Saturday, February 26, 2011

Video ini menceritakan segalanya

(gambar bukti) Salah guna kuasa (Pegawai Polis) ?

Sabtu, 26 Februari 2011


Pegawai ini adalah SUPT JAAFAR BIN MAT (K/P NO: G/11545) iaitu Ketua Jabatan Narkotik di IPK Melaka sekarang. Bersama ini saya lampirkan gambar rumah barunya yang pernah diceritakan/dikhabarkan kepada semua oleh isteri beliau bernilai RM4Juta dan senarai aset berserta detail yang mana sedang di "update" oleh saya dari masa ke semasa.Dia mempunyai sehingga 15 syarikat kawalan keselamatan yang mana kesemua pengarah & pemegang saham di syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada isteri, anak, adik, adik ipar, sepupu, anak saudara, rakan, jiran dan isteri rakan (bekas pengarah - meletak jawatan kerana pernah seseorang ingin melaporkan kepada KPN) iaitu isteri kepada Datuk Khalid Abu Bakar (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam KDN/KA).

Saturday, February 19, 2011

(bergambar) Gempar!! : Bob Lokman sertai PAS di hadapan 30, 000 hadirin


Baru-baru ini MiLo SuaM ada memaparkan gambar Bob Lokman di dalam sebuah majlis solat hajat di stadium Malawati di malam yang sama dengan majlis anugerah juara lagu [Bob Lokman]. Bunga-bunga sudah kelihatan bahawa Bob akan menyertai PAS.

Sebelum ini sudah ada kedengaran khabar angin bahawa ada seorang artis terkenal akan menyertai PAS di hadapan perhimpunan besar yang akan diadakan di Kedah. Hal ini menjadi kenyataan hari ini. Berita dipetik dari blog Cina Islam.

Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini.











Bob Lokman Tengah Berapi Memberi Ucapan Semangat Kepada Para Pejuang PAS

Paklong sedang mendendangkan lagu Selagi Ada Rindu

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.

Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja".




Sumber [Cina Islam]

Monday, February 14, 2011

KESIAN SULTAN JOHOR DIKENCING PUAK UMNO..

tak tahu beza solat jama' dgn fardhu. sekiannya bersama dgn org jahil.

Tuan Guru Nik Aziz sedang menunggu masuk solat zohor. Disebelahnya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

Selesai sahaja solat zohor diimamkan oleh imam Kampong Redong, TGNA dan jemaah musafir lain membuat saf baru bagi menunaikan solat qasar asar. Kelihatan jemaah lain duduk di sisi masjid bagi memberi ruang kepada jemaah musafir meneruskan solat mereka. (kalu nak kate 2 imam ikut dakwaan UMNGOk... awat belakang imam xde org?... ke jenis kat Johor Imam tengah makmum pakat-pakat sembahayang tepi dinding...wakakaka)?
TGNA dan jemaah musafir lain menunaikan solat qasar asar 2 rakaat (kene tulis sebab UMNgOk tak tau yang qasar tue 2 rakaat).
Jemaah berada dalam Tahiyyat akhir selepas memunaikan solat qasar 2 rakaat (kene tulis sekali lagi 2 raakat) dan sempat mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Kampung Redong.

....lihat camno UMNO kencing buta-buta atas mata Sultan Johor...
(gambar dari blog pencacai taik UMNgOk)
KOTA TINGGI : Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada semalam bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.



Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.


"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.


"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.LIHAT GAMBAR 1 YANG DIBULATKAN.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid. - Bernama



....SIAN AKU TENGOK SULTAN JOHOR... KENE KENCING BUTA-BUTA ATAS MATA OLEH PUAK-PUAK UMNO... NIE KALU KENCING SULTAN KIRE DERHAKA KE???

Saturday, February 12, 2011

AL-FATIHAH

Adun BN Kerdau meninggal dunia, pilihan raya kecil ke-16 - The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 12 Feb — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang petang tadi.

Kenalan rapat Allahyarham memberitahu The Malaysian Insider bahawa wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi.

“Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan disahkan doktor meninggal dunia di rumah kerana terjatuh,” kata kenalan rapat beliau.

Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said mengesahkan yang Allahyarham Zaharuddin (gambar) terjatuh di bilik air di rumahnya.

“Pukul 7.05 petang ambulans sampai dan dibawa ke Hospital Temerloh dan pukul 8 malam, doktor sahkan Adun sudah pun meninggal di rumahnya,” kata beliau yang juga ketua Umno Kuala Krau.

Ismail berkata jenazah akan dikebumikan selepas waktu Zohor esok di Tanah Perkuburan Paya Taram, Kerdau.

Laporan Bernama memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood juga mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia.

Allahyarham pernah menjadi perhatian tahun lalu kerana dirawat selepas koma di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Zundin berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan pada pukul 6.30 petang.

Zaharuddin sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.

“Masih belum dapat dipastikan sama ada Datuk Zaharuddin mengalami serangan jantung ketika terjatuh di dalam bilik air,” katanya kepada Bernama.

The Malaysian Insider