Saturday, April 24, 2010
Gambar:Tok Guru Nik Aziz Di Hulu Selangor
Friday, April 23, 2010
RAJA percaya pada orang FASIK?

Umno ni penipu yang diberi tauliah oleh Rakyat yang kurang cerdik
cerita dr seseorang yg solat jumaat yg Dr hassan berkhutbah
ah mengarutlah fitnah ni,
aku yg solat kat sini,
Hassan Ali khutbah mcm biasa,
tidak sentuh bab politik yg terlampau,
apa yg dikhutbahkan semua pasal Islam & gunakan Quran sebagai rujukan.
Hassan memberitahu plan mengimarahkan masjid di Selangor,
menjadikan pusat kegiatan masyarakat Ekonomi, social,
Hassan juga mendedahkan berapa ramai yang tak tau mengaji,
tak solat 5 waktu, berapa ramai anak haram.
dan Hasan juga mendedahkan masa zaman khirtoyo,
ada byk masjid2 yg takde azan subuh, takde azan asar,
takde kuliah2, takde tazkirah,
masjid mati, hanya digunakan utk solat Jumaat.
yang aku lihat semalam semua jemaah mendengar dengan kusyuk,
hanya seorang mat umno yg bebel sorang2 sebab tak tahan dengar kebenaran.
byk kebenaran, dan banyak kebaikkan khutbah dari Hassan Ali.
hanya mereka yang dah buta hati. tak dapat terima apa yang disampaikan.
lebih baik bercerita pasal agama di masjid,
berbanding melakukan kemaksiatan & berhibur di Command Center BN, yang betul2 bersebelahan dgn masjid,
tak kira siang & malam,
bagi yang hatinya masih ada Islam walau sedikitpun,
pasti akan dapat bezakan dgn mudah,
pihak yang mana benar & pihak mana yang sesat,
bila melalui dijalan antara masjid & command center BN
CERITA BERGAMBAR : AURA TG NIK AZIZ KAT HULU SELANGOR
bETAPA RAMAINYA RAKYAT YANG MAHUKAN KEPIMPINAN ULAMA'
Siapa Ajar Tak Boleh Cakap Politik Dalam Masjid ?

Allah lebih tinggi dari manusia (Raja, PM, MB adalah Hamba kpd Allah sahaja)
JAIS Sekular ditempelak
Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.
"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.
"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.
Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.
Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor
TOK GURU dh kat Selangor...Tiba-Tiba....
Tok Guru dilarang berceramah di masjid-masjid Hulu S'gor
Pengarah Sekular JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.
Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.
Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.
Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.
Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.
Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.
Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).
*Ni yang dipanggil sekular....mengasingkan agama dengan politik. Kalau yang dok jabatan agama pun bengong, agak-agak puak yang dok mari masjid macam mana pulak ? Wallahualam
Pemuda Wangsa Maju






