Thursday, September 30, 2010

Gambar2 : RIBUAN UMAT ISLAM ZIARAHI AL MARHUM TUAN GURU PAK TEH



Pagi tadi saya dan Ust Abu Bakar Husein(PJ Perak) bersama ribuan umat Islam dari pelusuk negeri Perak dan sebahagiannya dari Kedah membanjiri pondok Pak Teh di Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu. Penghormatan terakhir diberikan oleh umat Islam ke atas Al Marhum Pak Teh (Tuan Guru Hj Abdul Latif Abdul Rahman) yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 12.30 pagi tadi. Kebetulan tarikh kematiannya bersamaan dengan tarikh kelahiranya pada 30.09.1938. Beliau meninggalkan seorang balu dan 11 orang anak dan meninggalkan ratusan murid yang masih berguru dengannya di pondok dan ribuan lagi di merata tempat dan ribuan bekas-bekas muridnya dari seluruh pelusuk negara.

Pemergiannya sangat mengejutkan ribuan umat Islam yang berguru dengannya, kerana malamnya beliau masih lagi mengajar di pondok sehingga hampir pukul 10 malam. Beliau sebenarnya sering keuzuran sejak ditimpa kemalangan tempoh hari, tetapi semangat dan cintanya pada ilmu mengatasi segala keuzuran yang dialaminya, walaupun uzur selagi ada kudrat dan selagi masih boleh bercakap, beliau tetap akan mengajar di merata tempat. Demikian menurut salah seorang anak muridnya yang sempat saya temui.

Pak Teh adalah Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Perak sehingga sekarang. Almarhum juga seorang pengasas dan pendiri Madrasah Addiniah Al Latiffiah (Pondok Pak Teh) yang masih mengekalkan tradisi pengajian secara pondok sejak tahun 1967 lagi. Pondok Pak Tehlah satu-satu pusat pengajian ilmu di Perak yang masih mengekalkan tradsisi membaca Kitab Kuning dan diajar secara tradisional. Sehingga sekarang 400 murid-muridnya masih mengaji secara tetap di pondok Pak Teh.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu pada tahun 1947 hingga 1953 dengan tamat darjah 5. Disebabkan kemiskinan keluarganya tidak mampu menyara pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi walaupun mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke MCKK. Walaubagaimanapun beliau berpeluang meneruskan pengajian agama secara pondok di Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959, Pondok Pasir Tumboh ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967. Beliau berguru dengan beberapa Tuan Guru yang terkenal antaranya Tuan Guru Hj Mohamad Saman Kati, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama tersohor di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar Pasir Tumboh.




Di Pondok Pak Teh, murid-muridnya dari yang seusia paling muda belasan tahun sehinggalah warga tua dan pesara kerajaan yang tinggal di pondok untuk menghabiskan sisa hidup dengan beribadah dan mengaji. Dipondok itulah mereka mengaji secara berkitab dari satu kitab ke satu kitab dan dari satu bab ke satu bab. Pondok yang didirikan oleh Pak Teh semuanya hasil usaha Pak Teh sendiri di samping derma orang ramai, tidak mengharapkan sedikitpun bantuan kerajaan. Untuk menjana pendapatan Pak Teh dan murid-murid menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Yuran yang dikenakan pula terlalu murah, tidak sampai RM 50 setahun seorang pelajar untuk duit api dan air.Mengohormati kedudukannya sebagai ulama yang disegani dan dihormati, beliau telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76 pada tahun 2004. Tetapi kezuhudan dan rasa rendah diri, beliau lebih mesra dipanggil Pak Teh atau Tok Guru Pak Teh.

Sewaktu Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak, YAB Dato' Seri Hj Nizar sebagai Menteri Besar ketika itu telah meluluskan permohonan 45 ekar tanah kepada Pak Teh untuk sebahagianya bagi menjana pendapatan melalui tanaman getah, dan sebahagiannya untuk membesarkan lagi kawasan pondok pengajian.

PAS Perak pula telah memanfaatkan ilmunya kepada pimpinan PAS di semua peringkat dalam program Kuliah Tafaqquh Fiddin yang diadakan sebulan sekali di Surau Ustaz Zahid, Paya Renggam, Padang Renggas. Begitu juga PAS Kawasan Gerik sering menjemput beliau dalam program Ijtima' bulanannya di Markaz PAS Kerunai.

Solat Jenazah telah disempurnakan di surau tempat pengajiannya di Pondok Pak Teh kira-kira jam 11.45 pagi tadi diimami oleh anak saudaranya sendiri. Turut kelihatan Syeikh Mohd Noor Mansor (Pengarah JAIP), Ust. Shuiad Din (Ketua Dewan Ulama PAS Perak), Tuan Guru Hj Salleh dari Pondok Sik, Baling, YB Hj Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling), Ust. Azezan Desa (Tim.Ketua Dewan Ulama PAS Perak), dan ramai lagi Adun & pimpinan PAS negeri dan kawasan-kawasan yang hadir. Beberapa pimpinan UMNO Bahagian Gerik juga turut kelihatan termasuk beberapa Adun & bekas Ahli Parlimen Gerik.

Dato'Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak) dan beberapa pegawai dari Jaip dan Pejabat Mufti Perak juga kelihatan hadir.

Solat Jenazah kali ke 2 turut diadakan di Masjid Jamek Kg. Kuar Luar kira-kira jam 12.30 tengahari bagi memberi peluang ribuan lagi umat Islam mengerjakan solat Jenazah. Jenazah Al Marhum disambut tangan ke tangan dari tempat kediamannya sehinggalah sampai ke Masjid Jamek kira-kira 500 meter dari kediamannya.


Semuga rohnya ditempatkan bersama para anbiya, sahabat dan solehin. Amin. Al Fatehah.

http://misabah.blogspot.com

Tuesday, September 28, 2010

GEMPAR 500 Ahli PAS Keluar Parti Di DUN GALAS!!!

Kira-kira 500 ahli PAS keluar parti di DUN Galas (betul ke? kadang2 2 % je betul cerita dari umno ni) kerana tidak yakin dengan PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

Mereka terdiri dari beberapa orang Ketua Cawangan dan ahli-ahli PAS yang sudah lama berjuang dengan PAS.

Salah seorang jurucakap kumpulan tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mereka sudah muak dengan PAS dan kerajaan negeri kerana hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu mentadbir dan tidak tahu buat kerja.

Ini adalah antara contoh berita-berita yang sudah pasti akan dimuatkan di dalam media pengampu BN tidak lama lagi sebagai bahan kempen BN untuk meraih sokongan rakyat di DUN Galas.

Selain dari berita di atas kemungkinan tajuk-tajuk berita lain ialah :-

a) Kelantan negeri mundur
b) DUN Galas tiada pembangunan
c) Ramai orang miskin di DUN Galas

dan sebagainya ..............

p/s: Jangan terkejut ini cuma contoh tapi tunggulah kemunculan penipuan dan pembohongan media pengampu BN tidak lama lagi.

Monday, September 27, 2010

Video: Jenazah ADUN Galas, Reaksi Pemimpin PAS dan Isteri Allahyarham







credit : PENERANGAN PAS DUN PAKA N28

Terkini : Adun Pas Galas Che Hashim Sulaiman Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.

"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.Hrkh

Thursday, September 23, 2010

Video : Balu mangsa Bunuh hantar bukti ke Bukit Aman

HARI KELUARGA KALI KE 2 UPU PAS PENGKALANARANG

Insya Allah, UPU Pas Pengkalan Arang akan mengadakan Hari Keluarga kali ke 2 pada 25hb september 2010 yang jatuh pada Hari Sabtu bermula Pukul 8.30 pagi di Kampung Pak Katak. Kami menjemput Semua Penduduk Kg. Tebauk, Kg. Pak Katak dan Kg. Pengkalan Arang menghadiri Hari Keluarga ini bagi memeriahkan lagi suasana sambutan. Terima kasih.

Wednesday, September 22, 2010

Jet eksekutif terbabas di lapangan terbang Kuala Terengganu

Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 22 Sept: Sebuah jet eksekutif jenis Falkon 900 M 37-0 milik Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) dipercayai dipandu dua juruterbang TUDM terbabas ke dalam kawasan lapang, lapangan terbang sewaktu mendarat cemas pagi tadi.

Ia berlaku ekoran tayar belakang sebelah kiri pesawat terbabit meletup.

(Gambar: Jet yang selalu digunakan pembesar negara terbabas di Kuala Terengganu)

Asistant Commisioner Zamri Shamsuddin, Ketua polis Daerah Kuala Teregganu yang dihubungi mengesahkan pesawat milik TUDM itu yang selalu digunakan untuk penerbangan khas membawa para pembesar negara.

Tidak diketahui apakah ia dijadualkan akan membawa mana-mana pemimpin negara atau negeri dalam penerbangan dari Kuala Terengganu selepas itu.

Dalam kejadian cemas 10.45 pagi tadi itu, jet yang terbang dari Lapangan Terbang Subang ke lapangan Terbang Sultan Mahmood adalah untuk penerbangan latihan dipercayai terbabas dikawasan lapang sewaktu mendarat dari arah barat balai bomba dan penyelamat.

Kedua-dua juruterbang dan tiga anggota TUDM yang menaiki jet berkenaan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Mereka adalah Mejar Haris Hassan, Mejar Hassan Bakri Tajul Ariffin, Kapten Farah Diba Ahmad Roslan, Kapten Tengku Syed Mahmmod Tengku Amin, PN Rozainor Mat Zin.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Lapangan terbang Sultan Mahmood, Ahmad Ramli Mahmood yang ditemui menjelaskan, jet berkenaan tidak mengalami kerosakan besar berjaya ditarik keluar jam 12.55 tengahari tadi mengunakan enjin pesawat tersebut, selepas usaha menarik mengunakan kren gagal.

Waktu Operasi lapangan terbang yang terpaksa dihentikan selama 2 jam lebih itu beroperasi sediakala jam 1 petang tadi.

Friday, September 17, 2010

Gambar : Ahli Parlimen Bukan Islam BN Dalam Masjid...

Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa ‘penghinaan’ terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu’, tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok ‘bald spot’. WaLlahu 'Alam.
Jika tidak nampak lambang Dacing dalam gambar 4, jelas sekali dalam gambar 5 ini. Lebih hebat, ‘Ustadz Kamal’ bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta. Ke mana perginya Ahli Parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya ummat Islam telah dihina?

SUMBER

Monday, September 13, 2010

Gambar : Inikah wajah pembunuh Datuk Sosilawati? Dato' dan kawan-kawannya!


Tempat mangsa-mangsa dibakar

Ini bahana dan akibatnya apabila gelaran Dato senang di anugerahkan kepada orang ramai. Ada yang menggunakan gelaran Dato' sebagai platform untuk menipu dan manipulasi orang-orang yang berurusan dengan mereka. Penulis banyak kali berurusan dengan beberapa orang Dato dahulu. Banyak yang kaki penipu. Bila berurusan dengan Dato-Dato ini, yang menginap di suit hotel mewah. Mempamerkan kereta mewah, jam Rolex tapi hampeh punya Dato'. Kita jangan lekas percaya sangat bila berurusan dengan mereka. Mereka ini sanggup membeli gelaran Dato melalui orang tengah di Istana dengan harga RM100 ribu hingga RM300 ribu. Tapi kali ini pembunuh kejam ini berselindung disebalik gelaran Dato' dan jawatan mereka. Sebelum ini ada beberapa ahli perniagaan yang telah hilang selepas berurusan dengan Dato' Laknatullah ini. Kata perpatah melayu "Pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga".




Ini adalah gambar-gambar suspek yang ditahan oleh pihak polis berikutan kes pembunuhan Dato Sosilawati..



Perhatikan lelaki yang berpakaian warna oren..



Perhatikan juga wajah lelaki yang ditengah-tengah ini..


Berdasarkan laporan oleh The Malaysian Insider di SINI seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka telah ditahan berikutan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.


Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Cuba baca Notis yang dikeluarkan oleh Bar Council dibawah yang dikeluarkan pada 31 Mac 2007..

DALAM PERKARA AKTA UNDANG-UNDANG PROFESYEN 1976

PER : EN. PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NO K/P : 690211-10-5525)
EN. SURENDREN A/L NALLIANNEN (NO K/P: 720801-10-5773)
EN. UMAR BAKI BIN ABDUL MAJID (NO K/P : 480805-08-5765)

NOTIS ADALAH DIBERIKAN bahawa Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam telah menjatuhkan perintah-perintah disiplin terhadap peguambela dan peguamcara yang dinamakan di bawah, berkuatkuasa 21 hari dari tarikh perintah-perintah tersebut.

Digantung dari amalan guaman selama satu (1) tahun menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007 dan akan tamat pada 30 Mac 2008

En. Pathmanabhan a/l Nalliannen
En. Surendren a/l Nalliannen

Beramal di :
Tetuan Pathma Nalli & Partners
No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting
Selangor

Dibatal dari daftarai Peguambela dan Peguamcara menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007

En Umar Baki Bin Abdul Majid

Dahulunya beramal di:
Tetuan Umar Baki & Co.
No. 3348, Tingkat 1
Jalan 18/32, Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor

Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk menjalankan amalan guaman mereka dan pihak Mahkamah, ahli-ahli Majlis Peguam dan pihak awam dinasihat mengambil perhatian tentang perkara ini.

Bertarikh : 31 Mac 2007

Lim Chee Wee
Setiausaha
Majlis Peguam


Sumber dari SINI
Ini pula berita yang mengaitkan ladang berkenaan dengan seorang peguam yang bergelar Datuk..


Kes Sosilawati: Polis Berkampung Di Lokasi Sejak 2 Minggu Lalu


KUALA LANGAT: Sudah dua minggu ramai polis dilihat di sekitar Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini bagi melakukan siasatan.Keadaan itu disedari penduduk sekitar sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian.Bagaimanapun ia terungkai ekoran penemuan empat mayat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama tiga individu lain.

Ketua MIC Cawangan Taman Gadong, M. Mohan, 53, berkata, beliau mendapat tahu berita tersebut apabila pihak polis mula mengawal pergerakan keluar masuk di simpang ke ladang terbabit pada Sabtu.

"Ketika itu saya mahu ke Kuil Sri Maryaman yang terletak di laluan masuk berkenaan. Saya dimaklumkan polis bahawa mereka sedang melakukan siasatan. Ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku di sini," katanya di sini pada Ahad.

Difahamkan, Ladang Gadong itu dimiliki seorang peguam bergelar datuk yang pernah dicari polis bagi membantu siasatan. Ladang milik persendirian berkeluasan tiga ekar itu mempunyai ternakan ayam, lembu dan kambing. Sementara itu, tinjauan mStar Online di rumah banglo Sosilawati pada 11:30 pagi, lebih 10 wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan kediaman mewah itu.sepenuhnya sila baca di SINI


Cuba bezakan antara kedua-dua gambar dibawah ini dengan gambar-gambar diatas

Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen
Sumber gambar dari SINI


Surrendren adik Datuk Pathmanabhan
Sumber gambar dari SINI


Jadi.. Adakah mereka ini, Dato dan Adik lelakinya yang ditahan kerana disyaki membunuh Sosilawati ? Sekiranya mereka ini konfirm pembunuh kejam...belasah mereka cukup-cukup sehingga mampus!!!!

copy dari : resepi rahsiaku