Thursday, December 30, 2010

10 janji Pakatan Rakyat dalam 100 hari jika diberikan kuasa memerintah


1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.


2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.


4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.


9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.


10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.



Perancangan PAKATAN RAKYAT yang merangkumi pendidikan, ekonomi, pengurusan negara, merombak struktur subsidi dan menitiberatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat itu bukan satu pembohongan sepert dakwaan pemimpin BN............... 




Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026

Sunday, December 26, 2010

Tahniah: Video Malaysia vs Indonesia (3-0) Goals Match Highlights 2010 AFF Suzuki Cup Final 1st Leg

Ahad, 2010 Disember 26


VIDEO SEMUA GOL sila klik disini : Gol-Gol Malaysia

KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF pusingan pertama menyaksikan pasukan Malaysia menundukkan Indonesia, 3-0 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada aksi kumpulan sebelum ini bukan alasan buat skuad kendalian K.Rajagobal ini bangkit melakukan serangan dan cubaan Kunanlan pada minit ke-18 hampir memberi mata kepada pasukan negara, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang lawan, Kurnia Meiga Hermansyah.

Pemain lincah Indonesia, Oktovianus Maniani hampir meranapkan benteng pertahanan negara, tetapi kecekapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bola berjaga diselamatkan.

Sehingga tamat separuh masa pertama, kedua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Permulaan babak kedua lebih menarik, lebih-lebih lagi pasukan Malaysia berjaya mendahului pasukan lawan apabila Safee Sali menjaringkan gol pertama pada minit ke-59 hasil daripada hantaran Norshahrul Idlan Talaha.

Stadium sekali lagi bergegar dengan sorakan penyokong-penyokong Malaysia apabila Mohd Ashari Samsudin menambah jaringan kedua negara pada minit ke-67, selepas menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal.

Safee sekali lagi menggegarkan stadium menambah gol ketiga negara sekali gus meletakkan skuad K.Rajagobal ini dalam kedudukan selesa sebelum bertandang ke Jakarta bagi pusingan kedua, 29 Disember ini.

Malaysia mengikat Indonesia, 3-0 sehingga tamat permainan.

MALAYSIA:Mohd Asraruddin Putra Omar,Safiq Rahim (kapten), Morshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali,Amar Rohidan, Kunanlan Subramaniam, Mahalli Jasuli, MOhad Amirulhadi Zainal, Kharul Fahmi Che mAt, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd Shas. (Pemain Simpanan): Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Faizal Muhamad,Mohd Razman Roslan, Khairul HelmiJOhari, GurusamyGovandar Kandasamy,, Mohd Amri Yahyah, Mohamad Faizal Abu Bakar, Mohamad Ashari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

INDONESIA:Marcus Harison Rihihina,Mohammad NAsuha, Zulkifli Syukur,Maman Abdurachman, Cristian Gonzales Alfaro Gonzales, Oktovianus Maniani, Firman Utina, (kapten),Ahmad Bustomi,Yongky Ari Bowo, Muhammad Ridwan,Hamka Hamzah. (Pemain simpanan):Yesaya Nickhanor Desnam,Bambang Pemungkas, Irfan Haarys Bachdim, Muhammad Roby,, Eka Ramdani,Beny Wahduri,Tony Sucipto

kekanda CANANG

Saturday, December 25, 2010

Ini dia Angsa Ajaib ditemui di Tasik Kenyir

| |
Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil. Ianya merupakan kerugian besar buat rakyat Terengganu dengan pelbagai hasil yang ditenggelami dengan pelbagai mineral yang belum diterokai kini ditenggelami air.

Apa manfaat buat kerajaan negeri Terengganu? Kecuali kerajaan Terengganu membeli TNB Kenyir ini seperti kerajaan Sarawak yang ingin member Projek Bakun.

Kini kerajaan berbelanja besar untuk projek-projek mega di Tasik Kenyir. Kononnya untuk pelancongan tetapi hakikatnya adalah untuk projek kroni-kroni yang jelas membazir. MB Mat Said nampaknya nak berlawan dengan pembangunan Pulau Wan Man dengan 249.7j termasuk Projek Masjid Kristalnya, Projek Monsun Cupnya kini beliau pula membelanjakan wang RM289 juta dengan 11 projek. Termasuk Projek Pembangunan Tasik Kenyir yang melibatkan pembinaan Taman Burung

Selain burung-burung terdapat binatang pelik didapati di sini iaitu itik dan angsa. Bukannya ia bertelur emas tetapi nilai harganya. Seekor itik berharga RM750 dan seekor angsa berharga RM5,600 dengan peruntukkan sebanyak RM6 Juta. Inilah angsa cap UMNO. Inilah sebenarnya projek-projek ikut terlintas dikepala pemimpin UMNO. Tanpa kajian mendalam.

Rakyat Terengganu yang masih lagi tahap dibawah kemiskinan mereka tidak dipedulikan. Keperluan rumah rakyat diabaikan. Peluang pekerjaan semakin susut. Tapia pa pemimpin UMNO peduli?

Sekarang ini Terengganu yang menghasilkan minyak dan gas kering kantung kewangannya bahkan Laporan Audit Negeri mengatakan hutang kerajaan negeri RM1.01 Billion. Sudahlah wang kerajaan kering disapunya kini Simpanan Tetap (fix deposit) kerajaan negeri dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan kerajaan.

Ini belum dikira nak buat pembangunan Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir yang akan menelan banyak wang rakyat dimana RM40 Juta. Apa kepentingan rakyat di situ? Barang-barang mewah yang dikecualikan cukai sedangkan rakyat di Hulu Terengganu termasuk kebanyakan rakyat negeri Terengganu hanyu mampu membeli-belah di Pasaraya Mydin. Pasaraya Giant seebelah Mydin pun tak laku. Inikan pula Pulau Bebas Cukai barangan mewah?

Kalau dibiarkan semakin kemaruk pemimpin UMNO ni. Rakyat perlu segera gantikan UMNO. Pru terdekat inilah masanya. Masa untuk berubah!

Ustaz Saiful Bahri

Thursday, December 23, 2010

Adun Selising cabar Umno dedah bukti ‘berzina’ di koc kereta api

December 23, 2010

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya kepada The Malaysian Insider.

Pada 8 Mac 2008, Saipul Bahrin menewaskan calon Umno-BN Hashim Ismail dengan kelebihan 783 undi.

Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh itu berkata, iltizam politik Umno memfitnahnya mungkin disebabkan tapak sokongan parti teras Barisan Nasional itu sejak kebelakangan ini kian rapuh apabila ahli dan penyokong mereka menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat.

“Banyak sebab mungkin mendesak mereka mahu menjatuhkan saya, (antaranya) sebelum saya ke Mekah, dua tiga orang PPM (Penyelia Pembangunan Mukim) yang dilantik Umno terbuka hati untuk meninggalkan Umno dan menyokong PAS.

“Lebih 100 ahli Umno di Selising bersama bekas ketua pemuda Umno (Selising) menyertai PAS sebelum saya ke Mekah, dua tiga hari ini saya diberitahu (bahawa) beberapa PPM dan pemimpin Umno tempatan menyerahkan borang sertai PAS,” ujarnya lagi.

Bahkan katanya, fitnah yang dihadapinya itu mungkin disebabkan krisis dalaman dalam Umno Bahagian Pasir Puteh sendiri.

“Umno (cawangan) Selising sendiri mungkin resah dan melenting apabila pemimpin masyarakat tempatan menolak perjuangan Umno sehingga mereka terpaksa import pemimpin luar (bahagian Umno) Pasir Puteh untuk menjadi ketua bahagian dengan beberapa pindaan perlembagaan (Umno peringkat bahagian),” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan turut senada dengan Saipul Bahrin mencabar Umno negeri dan pusat supaya mengemukakan bukti tanpa menyebarkan fitnah.

“Umno tak habis-habis fitnah PAS, kemukanlah bukti jangan sekadar buat dakwaan ‘kosong’,” ujar Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Kata Adun Temangan ini lagi, tindakan Umno itu adalah strategi mahu membunuh imej pemimpin-pemimpin PAS setelah mereka percaya bahawa ideologi perkauman parti mereka tidak mampu mengalahkan ideologi Islam yang dipopularkan PAS.

“Itulah strategi Umno, termasuk membunuh karakter individu dalam PAS kerana mereka tak boleh nak lawan ideologi kita, maka mereka pilih jalan fitnah untuk memburukkan wakil rakyat kita (PAS) dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sendiri,” katanya.

Melihat pada tindak tanduk tersebut, kata beliau, PAS negeri sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengendali Umno Online dan beberapa pihak yang akan dinamakan kemudian jika wajar.

“Kita sedang meneliti beberapa pendedahan itu, kalau ada asas untuk dibuat pendakwaan kepada (pengendali) blog Umno itu, kita akan umumkan kemudian... nama-nama yang lain pun akan diumumkan kemudian selepas kita mengenal pasti mereka yang terlibat,” ujarnya.

Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook.

Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.

Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut.

Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.

Wednesday, December 22, 2010

(GAMBAR) PANAS ADUN SELISING 'PROJEK' KERETAPI



KUALA LUMPUR, 23 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.


Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya.


*Projek Keretapi Adun Selising ana tak jumpa yang jumpa projek landasan berkembar Ketapi ada la... mungkin di kot yang puak-puak UMNgOk maksudkan....


http://dppwm.blogspot.com/2010/12/gambar-panas-adun-selising-projek.html

TREND BAYI MELAYU DIBERI KEPADA KELUARGA INDIA

Posted by Abu Nu'man Thursday, December 23, 2010

Alhamdulillah ana dikurniakan seorang lagi puteri (bukan puteri UMNO)... cuma bukan nak cerita pasal puteri ana tetapi kebetulan semalam ana membawa zaujah ana pergi mengurut di Bukit Beruntung (ala area flat 1 Malaysia tue). Sampai di sana, makcik yang mengurut tue (ana panggil dia kak ida cz umur dalam 53 tahun) sedang memegang seorang bayi perempuan yang berusia dalam 3 minggu. Lalu ana tanya anak siapa? Jawabnya anak segera/ anak angkat... lalu diceritakan berkenaan bayi tersebut ...

Menurut Kak Ida bayi itu adalah anak kepada seorang gadis berusia 15 tahun (form 3) dan berbapakan lelaki berusia 17 tahun (x sekolah dan bekerja satu bengkel dengan suaminya). Nak jadi cerita atuk dan nenek kedua-dua pasangan tersebut tak nak mengaku itu adalah cucu mereka menyebabkan kedua-dua remaja tadi melahirkan bayi mereka di rumah seorang India (hindu) dan budak lelaki itu sendiri yang memotong tali pusat bayi tue. Kemudian bayi tadi diserahkan kepada keluarga India tadi kerana mereka tak mampu nak bela bayi tue.

Kebetulan budak lelaki tue satu tempat kerja/ kenal dengan suami Kak Ida tue jadi dia pun buka cerita la kat suami Kak Ida pasal baby tue... so bila suami kak Ida tue tahu pasal cerita tue terus dia bagi tau wife dia dan Kak Ida terus pergi ke rumah india tadi untuk mengambil baby tue.. masa tue usia dia 3 hari.. tapi masa ambil baby tue dah ada 'nandet' (kire cam rupa anak hindu la).. akhirnya Kak Ida pergi balai polis naik mahkamah untuk dapatkan hak menjaga anak angkat...

... mungkin banyak lagi kes sebegini yang kita tak tau... sebab remaja yang dah berzina/ mengandung dia sanggup buat apa sahaja asalkan masalah depa selesai...

* gambar hiasan

By : http://dppwm.blogspot.com

Tuesday, December 21, 2010

BACA BETUL2...JGN JADI KETAM...sedar diri sendiri buat salah...

Senarai Penderhakaan Umno Pada Raja Raja Melayu




Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana.
Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”.
Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.
1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.
2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.
4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.
5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?
7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?
8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)
9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.
10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.
11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?
12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11 Jun 1993.)
13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?
14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.
15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?
16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.
17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, ultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.
Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.
Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.
Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu.Hrkh

Wednesday, December 15, 2010

PUASA DAN DOA HARI ASYURA

oleh Abdullah Yasin pada pada 14hb Disember 2010 pukul 12.59 ptg

Puasa 'Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya :

1. صُوْمُوا يَوْمَ عَاشُورَاء ، وَخَالِفُوا اليَهُودَ ، صُومُوا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْمًا بَعْدَهُ - Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya)

2. صُومُوا اليَومَ التَّاسِعَ والعَاشِرَ وَخَالِفُوا اليَهُودَ - Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih )

3. إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )

Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya :

1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharran, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi.

2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ; Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal.

3. Fadhilat puada Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha.

4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya : ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) - (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya "Al-Adzkar" : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu' (palsu).

5. Doa pada Hari Asyura :

يَا مُحْسِنٌ قَدْ جَــاءَكَ المُسِيْئُ ، وَقَدْ أَمَرْتَ يَا مُحْسِنٌ بِالتَّجَــاوُزِ عَنِ المُسِيْئِ ، وَأَنْتَ المُحْسِنُ وَأَنَـــا المُسِيْئُ ، فَتَجَــاوَزْ عَنْ قَبِيْحِ مَا عِنْدِي بَجَمِيْلِ مَا عِنْدَكَ ، فَأَنْتَ بِالمَعْرُوْفِ مَوْصُوْفٌ ، أَئْتِنِي مَعْرُوْفَكَ ، وَأَغْنِنِي بِــهِ عَنْ مَعْرُوْفِ مِنْ سِوَاكَ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ - ( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ). ( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis - Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura )

Penjelasan di atas berdasarkan kitab-kitab berikut :

1. Kitab Al-Mughniy - Ibnu Qudamah - Juz IV / 440 - 442

2. Zaad Al-Ma'aad - Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah - Juz II / 63 - 73

3. Fadhail Al-Syuhur Wa Al-Ayyam - Imam Abdul Ghaniy Bin Ismail Al-Nablusiy - Hlmn. 70 - 75

Monday, December 13, 2010

Terkini : kemalangan di jalan baru menuju ke Airport K.TRG


Accident Di Taman Semarak ,Kuala Terengganu kejap tadi 13-12-2010 jam 9.00 malam.. Mangsa dapati terjatuh dalam saluran air dipercayai terbabas ketika memandu laju ketika hujan...peringatan kepada semua pemuda, berhati-hati dijalan raya..kehebatan anda bukan menguasai jalanraya tapi setinggi mana anda menjunjung kalimah Allah dimuka bumi ini..Alhamdulillah selamat dihantar ke hospital dengan batuan pihak JPA dan orang ramai..

gambar : Ust. Din ( Admin Pemuda Batu Enam online)

Sunday, December 12, 2010

[Bergambar] Bas Bawa Pelajar IKM Terhoyong Hayang Sebelum Tercampak Ke Longkang

Bas turun bukit terhoyong-hayang

IPOH: “Sebelum kejadian, saya merasakan sistem brek bas tidak berfungsi dengan baik sebaik melalui jalan licin sebelum bas yang kami naiki hilang kawalan dan terhumban dalam longkang ketika menuruni bukit.

“Kami bergegas menyelamatkan diri dengan keluar ikut pintu kecemasan di belakang bas,” kata Nurul Asmah Harun, 22, penuntut Sijil Lukisan Mekanikal, Institut Kemahiran Mara (IKM), Jasin Melaka yang cedera selepas bas dinaikinya terhumban dalam longkang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin di Kilometer 304.5 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gua Tempurung, seramai 21 penuntut dan pensyarah dari IKM Jasin, Melaka bersama anggota keluarga masing-masing cedera termasuk seorang parah apabila bas dinaiki terhumban dalam parit.

Kejadian berlaku apabila sistem brek bas tidak berfungsi ketika menuruni bukit menyebabkan kenderaan itu terbabas masuk dalam longkang.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Jasin, Melaka membawa 38 penumpang dan mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tapah dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Nurul Asmah dari Skudai, Johor berkata, ketika menuruni bukit, bas berkenaan terhoyong-hayang selain mengesan sistem brek bas seperti ada masalah.

“Sejurus kemalangan, saya terasa sakit di rusuk kiri, tetapi tetap gagahkan diri keluar menyelamatkan diri menerusi pintu kecemasan,” katanya ketika ditemui di HRPB semalam.

Katanya, akibat kemalangan itu, dia mengalami beberapa luka kecil di badan selain patah rusuk kiri.

Seorang lagi mangsa yang cedera, Nor Izrin Abd Hamid, 23, berkata, dia tidak dapat mengingati dengan jelas bagaimana kejadian berlaku kerana terlelap.

“Sebaik tersedar bas sudah terbalik dan terus menjerit meminta tolong sebelum bergegas mencari jalan keluar bagi menyelamatkan diri,” katanya.

Nor Izrin patah tangan kiri dan menerima rawatan di Hospital Tapah.

Abdul Rahman Md Salim, 17, penuntut IKM berkata, ketika kejadian bas dinaiki menuruni bukit selain hujan lebat.

Katanya, pemandu bas cuba mengelak sebuah bas sekolah di depan sebelum cuba menekan brek, tetapi sistem brek mengalami masalah.

“Pemandu bas mengubah haluan ke kiri jalan bagi mengelak merempuh bas sekolah itu sebelum hilang kawalan dan terhumban ke longkang ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi berkata, kebanyakan penumpang bas yang cedera sudah dibenarkan pulang selepas selesai menjalani rawatan di HRPB dan Hospital Tapah.

Beliau berkata, bas terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) untuk diperiksa.









greenboc

Pegawai Kanan Singapura Label Najib Tidak Layak Memimpin

Sunday, December 12, 2010

KUALA LUMPUR 12 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilihat sebagai pemimpin yang tidak berkelayakan oleh pemimpin kanan pentadbiran Singapura.

Pandanganan itu dibuat oleh beberapa pegawai kanan Singapura dalam perbincangan dengan rakan sejawat mereka dari Amerika Syarikat.

Transkrip kabel perhubungan yang didedahkan oleh wikileaks dan disiarkan oleh Akhbar Australia, The Sunday Age melaporkan, kabel perhubungan antara pegawai kanan Singapura yang dikenali sebagai Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh dengan rakan sejawat mereka dari Amerika Syarikat.


Menurut laporan tersebut, mereka memperlekehkan Najib, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin lain dalam Umno dan Barisan Nasional yang disifatkan mereka sebagai lemah.

Najib juga dilabelkan sebagai seorang opportunis dan 'kemerosotan' Malaysia disebabkan oleh kepimpinanan dan ahli politik parti memerintah yang lemah.

Pada September 2008 lalu, Bilahari Kausikan, pegawai kanan hal ehwal luar Singapura memberitahu timbalan setiausaha pertahanan Asia Timur David Sedney bahawa 'keadaan di Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya dicetuskan kemungkinan oleh konflik perkauman yang bakal menyaksikan kaum etnik Cina melarikan diri dari Malaysia dan membanjiri Singapura.

“Berikutan kempimpinan yang lemah, adalah menjadi masalah yang nyata kepada Malaysia dan Najib perlu mempertahankan kedudukan politiknya untuk mengelak pendakwaan berhubung pembabitannya dengan kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaariibuu," Bilahari Kausikan, pegawai kanan Singapura, dilaporkan berkata.

Tambahnya, nasib Najib ibarat telur di hujung tanduk dalam pembabitannya dengan kes pembunuhan berprofil tinggi.

Beberapa bulan sebelumnya, Peter Ho, seorang lagi pegawai kanan republik berkenaan dilaporkan memberitahu rakan sejawatnya bahawa Najib pula, adalah seorang opportunis. Walaupun beliau tidak begitu kritikal terhadap Singapura, beliau tidak akan teragak-agak memilih jalan berkenaan jika belia memikirkan perlu berbuat demikian. Perjalanan politik Najib terus dibayangi dengan skandal pembunuhan.

Turut dibicarakan dalam laporan itu adalah berkenaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

"Pisau politik mengancam menikam Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi yang tidak disukai ramai pihak kerana beliau mencapai kedudukannya melalui perhubungan keluarganya," kata Peter Ho, pegawai kanan Singapura.

Khairy, yang kini menyandang jawatan ketua Pemuda Umno tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet pentadbiran Najib walaupun beliau dilihat sebagai seorang ahli politik yang bijak.

http://lpdn28.blogspot.com/2010/12/pegawai-kanan-singapura-label-najib.html

Saturday, December 11, 2010

SALAM TAKZIAH BUAT YB ZAILAH DAN KELUARGA

Ahad 21 November 2010

SELEPAS lebih seminggu tidak sedarkan diri, tepat jam 12:45 tengah hari ini, Ahmad Soleh Rahimi, 7 anak bongsu kepada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf telah dijemput Allah s.w.t. kembali ke sisinya.

Ahmad Soleh dimasukan hospital sejak dua minggu lepas seminggu diwad biasa dan seminggu di ICU kerana menghadapi masalah buah pinggang. Seminggu lalu beliau tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Jenazah Ahmad Soleh kini dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan dan akan dibumikan di sana sebelum tengah malam ini. Mayat yang dibawa dengan CRV dengan diringi Siti Zailah, bersama suami dan beberapa orang anakanya berlepas jam 3:00 petang tadi.

Suasana sedih menyelubungi di bilik mayat ketika saat jenazah dibawa ke kenderaan untuk pulang ke Kelantan. Beberapa orang waris waras terdekat Siti Zailah dan suaminya yang berada di Kuala Lumpur hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Tiada pemimpin atau ahli Parlimen lain yang kelihatan di perkarangan rumah mayat. Begitu juga pemimpin Pas yang lain kecualilah Badrul Amin Bahrum dan seorang pimpinan Muslimat Pas. Badrul Amin dikatakan tiba awal dan turut memandi dan menyembahyangi jenazah.

Siti Zailah ketika ditemui redha atas apa yang berlaku. "Kak Lah redha dengan pemergian Ahmad Soleh. Dan sudah berpuas hati dengan rawatan diberikan. Sebelum ini dia telah membisikkan kepada Kak Lah yang beliau seakan meninggalkan Kak Lah dan adik beradiknya yang lain selama-lamanya," cerita Zailah sebak.

sumber MSO

Thursday, December 9, 2010

PANAS: "Ketua Umno Bahagian Dungun sombong, angkuh, berlagak dan tak sedar diri!" - Armand PERKASA



"Ketua Bahagian Dungun Sombong Dan Angkuh Berlagak, Tak Sedar Diri, Bole Tanya Kenapa "Sibuk2 Nak Bantu Pelajar2 Kat Mesir, Aku Ketua Bahagian , Aku Kenal Menteri" .....Ni Contoh Org Yg Tak Layak Jadi Pemimpin, Piraaaahh..Bantu Lar Anak2 Muda Bukan Pertikai Anak2 Muda

Org Tua Yg Perasaaan Bagus..Saya Rasa Secara Peribadi Ini Lar Yg Hancurkan Bangsa Melayu....Ni Bukan Pemimpin Tapi Ali Baba..."
- Armand Ketua Wira Perkasa

Oleh: Pria Malaya

Aik, apa masalah ni? dalam satu 'kapal' pun boleh bertelagah?..kata 1Malaysia??...hehe...

Kenyataan Armand PERKASA di atas diambil dari facebooknya di SINI..penulis pun tak pasti apa masalah sebenar yang berlaku antara beliau dan Ketua Umno Bahagian Dungun..

Mungkin ketua bahagian ni pun tak minat dengan perjuangan PERKASA seperti beberapa pemimpin utama Umno..mungkin je la..




Ketua Bahagian Umno Dungun ialah Datuk Rosli Mat Hassan...beliau juga memegang jawatan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu..so, tak pelik beliau dikategorikan dari kumpulan atau kem Mat Said...

Dari cakap-cakap yang sampai pada penulis, beliau sememangnya banyak terpalit beberapa isu..antara yang dibisikkan en.google kepada penulis adalah seperti:


- AHLI PARLIMEN DUNGUN TAKUT DENGAN KETUA BAHAGIAN
- Berapa Juta Pula Dapat?



Penulis pun tak tahu pasal apa..tak nak komen lebih2..nk tahu lebih lanjut, tanya si Armand sendiri...beliau bertanggungjawab 'membuktikan' pemimpin2 Umno atau lebih tepat Ketua Bahagian Umno sombong, angkuh dan tak sedar diri...wallahua'lam..


Laporan asal oleh Pria Malaya