Saturday, February 27, 2010

JOM KITA CONTOHI : Jarang orang tengok gambarTok Guru begini


(Gambar ini di ambil dalam blog pemuda wangsamaju)
Jarang tengak Tok guru solat di belakang orang biasa-biasa saja.. rasa-rasa tok guru yang mula ikut dulu sebab dilihat daripada kedudukan beliau yang tak sempat turun sepenuhnya...bayangkan la yang imam ketika ini ialah anda? pernah saya pergi ke Rumah rasmi kerajaan Kelantan di Belakang KLCC, rumahnya tenang walaupn tidak besar mana..tujuannya untuk pergi tahnik anak sulung saya..selepas berjanji dengan abg ya (pembantu tok guru, dlm gambar tu duduk hujng sekali belah kanan) sempatlah kami sekeluarga solat bersama..rasanya, riuh juga la sikit mula - mula kami nak masuk sof tu..lepas solat semuanya, zikir dan doa...selepas doa, tok guru terkejut tengak belakang ada jemaah..sbb mula-mulanya dia hanya solat dengan pembantunya je..susah saya nak meniru sifat khasyaknya itu..Jazakallah tok guru...

ttg gambar : gambar ini diambil diputik semasa seminar pemikiran Islam

Friday, February 26, 2010

KEKUATAN FIZIKAL : PEMAIN MALAYSIA pun patut lawan dengan buaya

Buaya patah gigi lawan dua lelaki


GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Telegraph menunjukkan Thurston (kiri) dan Willie berdepan dengan seekor buaya di dalam tangki di sebuah taman buaya di Darwin.


DARWIN - Dua pemain ragbi di Australia menewaskan seekor buaya gergasi selepas bergusti dengan reptilia itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Buaya seberat 1,000 kilogram bernama Burt itu menerkam Big Willie dan Johnathan Thurston yang merupakan kapten pasukan North Queensland Cowboys selepas mereka melompat ke dalam sebuah tangki kaca berisi air di Crocosaurus Cove iaitu sebuah taman buaya di sini pada Khamis lepas.

Ibarat bertemu buku dengan ruas, buaya tersebut bukan sahaja gagal membaham dua mangsanya itu tetapi turut kehilangan sebatang giginya dalam pertarungan sengit tersebut.

Kedua-dua pemain itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ia merupakan sebahagian acara sampingan sebelum perlawanan ujian pasukan itu dengan Gold Coast Titans hari ini. - Agensi

Tahniah 2 Cawangan kita....



Sebentar tadi 2 cawangan dibawah Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal telah mengadakan Mesyuarat Agong masing-masing. ini bermakna hampir 90% Mesyuarat Agong selamat dijalankan tanpa apa-apa masalah. kami dari pemuda UPU akan berusaha memperbaiki dan melaksanakan kerja dengan lebih bersungguh lagi. Mohon Doa semua ahli jemaah...Amin


Allahu Akhbar!!!

Ini pun UMNO guna Akhbar....JOM BOIKOT!!!!!

pilu bila akhbar UMNO ni dapat keluar hari-hari dan dapat fitnah, sindir, hina orang hari-hari........BOIKOT!!!!



‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’: Rakyat lebih layak menilainya (UTUSAN)

PUTRAJAYA 25 Feb. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu melepasi dahulu perbicaraan kes liwat yang dihadapi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum layak ‘dianugerahkan’ oscar atau ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010'.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, isteri Anwar itu sepatutnya mencari peguam-peguam terhebat dan bukti-bukti untuk menangkis hujah semasa perbicaraan kes liwat suaminya.

‘‘Sama ada Wan Azizah layak dianugerahkan ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atau mampu terima oscar atau tidak bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh rakyat sendiri.

‘‘Namun bagi saya perbuatan beliau memandang hina sistem kehakiman negara dengan membuat telahan bahawa perbicaraan kes liwat suaminya sebagai usaha untuk membunuh karier politik Anwar adalah satu skrip lakonan yang sangat murah harganya dengan jawatan Ketua Pembangkang yang selama ini mempunyai kedudukan yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rais ditanya mengenai kenyataan Datuk S.Nallakaruppan yang ada menyebut nama beliau, apabila secara sinis mencadangkan pengurniaan anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' kepada Wan Azizah atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.

Menurut Nallakaruppan, beliau bersedia mengemukakannya kepada Rais untuk dipertimbangkan.

Sebelum itu, Nallakaruppan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia kelmarin yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripda usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.

Rais berkata, sepatutnya Wan Azizah tidak terlalu cepat membuat kenyataan itu kerana ia perbicaraan kes liwat suaminya merupakan soal jenayah di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Tegasnya, ia sama dengan status pendakwaan dan perbicaraan kes rasuah, penipuan dan pembunuhan.

‘‘Dulupun ramai pemimpin dalam kerajaan sendiri menghadapi perbicaraan di bawah undang-undang negara, tanpa helah dan politiking. Antaranya pada 1982 apabila Datuk Mokhtar Hashim dihadapkan ke mahkamah, Datuk Muslim iaitu Exco Kedah serta Tan Sri Kasitah Gaddam begitu juga dan pada era 80-an melibatkan Ketua Menteri Melaka.

‘‘Jadi, kenapa perlu Anwar ‘diistimewakan’. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kesamarataan di sisi undang-undang,” katanya.

Tegas Rais: ‘‘Sebaik-baiknya kes liwat Anwar tidak didebatkan di luar mahkamah.

‘‘Anwar sendiripun telah lepas dari cengkaman mahkamah pada 2004, apa nak ditakutkan menghadapi perbicaraan, takut kerana salah, berani kerana benar.”

Kuliah Subuh di KEM KEPIMPINAN di JABI, BESUT

kuliah subuh oelh alfadhil ustaz ridhuan abdul karim
Pengerusi Penerangan, multimedia dan Inovasi
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa
Batu 6, Kuala Terenggani.

Thursday, February 25, 2010

Selamat Bercuti Ummat Islam

" Berehat sekejab sambil bangkit semangat juang




" Muhasabah pagi Jumaat"

PROJEK TERBARU PEMUDA PAS PUSAT : Ayuh kita LAKSANAKANNYA...


aktiviti terbaru Dewan Pemuda PAS Pusat...jom kita laksanakan diperingkat cawangan....

MESYUARAT AGONG BATU 6 KALI KE 30

sekadar gambar hiasan

ESOK Pas Batu 6, kuala Terengganu mengadakan Mesyuarat yang ke 30, pasti banyak perkara yang akan dibahaskan.

kami daripada Pas Pengkalan Arang mengucapkan selamat bermesyuarat semoga Pas Batu Enam terus maju dan mantap dari sebelumnya.

Wednesday, February 24, 2010

MAHKAMAH DI MALAYSIA : Semua di tolak jika PEMBANGKANG yang mohon

Terkini : Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan Anwar

25/02/2010 1:45pm

PUTRAJAYA 25 Feb. – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan semakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengakses semua dokumen penting pendakwaan dalam kes liwatnya.

Boleh ke Sammy Vellu dan Tan Sri Ong buat macam ni?

Ceramah Maulidur Rasul di Surau turut dihadiri bukan Islam

Sukar untuk diterima akal dalam Ceramah Maulidur Rasul yang tajuknya berkisar tentang kemuliaan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan keagongan sejarah Islam dihadiri bersama dengan beberapa orang bukan Islam termasuk Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang.



Ceramah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh hujung minggu lalu.

Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam?. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam)http://bumiperak.blogspot.com/

Kelihatan YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah Surau selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah.
YB Dato' Seri Ir Nizar menjamu selera bersama wakil rakyat bukan Islam selepas ceramah disampaikan di Surau Taman Rapat Koperasi, Ipoh "

Tuesday, February 23, 2010

JOM Zahid Hamidi, kita try test POWER dengan USA

PESAWAT-PESAWAT B-52s diletakkan di Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan, Tucson.

Gurun AS simpan pesawat AS$118.73b

TUCSON - Sebuah kawasan gurun seluas 1,052 hektar di Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan, Tucson di Amerika Syarikat (AS) dijadikan tempat menyimpan 4,200 pesawat lama termasuk jet pejuang bernilai AS$35 bilion (AS$118.73 bilion), lapor sebuah akhbar semalam.

Ia dijadikan alat ganti untuk pesawat yang kini digunakan Tentera Udara AS. Enjin, peluru, pendawaian elektrik dan elektronik pesawat lama itu dikitar semula untuk membantu mengurangkan kos penyelenggaraan pesawat-pesawat tentera masa kini.

(Pandangan AMARG dari udara. Foto diambil pada 16 Mei, 1992)

Pada 2005, kakitangan di pusat itu mengitar semula lebih 19,000 komponen pesawat-pesawat tersebut yang bernilai AS$568 juta (RM1.92 bilion).

Gurun itu merupakan tempat paling sesuai untuk menyimpan barang besi kerana kelembapan yang rendah dan hujan menyebabkan badan pesawat tidak dipenuhi karat.

Pihak tentera menggunakan kawasan gurun itu sebagai tempat simpanan pesawat sejak 60 tahun lalu.

Kawasan gurun yang unik itu pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Transformers. - Agensi

Dosa "IBU" maksiat kepada CIKGU, GURU dan PENDIDIKAN

(Pemerintah Malaysia Dato' Sri Rosmah Mansur)

Tahun 2010 dianggap sebagai tahun paling malang buat warga pendidik di negara ini apabila pelbagai peruntukan dipotong oleh Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Umno dan Barisan Nasional; Mohd Najib Abdul Razak.

Ramai pihak melihat alasan Perdana Menteri seperti pengurusan berhemah, perbelanjaan jimat dan pelbagai lagi ungkapan beliau perlu dinilai semula.

"Semua slogan dalam institusi pendidikan negara ini disebutkan bertujuan mengabui mata rakyat," kata seorang guru yang enggan dikenali.

Tambah beliau, antara langkah perbelanjaan yang dikatakan berhemah oleh kerajaan BN ialah membatalkan beberapa program di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan lain-lain.

"Termasuk antara 'perbelanjaan berhemah' itu ialah pengurangan kursus untuk guru, tidak boleh menuntut elaun, dan beberapa lagi pemotongan yang melibatkan hampir semua institusi pendidikan di seluruh negara.

Namun, tambah beliau, pada masa yang sama, isteri kedua Najib, Rosmah Mansor menerima peruntukan RM100 juta dalam bajet 2010 selain kemudahan lain.

Baru-baru ini, akhbar arus perdana melaporkan Rosmah bersama program 'Permata Negara' anjurannya telah mengadakan Kursus Pengenalan Permata untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di salah sebuah hotel, di Bangi, Selangor.

Era Pakatan difahamkan, Permata Negara ini akan diambilalih oleh KPM bermula tahun depan.

"Belanjawan peruntukan untuk program Permata Negara boleh diadakan pula dan ia diadakan di hotel pula, namun, daripada di suatu segi lain, kursus untuk para guru dikurangkan atas alasan berjimat cermat," tambah beliau.

Sumber yang bekerja sebagai guru itu berkata, peruntukan untuk para guru yang berkursus itu telah dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang,

"Kami dapat nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari, semua itu atas alasan berjimat cermat, tetapi bagaimana pula dengan isteri Najib?"
soal beliau lagi. -erapakatan

UMNO JUARA RAKYAT cakap, KAMI ADA KETIKA RAKYAT SUSAH...sekarang, orang kerajaan sendiri dah Derma utk Rosmah...Tahniah Malaysia 1 Rosmah

Dato' Pa bukan PENGHKIANAT cumaNYA.........

Tengok gambar dulu...
Lepas tu baca petikan berita:
Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta "wang ehsan" diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau juga menjelaskan Kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.

Katanya wang itu akan dimanfaatkan dengan "TELUS" bagi membantu rakyat Kelantan meningkatkan tahap pendidikan, membasmi kemiskinan dan keperluan lain yang difikir perlu oleh satu Jawatankuasa Khas.
Sambung balik tengok gambar...
Ni projek Kerajaan Malaysia...
Nampak tak tarikh mula projek bila..?

Tarikh Mula: 1hb Dis.2008... Tarikh Siap: 31hb Julai 2009

Apa cerita Tok Pa..?

Ulang balik "kata-kata hikmat" dari Tok Pa...
Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.
Betul ke ayat Tok Pa tu..? kira-kiranya Kerajaan Pusat geng Tok Pa tu lagi TELUS la dari Kerajaan Negeri Kelantan ya Tok Pa..?

TELUS... sebab tu la Projek yang patutnya makan masa 6 bulan je tak siap-siap sampai sekarang... bukan setakat tak siap, PEMBINAAN PUN TAK MULA LAGI..! setakat pacak papan projek merata-rata, tulis besar-besar dekat papan projek "Kerajaan Malaysia", "1 Lagi Projek Pembangunan Oleh Kerajaan BN", anak Kontraktor Kelas "F" pun boleh buat...!!!

Oi Tok Pa..! Jambatan 2 lorong dekat Manek Urai yang BN janji masa Pilihanraya Kecil Manek Urai yang regenya lebih 7 juta apa cerita..?

Jambatan ke-2 Sultan Mohamad ke-IV apa cerita..?

Duit Katering supplier gerai makan yang dok jamu orang ramai masa PM Murujib datang Kota Bharu dekat Kompleks Sekolah bulan Ogos tahun lepas tak sampai RM300,000 apa cerita..?

Bila nak bayar..?
Oi Tok Pa..! kalau dengan peniaga 100% Melayu ahli dan penyokong UMNO tak sampai RM setengah juta pun tak boleh nak jelas sampai sekarang......

TAK PAYAH NAK SEMBANG PASAL "WANG EHSAN" LAAAAAA...!!!

Sumber dari : http://muslimeen-united.blogspot.com

MENJAWAB krtikan dari mohdnoorawang

( mohdnoorawang, inilah Ahli Parlimen Kuala Terengganu tu)

kami faham rintihan mohdnoorawang dalam http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2738 akan tetapi jangan terlalu singkat penilaian terhadap Hj. Abdul Wahid Endut. Bukan kerana dia tidak sempat ke Bandar atau area Bandar Kuala Terengganu dia tidak menjalankan kerja sebagai Wakil Rakyat. Kawasan Kuala Terengganu terlalu luas dan Yb memerlukan Jadual yang sistemetik untuk membuat lawatan dan kerja sebagai Ahli Parlimen, ADUN dan ketua keluarga. di kg. losong pun didalam Kawasan Kuala Terengganu. SEPATUTNYA mohdnoorawang perlu pergi ke saluran yg betul iaitu kepada Setiausaha Peribadinya untuk mengetahui perjalanan Hj. Wahid setiap hari. kami faham, mohdnoorawang nak sesempurna mungkin untuk memuaskan hati Rakyat, tetapi adakah kita membantu ISLAM untuk kekal memerintah dengan menyampaikan berita yang betul atau sekadar sebar Persepsi rambang mengikut akal singkat kita? andaipun kalah pada PRU 13 nanti, pertamanya kita Redha tapi TAK bererti kita mengalah sebelum berjuang.....

SEMUA WARGA KUALA TERENGGANU, kerja YB anda Pagi tadi....Berita Benar :

KUALA TERENGGANU, 23 Feb: Maklumat dan siasatan awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati tiada unsur khianat atau sabotaj dalam insiden kebakaran Tokong Ho Ann Kiong, Kampung Cina di sini, malam tadi.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika bergegas ke tempat kejadian memaklumkan, pihak bomba mengesahkan kejadian tersebut bukan perbuatan khianat mana-mana pihak.
"Saya bimbang takut usur khianat ke, tapi disahkan tadi tidak ada."Bomba sendiri sebut tadi, tapi dia masih siasat, cuma dia pesan tadi jangan timbul tuduhan- tuduhan," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam.
Menurut penduduk, asap tebal dilihat mula keluar dari bahagian atas bumbung bangunan tokong tersebut lebih kurang jam 9 malam.Mereka bagaimanapun tidak dapat masuk ke dalam bangunan tersebut untuk memadam kebakaran kerana pintu tokong berkunci.Difahamkan, penjaga tokong tersebut keluar untuk makan sewaktu kejadian berlaku.Ekoran itu, penduduk menghubungi pihak bomba dan dan polis.Pihak bomba yang tiba sejurus kemudian berjaya mengawal kebakaran kira-kira dua jam kemudian akibat api terlalu kuat.Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.Tokong tersebut antara yang tertua di negeri ini dengan usia lebih 200 tahun.Senibinanya juga agak unik dengan kebanyakan barang-barangnya diimport dari luar negara.

Sunday, February 21, 2010

Saturday, February 20, 2010

Menara runtuh hempap masjid ketika Khutbah, 41 orang syahid : AL-FATIHAH


SEKUMPULAN penduduk tempatan mengusung seorang mangsa yang berjaya diselamatkan daripada runtuhan di Meknes semalam.


RABAT - Hujan lebat menjadi punca sebuah menara masjid berusia 400 tahun di Meknes, 140 kilometer dari Rabat, ibu negara Maghribi, tiba-tiba runtuh sebelum menghempap ratusan jemaah yang sedang mendengar khutbah Jumaat kelmarin.

Kementerian Dalam Negeri berkata, sekurang-kurangnya 41 dikhuatiri maut manakala 86 cedera dalam kejadian tragis di Masjid Lalla Khenata dalam daerah Bab Berdieyinne yang dibina Sultan Moulay Ismail sewaktu Meknes menjadi ibu negara abad ke-16.

Pemerintah Maghribi, Raja Mohamed VI menitahkan pihak berkuasa untuk segera membina semula masjid itu yang juga mercu tanda utama Meknes setelah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Angka maut dijangka bertambah kerana masih ramai mangsa terperangkap belum dikeluarkan daripada runtuhan manakala mereka yang parah terpaksa dihantar ke bandar berdekatan Fes, kata ahli Parlimen tempatan, Dr. Abdallah Bouanou.

Sepasukan pakar psikologi turut dihantar tetapi pasukan penyelamat mendakwa, usaha mencari mangsa agak perlahan kerana hujan lebat berterusan menyukarkan mereka mengesan mangsa. – Agensi

KISAH SEBENAR dari SETIAUSAHA POLITIK Tok Guru.


Pendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap anggota parlimen Australia - yang didakwa campurtangan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - harus dilihat dalam konteks yang lebih menyeluruh, kata setiausaha politik kepada presiden PAS itu.

"Kena lihat secara keseluruhan terhadap apa yangg disebut oleh presiden PAS. Beliau menekankan bahawa tentu proses kehakiman dan perundangan dalam negara kita sekarang banyak yang tidak kena sehingga orang luar membuat protes.

"Ini mesti dibetulkan supaya proses keadilan wujud," kata Dr Samsuri Mokhtar kepada Malaysiakini hari ini.

"Kedua, beliau bukan 'selar', tetapi tidak setuju terhadap campurtangan asing dalam sebuah negara berdaulat atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa."

Dr Samsuri diminta menjelaskan pendirian sebenar Abdul Hadi yang dilaporkan menyelar 50 ahli parlimen Australia yang telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan terhadap Anwar.

Bernama semalam melaporkan, Abdul Hadi mahukan kes ketua umum PKR itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

Sumber dari : malaysiakini

KOLEKSI ALBUM termahal Tahun ini..







MANUSIA YANG CERDIK ATAS SIJIL



Datuk Seri Mustapa Mohamed , Datuk Dr Awang Adek Hussin ,
Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Mohd Fatmi Che Salleh .

terkedu ana bila Datuk Awang adek menjelaskan tentang isu royalti Kelantan dalam Berita beberapa minggu lepas. terdetik dalam hati ana yang yakin, mejoriti pimpinan UMNO memang bulat-bulat mengambarkan rakyat akan telan kata-kata mereka walaupun taraf UPSR. rakyat, kita tahu byk kenyataan tak de langsung cerdik diberikan oleh mereka. kita jangan la letak dia sebagai wakil malaysia di dunia. malu sangat-sangat. tolonglah..

4 ORANG PENGKHIANAT RAKYAT KELANTAN


Oleh : Zaid Ibrahim
Semasa saya dalam Kabinet dulu, Mustapa Mohamad adalah antara tiga atau empat orang Menteri yang saya hormati kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka. Lagi pun semasa saya menjadi timbalan beliau dalam Badan Perhubungan UMNO Kelantan dulu, saya tahu secara lebih dekat sikap dan sifatnya. Jadi saya amat duka cita melihat beliau yang sudah begitu terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak. Seolah-olah dia tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh benar mempertahankan dasar Kerajaan Pusat dalam hal ini.

Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5%. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan( dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah. Yang dikatakn wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.

Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama. Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.

Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.
Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.

Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak. Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.

Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?
Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada PETRONAS dalam tahun 1975 melalui “The Vesting Deed”. Sebagai balasan, PETRONAS bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5% dari hasil tersebut.

Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang PETRONAS dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pad masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.

Makna dan niatnya ialah apa-apa yang PETRONAS dapat, ia kena bagi 5% kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai. Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah “surrender” atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada PETRONAS. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.

Hari ini sudah jadi lain cerita. UMNO mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.

Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham , UMNO belum..

Sumber dari : http://muslimeen-united.blogspot.com

Thursday, February 18, 2010

DS Nizar : Seiras Dakwah yg dilakukan Assyahid Hasan Albanna

Bertolak dari Jeti

Program BN, AURA Dato Seri Nizar..!

Pulau Pasir Hitam
Rakyat bergambar bersama DSN dan DS Fatimah Taat
DSN disambut oleh rakyat di dalam majlis BN
DSN disambut oleh DS Ong
Bersama wakil-wakil dari BN
DSN berucap di pentas BN
DSN menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk

17.2.2010 Bukit Gantang :Pagi ini Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengunjungi Pulau Pasir Hitam yang mana merupakan satu lagi Pulau di dalam Parlimen Bukit Gantang yang memakan masa 45 minit masa perjalanan untuk sampai kesana.Dato Seri ditemani isteri beliau Datin Seri Fatimah Taat meluangkan hampir 3 jam disana.Beliau juga turut bersama-sama dengan masyarakat cina disana yang mana keseluruhan penduduk disana berbangsa cina bagi menyambut kedatangan tahun baru cina.

Dato Seri Nizar berucap dalam majlis BN.

Setibanya Dato Seri Nizar disana beliau disambut oleh wakil jawatankuasa penduduk Pulau Pasir Hitam dan dibawa ke Tokong dan Dewan Cina berhampiran yang mana ketika itu satu program anjuran BN sedang diadakan.Ia merupakan satu Majlis ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan yang telah menyumbangkan bumbung yang dibuat dikawasan tokong tersebut.Ketibaan Dato Seri Nizar disambut oleh beliau dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh rakyat yang ada.Dato Seri Nizar turut diberi peluang oleh jawatankuasa penduduk untuk menyampaikan ucapan di dalam majlis tersebut dan Dato Seri Nizar di dalam ucapannya menyatakan bahawa,

“Saya amat berterima kasih kepada Dato Seri Ong Ka Chuan yang sudi memberikan bantuan kepada penduduk disini,namun saya juga mengharapkan agar BN telus dalam memberikan bantuan dan menjaga kebajikan rakyat dengan tidak bertindak berat sebelah dalam memperjuangkan hak rakyat.”
-Dato Seri Nizar
Apa yang menambah meriah program tersebut ialah sambutan rakyat yang hadir dalam program tersebut yang mana ketika Dato Seri Nizar berucap sambutan dan tepukan dari rakyat amatlah tidak diduga memandangkan ia merupakan majlis BN namun keyakinan rakyat kepada Ahli Parlimen mereka itu tidak pernah luntur.Sambutan yang diluar jangka dapat dilihat apabila Dato Seri membangkitkan soal kebajikan Rakyat yang menjadi asas untuk diperjuangkan dan beliau mendapat tepukan gemuruh dari semua yang hadir.Di dalam majlis itu juga Dato Seri Nizar telah menyerahkan sumbangan kepada Wakil Jawatankuasa penduduk sebanyak.

Wednesday, February 17, 2010

AKIBAT SOMBONG : Indoniesia akan mendahului Malaysia

SABENI (kanan) berdiri dekat notis di kedai farmasinya yang menyatakan dia menerima dinar emas dan perak di Cilincing, utara Jakarta pada 27 Januari lalu.

Kerana kelantan yang mendahului memperkenalkan MataWang dinar Emas, Pemerintah UMNO menutup mata kelebihan yang dihhasilkan oleh orang melayu ISLAM di Malaysia.
ini ke pembela melayu? pembela kroni sepatutnya di heboh kan.. 1KRONI

Guna duit emas, perak beli-belah barangan

JAKARTA - Sekumpulan penduduk Islam di Indonesia menggunakan duit emas dan perak semasa melakukan urus niaga harian di Jakarta.

Penduduk Islam itu merupakan pengikut Sheikh Abdalqadir as-Sufi iaitu seorang lelaki kelahiran Scotland yang telah memeluk Islam.

Pengikut-pengikut Sheikh Abdalqadir itu membeli-belah dengan menggunakan duit itu untuk membeli makanan, ubat-ubatan, pakaian dan kad telefon.

Nilai untuk satu duit syiling dinar emas ialah AS$153 (RM519) manakala dirham perak ialah AS$3.30 (RM10.80).

Pertubuhan Wakala Induk Nusantara (WIN) ialah badan yang mengedarkan duit emas itu di Indonesia.

"Kami memutuskan untuk menggunakan duit emas dan perak berikutan fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Abdalqadir di bandar Cape Town, Afrika Selatan yang melarang penganut Islam menggunakan wang kertas," kata seorang pegawai WIN, Riki Rokhman Azis.

Menurut seorang ibu tiga anak yang turut mengendalikan perkhidmatan pertukaran wang emas, Kurniawati, secara puratanya empat orang datang ke kedainya setiap hari untuk membeli beras, minyak masak, sabun dan pakaian.

Dia yakin dengan penggunaan wang emas setelah suaminya memberikan mas kahwin dengan menggunakan duit emas lapan tahun lalu. - AFP

Tuesday, February 16, 2010

Ya Allah...Tok guru Presiden PAS selamatkan org lemas?!!



Tok Guru Hj Hadi selamat mangsa lemas

Tahniah Tuan Guru Presiden telah berjaya menyelamatkan mangsa lemas di Pantai Rusila, Marang pada 14 Feb 2010 di. Kejadian berlaku ketika Tuan Guru sedang berehat bersama keluarganya di tepi pantai tersebut.

Ramai yang perlekehkan Tok guru dengan berbagai-bagai cacian tapi hakikatnya, dia la ayah yg sentiasa membantu kita....Ya Allah, panjangkan la umur ulama' mu ini..amin ya rabbb

Insya'Allah Video akan di upload di
http://trgkini.blogspot.com

Sumber dari : http://pemudabesut.blogspot.com

Monday, February 15, 2010

Kisah PR tidak boleh guna kemudahan awam yg disediakan oleh kerajaan

bising sana sini pasal ramai org-org pembangkang guna memudahan awam tetapi LAWAN kerajaan. bila ada org cakap yg Pembangkang kita TAK boleh guna badan kerajaan (hospital,Tandas dll berkaitan dgn kerajaan)

lalu ustaz pun menjawab dgn kiasan.

Sebuah masjid. Ada imam, ada bilal, ada makmun.

ketika mesyuarat agong pemilihan JK baru..

bermula lah kempen mengempen....pada mulanya, bilal tiada masalah dgn imam sbb imam tidak melanggar syariat..akan tetapi sejak 2 menjak ni, bilal melihat perbezaan cara mengempen yg dilakukan oleh imam. dia banyak belanja AJK masjid dan ahli yg selalu dtg ke masjid. tetapi org lain yg hanya setahun sekali ke masjid tidak pulak dibelanjanya.

melihat akan keadaan itu, bilal pun heboh kan pada JK dan Ahli masjid yg imam cuba merasuah. trpinga-pinga la JK dan ahli. bila imam dapat tahu, melenting la imam tadi lalui berkata-kata dgn mengunakan ilmu yg tidak di ajar oleh Rasulullah.

yeaa bilal, ko sedar tak yang ko selama ini mkn gaji dgn Masjid (kerajaan), apa sal ko nak lawan Aku? nada melenting bila mana dia dpt tahu yg bilal ingin memburukkan nama nya. ko bilal (tiada kuasa) je, aku imam (berkuasa).

ko tak sedar yg ko tu byk guna kemudahan Masjid (kerajaan) gaji ko diberikan oleh masijd (kerajaan). skrg ko nak lawan aku pulak...tak kenang budi langsung. start pada hari ini, ko jgn guna kemudahan yang diberikan oleh pihak masjid!!!

terpinga-pinga bilal tadi bila mendengar imam tadi menjerit dan memberi amaran kepada nya. sebab dia tahu, Masjid hak milik Orang awam walaupun ramai yg tak pergi ke masjid.

sama juga dengan kerajaan.

Kerajaan. Pemimpin, Pembangkang, Rakyat jelata.

Kerajaan dapat sumber dari hasil bumi dan tex rakyat ( tak kira la penyokong UBN @ PR) semua kena bayar, contohnya insuran kereta moto yg cekik rakyat. sekarang ini kita jangan fikir yg Kerajaan tu Milik UMNO...sekarang ni kita wajib anggap Kerajaan tu seperti Masjid. Yang memerintah Kerajaan ni seperti imam yg hanya diamanahkan sahaja. jika tidak memberi kebaikan kepada islam dan rakyat, kita hanya perlu tukar imam. dan segala perbuatan yg kita tentang, bukan kita tentang kerajaan tapi kita tentang umno. KERAJAAN HAK SEMUA KAUM, SEMUA PARTI, SEMUA RAKYAT.

Kerajaan bukan hak mutlak UMNO dan BN.

KITA TUKAR IMAM (Pemimpin UMNO & BN) yang Rasuah, Pencuri harta RAKYAT, penindas Rakyat yang akalnya pendek.

JOM bersama meroboh rangkaian penindas

Alhamdulillah : Pesuruhjaya PAS WP Sudah Ditemui


Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad yang sebelum ini dilaporkan hilang telah selamat kembali ke rumah jam 2 petang tadi, demikian lapor Herman Shamsudeen di dalam blognya.

"Saya baru tahu selepas cuba menghubungi HP beliau dan bercakap sendiri dengannya sebentar tadi," demikian tulisnya.

Menurutnya di dalam panggilan tadi, beliau sempat bertanya khabar dan lokasi beliau sahaja. Suaranya agak kepenatan, jadi beliau tidak bertanya banyak.

Tapi berdasarkan siasatan dan maklumat sebelumnya, beliau ada urusan peribadi di Temerloh sehingga perlu bermalam disana.

Sebelum ini dilaporkan Ustaz Mohamad Nor Kali didapati hilang dan tidak dapt dihubungi sejak beberapa hari lalu. Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhaddan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

MenurutLo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, selepasnya beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

sumber : http://greenboc.blogspot.com