeris.

Aktiviti tersembunyi Abu Bakar terdedah melalui:

    • Polis Malaysia yang menangkap beberapa anggota kumpulan militan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang disyaki terlibat dalam gerakan militan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia . Anggota KMM mengaku Abu Bakar serbagai penggerak kumpulan itu.
    • Anggota Jemaah Islamiah di Singapura yang ditangkap di Singapura turut menuding jari kepada Abu Bakar sebagai dalang gerakan mereka.
    • Beberapa dokumen risikan menddedahkan bahawa Abu Bakar menerima dana daripada Al-Qaeda untuk membiayai operasi keganasan di Asia Tenggara.

Ajarannya

  • 1985-1999, Ustaz Basyir di Singapura dan Malaysia mengajar agama berdasarkan Al Quran dan Hadits sebulan sekali sahaja.
  • menolak asas tunggal Pancasila yang merupakan prinsip utama Indonesia. Ada ulama Indonesia memandang Pancasila tidak menepati prinsip agama Islam.
  • Tunduk hormat kepada bendera satu perbuatan syirik. Ia jelas sebahagian gerakan Hispran (Haji Ismail Pranoto)–salah satu tokoh Darul Islam/Tentara Islam Indonesia Jawa Tengah.
  • menegakkan Syariah Islam di Indonesia.
  • menyeru perjuangan jihad di Filipina dan Afghanistan.

Tangkap

  • 28 Februari 2002 Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew menyatakan Solo, Indonesia sebagai sarang teroris .
  • 2002 Abu Bakar dimasukkan ke Hospital Muhammadiyah di Solo .
  • April 2002 Mahkamah Agung Indonesia memutuskan KH Abu Bakar Basyir tidak layak dibicarakan kerana kesalahan menentang Pancasila tahun 1985 lalu kerana melanggar Hak Asasi Manusia. Undang-Undang (UU) Nombor 11/ PNPS/1963 telah ditarik balik.
  • 19 September 2002 Abu Bakar Basyir memberi ceramah di Medan dan Banjarmasin . Di Ngruki dia kembali mengajar di pondok pesantren Al Mukmin
  • 23 September 2002, Majalah TIME berjudul ‘Confessions of an Al Qaeda Terrorist’ melaporkan Abu Bakar Basyir sebagai perancang serangan bom Masjid Istiqlal , Jakarta , Indonesia pada 1999. Sumber TIME ialah dari CIA yang menyiasat Umar Al-Faruq , seorang warga Yaman yang ditangkap di Bogor, Indonesia.
  • Jun 2002 Umar Al-Faruq , 31 tahun ditangkap di Bogor dan disiasat di pangkalan udara di Bagram, Afganistan yang dijajah tentera Amerika Syarikat . Umar al Faruq mengaku :
    • sebagai operator Al-Qaeda di Asia Tenggara
    • pernah berhubung dengan Abu Bakar Basyir .
    • Abu Bakar Basyir adalah pemimpin spiritual kumpulan Jemaah Islamiah yang
    • bercita-cita membentuk negara Islam di Asia Tenggara.
    • Abu Bakar Basyir membekal dan membiayai gerakan Umar Al-Faruq.
    • Abu Bakar Basyir adalah orang belakang [serangan bom Masjid Istiqlal] tahun 1999.
    • mengaku sebagai perancang rangkaian serangan bom, 24 Desember 2000.
  • 1 Oktober 2002, Abu Bakar Ba’asyir menuduh majalah TIME mencemarkan nama baiknya dan menafikan mengenali Umar Al-Faruq.
  • 11 Oktober 2002 Abu Bakar Basyir meminta polis Indonesia membawa Omar Al-Faruq ke Indonesia untuk disiasat dan didakwa atas pengakuan Umar itu yang terlibat dengan Al-Qaeda.
  • 14 Oktober 2002 semasa di Pondok Al-Islam, Solo, Abu Bakar Basyir menuduh Amerika di sebalik pengeboman Bali 2002 sebagai bukti Indonesia sebagai sarang teroris.
  • 14 April 2003 Abu Bakar dikenakan tuduhan oleh mahkamah Indonesia.
  • 15 Oktober 2004 ditahan oleh polis Indonesia kerana tuduhan berkaitan serangan bom di Hotel JW Marriot di Jakarta pada 5 Ogos 2003. 14 orang terbunuh.
  • 3 Mac 2005, Abu Bakar Basyir dihukum bersalah atas konspirasi serangan pengeboman Bali 2002, tetapi tidak bersalah atas tuduhan terkait dengan pengeboman JW Marriot 2003. Dia dijatuhi hukuman 2 tahun penjara.
  • 17 Ogos 2005, hukuman penjara Abu Bakar Basyir dikurangi 4 bulan dan 15 hari sempena ulang tahun kemerdekaan Indonesia.

ALMARHUM HAJI ISHAK BAHAROM


Dato’ Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 – 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan, dan juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau telah dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar, berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manong, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini mereka mendapat 3 orang anak.

Pendidikan awal

Dato Haji Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 – 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Mufti

Beliau menjawat jawatan Mufti Selangor pada 16 Ogos 1985 dan disahkan oleh Sultan Selangor. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik sebagai Mufti Selangor pada 1985 ialah Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38 Sabak Bernam. Beliau menjawat jawatan mufti selama 12 tahun (1985-1997).

Beliau bekerjasama dengan para peguam syarie untuk memantapkan undang-undang Islam terutama undang-undang jenayah Islam di Selangor. Timbalan Presiden Persatuan Peguam-

Peguam Muslim Malaysia, Muhammad Burok melihat inisiatif beliau mendapat sambutan masyarakat Islam.

Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah ‘dipecat’ daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah ‘tidak memperbaharui kontrak’ beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun.

Tindakan tegas beliau ini disifatkan sebagai suara berani seorang mufti di Malaysia. Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyifatkan beliau sukar dicari ganti.

Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Pandangan

Pertandingan ratu cantik

Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Ahmad Lutfi Othman telah mengupas isu ini dalam buku bertajuk “Mufti lawan Mahathir”.

Meninggal dunia

Pada 30 Januari 2008, Dato’ Haji Ishak, berumur 80 tahun, meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala pada jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang . Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau tidak sedarkan diri dan koma akibat pedarahan dalam kepala. Jenazah beliau dibawa ke rumah beliau di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang. Kemudian dikebumikan pada 31 Januari 2008 di kompleks Makam di Raja, Selangor.

ALMARHUM USTAZ HUSEIN AL-HABSYI


Ustadz Husein Al-Habsyi lahir di Surabaya pada tanggal, 21 April 1921 M. Pada usia yang masih muda beliau sudah berdikari kerana kematian kedua ibu dan bapanya. Ayah beliau, Sayid Abu Bakar Al-Habsyi, mempunyai garis keturunan dengan Sayid Ali Al-‘Uraidy putra Imam Ja’far Shodiq a.s. Selanjutnya beliau diasuh, dididik dan ditempa oleh bapa saudaranya yang ‘alim dan wara’, yakni Ustadz Muhammad Baraja’. Dan dari sinilah kemudian ilmu dan wawasannya berkembang.

Berawal dari pendidikan awal di Madrasah Al-Khairiyah; sebuah lembaga pendidikan diniyyah tertua di Surabaya. Pada umur 10 tahun beliau sudah aktif mengikuti pengajian rutin yang membahaskan masalah-masalah fiqh, tauhid dan lainnya. Kemudian pada usia 12 tahun beliau sudah mampu membaca kitab-kitab Berbahasa Arab.

Setelah lulus akhirnya beliau mengajar di madrasah Al-Khoiriyah, bersama abangnya, Ustaz Ali Al-Habsyi yang kemudian bersama-sama hijrah ke Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga pernah berguru kepada Ustadz Abdul Qadir Balfaqih (seorang ulama besar dan ahli hadis), Syeikh Muhammad Robah Hassuna (seorang ulama dari Qolili, Palestin yang berkhidmat mengajar di madrasah Al Khairiyah), Al-Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad (seorang ulama besar dan terkenal dengan analisa-analisa yang sangat dalam, beliau adalah mufti kerajaan Johor Bharu, Malaysia pada ketika itu), Assayid Muhammad Muntasir Al-Kattani (Ulama’ Maghribi, Morocco) dll.

Di Johor beliau juga mengajar di madrasah Al –Attas dalam kurun waktu yang cukup lama, sehingga murid beliau banyak tersebar di berbagai daerah di Malaysia, dan tidak sedikit pula yang di kemudian hari menjadi ulama dan tokoh penting negara ini .

Setelah beberapa lama tinggal di Malaysia beliau berkahwin dengan puteri bapa saudaranya yang bernama Fatimah binti Abdurrahman Al-Habsyi , dan setelah dikurniakan beberapa putera, karena terjadi berbagai peristiwa politik semasa penjajahan Inggeris atas semenanjung Malaysia akhirnya dengan sangat terpaksa beliau meninggalkan Malaysia dan kembali ke kampung halamannya di Surabaya .

Sekembalinya dari Malaysia, Ustadz Husein Al-Habsyi memulai aktif dalam dakwah dan banyak berkecimpung di dunia politik. Dalam menapak jenjang kariernya, beliau sempat menduduki kepengurusan teras bersama DR. M. Natsir dalam Partai Syuro Muslimin Indonesia. Bahkan beliau terpilih sebagai Ketua Komisi Hak Asasi Manusia.

Sekian lama setelah beliau tidak aktif dalam partai, Ustadz Husein mulai berfikir bahwa perjuangan Islam lebih “absah” melalui pendidikan agama bukan “politik praktis”. Dalam pikirannya terbersit keinginan untuk mendirikan sebuah lembaga pendidikan Islam.

Sikap beliau yang anti “Barat” dan “Sekularisme” mendorongnya untuk menerapkan sistem pendidikan dan peraturan yang sangat ketat bagi santri. Ustadz Husein semakin mantap dengan kaedah pendidikan yang diterapkan.

Pada tahun 1971 beliau mendirikan Pondok Pesantren di kota Bondowoso Jatim. Keberadaan beliau di Bondowoso sangat menguntungkan bagi perkembangan pendidikan masyarakat di sekitarnya, karena sebagai orator ulung dan ulama’, beliau mampu menjelaskan ajaran Islam dengan baik dan memikat pendengarnya. Setelah dari Bondowoso, karena berbagai hal, akhirnya beliau hijrah dan mendirikan Yayasan Pesantren Islam ( YAPI ) Bangil. Kemudian perkembangan demi perkembangan – disamping karena bertambahnya murid yang cukup banyak – akhirmya membuka Pesantren-Putra di Kenep-Beji, Pesantren-Putri dan TK di Kota Bangil.

Dari kehidupan beliau, hampir seluruh Waktu, tenaga dan pikirannya beliau tercurah untuk kemajuan para santri. Selain mengawasi jalannya seluruh perkembangan yang terjadi di Pesantren, beliau juga terjun langsung ke bawah mengajar para santri dalam berbagai disiplin ilmu seperti; Bahasa Arab, Ushul Fiqh, Tafsir, Tauiyah dan lain-lain, sehingga metodenya mampu membuahkan hasil yang luar biasa bagi anak didiknya. Hal tersebut juga terlihat dari alumni-alumni yang mampu tampil sebagai tokoh masyarakat di daerahnya masing-masing. Selain mereka juga dapat dengan mudah melanjutkan pendidikan di berbagai pendidikan tinggi di luar negeri seperti; Mesir, Pakistan, India, Qatar, Saudi Arabiyah dan negara-negara timur tengah lainnya.

Dalam ceramahnya ustadz Husein Al-Habsyi; baik di hadapan santri maupun di hadapan kaum muslimin dalam mimbar Jum’at, Idlul Fitri, Idul Adha dan kesempatan-kesempatan lain selalu menekankan akan pentingnya persatuan kaum muslimin, toleransi antara madzhab, memberikan kebebasan berfikir (khususnya bagi para santrinya), sehingga mereka tidak mudah dikotak-kotakkan oleh faham-faham/ aliran-aliran yang sempit.

Dengan aplikasi gagasan-gagasannya, beliau telah mampu menciptakan era baru dalam

pemikiran kaum muslimin yang lebih mengedepankan kepentingan-kepentingan Islam di atas kepentingan-kepentingan madzhab atau kelompok. Hal ini terbukti sebagaimana buah hasil didikan beliau pada santri-santrinya yang sekarang tersebar di berbagai belahan bumi Nusantara. Di mana mereka menjadi motor keterbukaan pemikiran dan asatidzah lintas madzhab yang tidak dipersempit oleh pemikiran tertentu yang cupet.

Untuk tujuan yang sama juga, Ustadz Husein Al-Habsyi telah meluangkan waktu-waktunya yang sangat padat dan berharga, untuk mengadakan safari da’wah, menyisir daerah-daerah terpencil kaum muslimin seperti Sorong, pedalaman Ambon, beberapa daerah di Kalimantan, Sulawesi dan Sumatera, bahkan di masa akhir hayatnya beliau juga menyempatkan pergi ke negeri Jiran demi meniupkan ruh keterbukaan dan semangat da’wah Islam.

Beliau juga seringkali menghadiri berbagai seminar dan konfrensi- baik di dalam maupun di luar negeri – membahas berbagai masalah fondamentaldan urgen umat Islam seperti seminar pendekatan Sunnah – Syi’ah di Kuala Lumpur Malaysia dll. Dan demi menegakkan dakwah Islam, tidak jarang beliau menghadapi berbagai gangguan, teror dan kesulitan-kesulitan yang dilakukan baik oleh kalangan ulama’ yang sempit wawasanya, kaum awam yang terprofokasi oleh isu-isu menyesatkan maupun oleh penguasa.

Fitnah demi fitnah dilontarkan oleh pihak-pihak yang tidak menyukai beliau dan misi Islam yang sedang beliau perjuangkan. Sehingga tidak jarang beliau harus berhadapan dengan penguasa pada zaman itu sampai dijebloskan ke dalam penjara. Namun semua itu beliau hadapi dengan penuh kesabaran, ketabahan dan ruh tawakkal yang luar biasa.

Bahkan dengan lapang dada dan hati yang tulus, beliau memaafkan mereka yang karena kejahilan dan ketidaktahuan akan misi Islam yang murni melah melakukan hal-hal yang menyulitkan dan menggangu beliau.

Setelah beliau berpuluh-puluh tahun mengabdikan diri demi Islam dalam dunia pendidikan dan dakwah, beliau memenuhi panggilan Ilahi ke alam Baqa’ pada hari Jum’at 2 Sya’ban 1414/ 14 Januari 1994 dirumah beliau Jl. Lumba-lumba Bangil.

Sementara itu ribuan para pentakziah larut dalam duka dan dengan khusyu’ turut mengiringi jenazah beliau dari rumah duka ke Masjid Jamik Bangil untuk di solatkan , kemudian menghantar ke tanah perkuburan.

Dan beliau dimakamkan pada hari Sabtu 3 Sya’ban 1414/15 Januari 1994 di belakang Masjid Tsaqalain yang terletak di komplek Pesantren Putra “Al-Ma’hadul Islami” YAPI, Desa Kenep Beji Pasuruan.

Semoga Allah merahmati dan mengumpulkan beliau bersama orang-orang suci yang beliau cintai, Amin.


sunber dari : http://diarireformis.wordpress.com/ulamak-yang-cool-sepanjang-zaman/

GEMPAR!!! GAMBAR DIGIGIT BUAYA DI PD..?



Dilaporkan simangsa bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu anak simangsa aku itu.
Dengan pantas seorang lelaki pergi mendapatkan si mangsa yang sedang cuba di bawa kelaut.
Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut berjaya menarik simangsa itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa benda yang telah menarik kaki beliau itu...dan jelas benda itu ialah seekor BUAYA!!...

Simangsa terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital Port Dickson kerana agak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu simangsa terus dibawa balik ke Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kakinya byk yg putus dan jari2nya tidak dapat digerakkan.

sumber dari http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com

Terkini! Sepetang Bersama Dato' Seri Nizar, Zunar dan Masyarakat



09 January 2010

Posting asal di PerakExpress

Dato Seri Nizar dan Komen PerakExpress

Sesampai saya di hospital, Dato Seri sedang melayan tetamu daripada pada unit Dakwah, mungkin dari Jabatan Agama Islam. Saya terus memberikan print-out komen pengunjung PerakExpress yang memberikan komen dan kata semangat kepada Dato Seri. Saya highlight kepada Dato tentang komen seorang komenter iaitu Anak Jati Batu14 Lekir. Beliau berterima kasih kepada Anak Lekir atas sokongan beliau terhadapnya walaupun beliau mengadu dia adalah ahli UMNO.

Saya terus bertanyakan berkenaan kunjungan Dato' Seri Zambry ke hospital jam 11.00 malam itu. Katanya Zambry datang bersama Pakeh Adam. Pakeh Adam datang untuk kali keduanya hari tu sebab sebelah petangnya dia datang bersama dengan isterinya. Pakeh Adam berasa keperluan untuk datang kerana ketika beliau pernah sakit dahulu, Dato Seri Nizar pernah melawat beliau. Ketika lawatan dahulu, Dato Seri Nizar ada mengurut-urut tangannya dan bacakan ayat-ayat suci dan Alhamdulillah sampai ke hari ini tangannya yang sakit itu sembuh dan tidak sakit lagi.

Sepanjang perjumpaan tersebut, Dato Seri Zambry tidak banyak berkata apa-apa. Cuma sesekali bila bercakap, perkara yang pada fikiran saya agak dangkal diucapkan ketika melawat orang sakit kemalangan. Apa yang dia cakap, kome pegi tanyer dia sendiri. Secara keseluruhan pertemuan tersebut hanyalah seolah ajakan daripada Dato Pakeh Adam sendiri. Kalau tidak, tak mungkin dia hadir. (cuma tanggapan saya apabila gambaran keadaan Zambry ketika datang itu tidak menunjukkan kesungguhan bertemu orang sakit). Ramai yang datang malam tu, cuma yang masuk ke wad hanya Zambry dan Pakeh Adam. Kelihatan juga Lokman Nur Adam dalam gerombolan yang hadir malam itu.

Tutup cerita Zambry. Dato' Seri Nizar menceritakan pula apa yang berlaku di Masjid waktu sembahyang Jumaat. Setelah mendapat kebenaran doktor untuk berjemaah di Masjid, Dato' Seri berkerusi roda bertemankan anak beliau dan juga beberapa rakan Pakatan Rakyat ke Masjid Sultan Muhibbuddin Shah. Khatib masjid berkenaan se-elok sahaja turun dari mimbar terus mendapatkan Dato Seri dan bertanya samada beliau boleh berdiri atau tidak. Kalau boleh, Khatib minta Dato' untuk jadi Imam. Dato' Seri berkata, tidak menjadi masalah ker??? Khatib menegaskan tidak menjadi masalah.

Yang menjadi kehairanan saya, kenapa ada yang berkata Dato' Seri mengimam solat Jumaat hari itu dengan keadaan duduk. Orang tu tak sembahyang ker??? atau memang jenih sembahyang tak kusyuk sebab nak tengok Imam buat salah apa. Letih...

Selepas selesai berbual, datang Jururawat untuk ambil bacaan tekanan darah. Ternyata masih tinggi. Mungkin banyak sangat berbual dan ramai sangat yang datang.

Kemudian Dato' Seri pun berehat sehingga jam 5.30 petang. Waktu melawat tiba dan ramai yang datang. Antara Team Zunar dan juga beberapa lagi YB Pakatan Rakyat. Hampir jam 7.30 malam saya pun balik ke sarang.



YB Wong Kah Woh



rakyat melawat pemimpin



Zunar hadiahkan beberapa komik



Zunar menerang projek terbarunya



Bekas staff JKR. Pernah berkhidmat dengan Dato' Seri