Thursday, August 28, 2008

PAS yang sentiasa releven!




Dilulus terbit pada Thursday, August 28 @ 16:56:34 MYT oleh SongkokPutih
Oleh jinbukitridan

"Pilihanraya sudah,menangpun sudah.Tumpuan rakyat kini sudah tentu kepada Dato' Seri Anwar dengan agenda perubahannya.Dengan kepulangannya ke Parlimen yang direstui rakyat barangkali banyak isu reformasi yang diperjuangkan diperingkat awal kebangkitan rakyat dapat di ketengahkan kini.Pas dengan lebih 3000 ahlinya yang terlibat secara langsung sudah tentu berpuashati dengan kemenangan rakyat ini.



Cuma ramai yang bertanya dengan saya terutama ahli UMNO mengapa Pas begitu beria-ia berkempen dan berkampung bagi mengusahakan kemenangan kepada PKR ini.Saya sebagai ahli biasa sudah tentu tidak layak untuk menjawab pertanyaan `sinis' sebegini cuma sebagai ahli menjawablah juga sedikit sebanyak persoalan sahabat-sahabat itu.



"Pas mengambil pendekatan mengeratkan lagi kerjasama dengan sahabat-sahabat Pakatan Rakyat walaupun dalam muktamar baru-baru ini ada suara-suara `kecil' yang mengharap kerjasama ini dikaji semula kerana kurang menguntungkan Pas sendiri.Kerjasama dengan PKR dan DAP sebenarnya lebih baik daripada kita berbaik dengan pihak yang langsung tidak boleh berkompromi dengan dasar dan matlamat perjuangan kita.

Sebaliknya dengan Pakatan Rakyat masih kelihatan ada ruang untuk kita `bertahaluf siasi' dan mencari titik pertemuan yang serasi. Pas sekali lagi membuktikan yang mereka bukanlah parti ekstrim atau jumud dengan pendekatan yang tidak fleksibel.Selagi mana rakan-rakan PR menghormati dasar dan perjuangan kita selagi itulah gabungan ini wajar dipereratkan dan semangat solidariti itulah yang ditunjukkan dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh itu"

..Sahabat saya itu mengangguk tanda faham dan bersetuju.

Ironisnya ramai orang di luar sana yang masih menganggap Pas itu sama seperti parti nasional yang lain.Akal mereka masih gagal menerima kenyataan yang ada parti yang benar-benar tulus dan ikhlas berjuang berpandukan Al-Quran dan Sunnah dalam memperjuangkan negara dan membela nasib rakyat!.Pimpinan Pas sama ada daripada Majlis Syura,Mursyidul Am,Presiden, pimpinan pusat hinggalah ke cawangan semuanya lahir dari proses tarbiyyah yang panjang dan berkesan.

Itulah uniknya Pas.Apabila matlamat parti dan jemaah menjadi keutamaan,kepentingan peribadi diketepikan.Tidak ada ruang untuk mana-mana pimpinan atau individu berjuang untuk kepentingan peribadi jika halal,haram,dosa dan pahala menjadi pedoman.Rakyat perlu terus dihidangkan dengan menu perjuangan yang sebegini agar iklim politik negara yang kian berjerubu dapat digantikan dengan sebuah kerajaan yang adil,amanah dan diberkati Allah.

Tuesday, August 26, 2008

SATU TONGKAT, TIGA ZAMAN DAN KISAH MERDEKA

H Fansuri Thu Aug 14, 08 3:07:57 pm MYT

Kisah perjuangan Nabi Musa a.s sangat rapat di hati saya. Padanya ada beberapa fasa perjuangan. Dr Ali Shariati antara yang banyak menukilkan kisah-kisah perjuangan Musa menentang Firaun.

Nabi Musa pernah berdialog dengan Nabi Muhammad s.a.w di dalam kisah Isra' Mikraj tentang urusan mengurangkan jumlah solat daripada 50 kepada 5
Tanpa peranan Nabi Musa nescaya kita tentu saja terbeban dengan ur usan solat. Pada saat kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. diriwayatkan baginda sentiasa menyebut 'umatku' dan 'solat' secara berulang. Ertinya, peranan Musa a.s amat besar dalam ur usan solat ini.

Diriwayatkan juga bahawa ketika Nabi Muhammad hampir wafat, baginda menyebutkan suatu doa yang meminta agar baginda dapat berjumpa rakannya di langit. Kalangan orang Kristian mendakwa, doa ini menunjukkan bahawa baginda ingin bertemu Nabi Isa (Jesus Christ). Akhir-akhir ini saya yakin bahawa yang ingin ditemui baginda adalah Musa, iaitu saudaranya yang pernah berbincang mengenai hal pengurangan solat di langit.
"Dan bacakanlah (Hai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah insan pilihan, dan adalah ia seorang Rasul dan Nabi." (Maryam, 51)
Jika Nabi Musa membawa umatnya ke Laut Merah daripada buruan Fir'aun, maka hal ini juga mirip kepada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam kisah hijrah. Ringkasnya ada banyak persamaan yang boleh ditemui pada sosok Musa dan Muhammad ini.

Kembali kepada hal fasa perjuangan Musa a.s, maka saya bahagikan fasa perjuangan ini kepada tiga bahagian bermula dengan tongkat Nabi Musa a.s. Kenapakah perjuangan ini bermula daripada tongkat? Ini kerana, tongkat itu diterima selepas wujud peralihan baru dalam kehidupan Musa yang pernah berada dalam istana Fir'aun sebelum itu.
Tongkat itu adalah simbol 'perjuangan' Musa menyambung kehidupan dengan menternak kambing, sesuai dengan pekerjaan Rasulullah s.a.w sebelum diangkat menjadi nabi. Dan, yang paling penting, tongkat itulah yang disebut Tuhan dalam al-Qur'an.

Di dalam surah Taaha, dialog antara Musa a.s dan Allah s.w.t disebutkan sebagai berikut. (Taha adalah nama lain bagi Muhammad selain Yasin. Pada awal surah ini sudah pun ditunjukkan bagaimana Allah telah memperihalkan perjuangan Musa kepadanya)
[17] "Dan apa (benda) yang berada pada tangan kananmu itu wahai Musa?" [18] Dia menjawab: "Inilah tongkatku; aku menggunanya semasa berjalan, aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". [19] Allah berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!" [20] Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar. [21] Allah berfirman: "Tangkaplah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal." (Taaha; 17 hingga 21)

Inilah pertunjukan yang pertama ke atas Nabi Musa guna meyakinkan baginda mengenai kekuasaanNya. Bukan saja tongkat, malah tangan Musa yang memegang tongkat itu juga turut diberikan Allah kekuatan mukjizat dengan tangan yang bersinar-sinar.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, mukjizat yang lebih kurang sama diberi kan ke atas baginda yang mirip kepada Musa; membelah bulan seperti mana Musa membelah lautan. Lihatlah pergerakan air laut pasang dan surut yang ada kaitannya dengan peredaran bulan.
Adapun kesan tangan Musa yang bersinar itu mengalir kepada tangan Muhammad s.a.w yang bersinar-sinar ketika membelah bulan. Ertinya, banyak persamaan antara Musa dan Nabi Muhammad s.a.w ini.

Bagaimanapun, kita boleh melanjutkan hal persamaan ini pada suatu bab yang lain. Yang menarik untuk direnung kan ialah hal tongkat Nabi Musa pada tiga zaman berbeza.
Tongkat baginda berperanan pada era penjajahan, pra-merdeka dan merdeka.
Zaman penjajahanBerikut adalah dalil dan nas yang ditemui di dalam al-Qur'an berhubung hal tersebut.
Nabi Musa mula menetapkan masa bagi memerangi kekuatan ahli sihir yang diperalatkan oleh Fir'aun.
Nabi Musa berkata: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha" (Taaha, 59)
Nabi Musa mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata. (Asy-Syu'ara', 32)

Zaman pra-merdekaSetelah berperanan pada zaman penjajahan Fir'aun, tongkat itu juga membawa Bani Israel merentasi Lautan Merah ketika Musa membelah lautan dengannya.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah kau membawa hamba-hambaKu keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula kau takut tenggelam". (Taha, 77)
Lalu Kami wahyukan kepada Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul), maka terbelahlah laut (kepada beberapa bahagian), lalu tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar." (Asy-Syu'ara', 63)

Kalau tongkat itu berperanan membelah lautan maka apa peranan tongkat itu pada zaman seterusnya, iaitu zaman mengisi kemerdekaan?
Zaman merdeka"Dan (ingatlah) ketika Musa meminta agar diberikan air untuk kaumnya, maka Kami berkata: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu," (ia pun memukulnya), lalu terpancut dari batu itu 12 mata air; sesungguhnya setiap puak (antara mereka) telah mengetahui tempat minum. (Dan Kami berfirman): "Makan dan minumlah dari rezeki Allah, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi." (Al-Baqarah, 60)
"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi 12 suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya memohon air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah darinya 12 mata air. Tiap-tiap golongan (antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. "
Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri. (Al-A'raaf, 160)

Peranan tongkat Musa a.s itu berakhir dengan sendirinya pada ketika Bani Israel merdeka daripada perhambaan Fir'aun. Khazanah itu semua mungkin tersimpan dalam peti Tabut yang menjadi rebutan anggota Freemason dan Knight Templar pada era berikutnya.
KesimpulanDaripada kisah ini, kita membuat banyak rumusan. Tapi, dalam tulisan kecil ini tidaklah boleh kita rangkumkan semuanya.

Pertama, asas pembinaan tamadun berawal daripada 'tongkat'. Dan ia terus juga berfungsi pada setiap zaman, iaitu zaman dijajah, pra-merdeka dan merdeka sepenuhnya.
Bagi umat Nabi Muhammad, 'tongkat' mereka yang sebenarnya ialah pena atau tinta yang pernah disebutkan dengan jelas dalam al-Qur'an menerusi surah al-'Alaq.
[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) [2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku [3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah [4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan [5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Barangkali, kerana faktor inilah yang menyebabkan sasterawan Usman Awang misalnya memilih nama pena ' Tongkat Wa rrant' sebagai gantian kepada nama asalnya.
Seperti mana fungsi asal tongkat Musa a.s, tongkat (tinta pena) cendekiawan, ulama' juga memainkan peranan mereka pada zaman penjajahan, pra-merdeka dan merdeka. Di dalam sirah menuntut merdeka, suratkhabar adalah saksi semua itu. Merekalah peneraju terawal sebelum wujudnya saf politikus kapitalis yang kononnya 'berjuang' melalui parti.
Maulana Muhammad Iqbal bermadah: "Bangsa-bangsa lahir daripada tangan penyair, dan mereka boleh jatuh dan bangun melalui sentuhan politikus."
Bersempena kemerdekaan yang bakal menjelang, jangan dilupakan peranan kaum penulis dan wartawan yang telah lama berjuang menuntut kemerdekaan. Andainya Umno dan BN boleh dilihat sebagai 'penjajah baru', maka jangan dilupakan peranan wartawan berhaluan kiri sebagai teraju utama memerdekakan 5 buah negeri dan 1 wilayah kepada PR.
Tongkat, antara 'keilmuan' dan 'kebendaan'Tongkat yang asalnya berkait rapat dengan keilmuan mula dinilai sebagai hal yang terkait dengan kebendaan apabila politikus seperti Tun Dr Mahathir meminta Melayu jangan ada 'minda bertongkat', yang selalu mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan.

Di sini, dapat kita temukan dua watak perbezaan antara pemikir, penyair, ilmuan, ulamak dan politik kapitalis itu. Rasuah politik dan politik wang telah dijadikan asas kepimpinan khasnya dalam Umno mutakhir ini.
Lazimnya, kita selalu berkata 'orang buta kehilangan tongkat' bagi menggambarkan orang yang tiada ilmu kehilangan guru, petunjuk dan hidayah. Tapi dalam kes Umno yang telah buta mata hati, 'tongkat kebendaan' itulah pula yang diinginkan guna menjolok kuasa.
12:32 p.m, 14 Ogos 2008 Sekolah Pemikiran Kg Baru

Wednesday, August 20, 2008

Doa Imam besar MEKKAH


Doa Imam besar Mekah hingga menangis...Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut ... semuga ALLAH menetapkan Imannya.Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran.
"Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.
Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.(berhenti 30 saat) Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.." Amin Ya Rabbal 'alamin!

Wednesday, August 6, 2008

Mengenang jasa besar Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang



Posted on Thursday, July 24 @ 08:51:36 EDT by reformis

Artikel Oleh Roslan SMS

Baru sahaja Presiden PAS mengakui yang PAS memang ada membuat pertemuan dengan Umno bagi merintis jalan membincangkan hal Islam dan Melayu, terus-terusan pelbagai rekasi diterima samada dari kalangan pimpinan PAS, ahli-ahli, mereka yang mengundi PAS, orang awam, termasuklah mereka yang mengakui dirinya PAS.

Ada yang memberikan rekasi positif ada juga yang tidak bersetuju dan ada yang mahukan penjelasan lanjut. Apa pun ternyata pengakuan berani Tuan Guru Presiden itu telah mendapat tumpuan seluruh rakyat termasuklah pimpinan gerakan Islam sedunia.

Tuan Guru Presiden baru membuat kenyataan ringkas enam perenggan, tetapi sudah ada yang mahu bersilat, mahu menerajang, mahu menjatuhkan hukum malah ada yang tergamak mencabar beliau agar keluar PAS! Itulah politik, kalau semuanya sedap dan mudah, bukan politik namanya.

Saya masih ingat pada akhir 70an dan awal 80an kehadiran beliaulah yang telah menyuntik semangat para pejuang PAS untuk menjulang parti itu kembali bertapak dihati umat Islam. Berpayungkan semangat “Kepimpinan Ulamak” gelombang yang dipelopori beliau dan rakan-rakan pimpinan muda ketika itulah yang telah menarik minat ramai untuk kembali kepada PAS setelah saham PAS jatuh dipenghujung era Asri Muda.

Ketika saya masih menuntut di IPTA majalah yang berpusat di Hong Kong “Asiaweek” telah menobatkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebagai “the greatest orator in South East Asia” (pemidato tersohor di Asia Tenggara). Beliau bukan sekadar menjelajah Malaysia malah ke setiap pelusuk dunia, berforum, berdebat mempertahankan Islam disaat ramai kita sudah berputus harap pada kebangkitan semula PAS. Mungkin ada diantara kita yang panas dan bergelojak darah mudanya hari ini masih belum pandai berjalan lagi pun ketika itu.

Kaset-kaset dan rakaman Tuan Guru lah (termasuk kaset pengajiannya dari Rusila dan Masjid Mujahedeen, Damansara Utama) yang telah menambat hati anak-anak muda untuk mendekati gerakan Islam malah ramai pimpinan yang ada pada hari ini samada secara langsung atau tidak telah terpengaruh dengan PAS hasil didikan dan sumbangan beliau ketika itu. Disaat itu PAS terpaksa bersaing dengan gerakan dan badan Islam lain di Malaysia, ABIM, Arqam, Tabligh dan lain-lain sehingga hampir ia tenggelam tetapi Tuan Guru dan rakan-rakan ketika itulah benteng kekuatan PAS.

PRU 1982, melalui kepimpinan beliau PAS telah menembusi kubu kuat BN di Terengganu sehingga akhirnya melontarkan beliau dan 4 orang pimpinan lain masuk ke DUN Terengganu setelah sekian lama ia gersang dari suara PAS (Tuan Guru terus menjadi YB samada ADUN atau ahli Parlimen atau kedua-duanya sejak itu sehingga kini). Anjurlah apa pun ceramah ketika itu tetapi jika dibariskan bersekali dengan kehadiran Tuan Guru pasti melaut bilangan yang hadir.

Lantaran sumbangannya yang terlalu besar itulah maka hari ini setelah perginya seorang mujahid besar, Almarhum Ustaz Fadhil Nor, maka Tuan Guru naik memegang amanah sebagai Presiden PAS atas kesepakatan dan pengiktirafan semua.

Kikislah segala prasangka dan pandangan buruk terhadap beliau. Janganlah kerana marah dan tidak sebenarnya faham akan apa yang berlaku lalu kita mudah meletakkan insan besar ini setaraf dengan musuh-musuh kita yang lain.

Benar Tuan Guru bukannya Fadhil Nor, bukan juga Yusof Rawa atau Asri atau Burhanuddin al Helmy atau Zulkifly Muhammad, tetapi beliau pada hari ini mengetuai PAS dalam keadaan posisinya yang paling hebat dalam sejarah parti yang lebih separuh abad usianya itu. PAS berada ditahap pencapaian itu pada hari ini bukan kerana beliau seorang, tetapi sumbangan seluruh anggota jemaah, walaubagaimanapun hakikatnya PAS hari ini berketuakan beliau.

Berilah ruang dan peluang pada beliau. Berbaik sangka dan berlapang dadalah insyallah kepada Tuan Guru Rusila yang darahnya mengalir pekat dengan kecintaan pada Islam yang tidak pernah kunjung padam itu.

Ubaidah bin al Samit berkata Nabi saw memanggil kami maka kami melakukan mubayaah kepadanya. Nabi menyatakan tentang tanggungjawab kami iaitu:

Hendaklah kami bermubayaah untuk dengar dan patuh dalam keadaan kami suka atau kami benci, dalam keadaan senang atau susah dan juga janganlah kami pentingkan diri sendiri dan janganlah kami mempertikaikan arahan ahlinya (pemimpin) kecuali apabila kamu melihat kekufuran yang nyata sedang berlaku dengan berdasarkan dalil dari Allah swt.

Ya Allah berilah kekuatan kepada pemimpin kami untuk memimpin kami berdasarkan seruan dan tuntutan Mu. Dan berilah kekuatan kepada kami untuk bersama-samanya dalam kedaaan senang atau susah demi memartabtkan agama Mu.

Tuesday, August 5, 2008

PERGINYA MUJAHIDAH MUDA TERENGGANU...

Gambar sekitar Pemkebumian Hjh Hamidah Daud.








Jurugambar : Abdul Hanif Abdullah


Hajah Hamidah Daud 51, yang ku kenali ikhlas perjuangannya, telah kembali kerahmatullah pada 3 Ogos 2008 semasa perjalanan balik dari lawatan ke Indonesia.Beliau menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital berhampiran KLIA selepas beberapa minit dimasukkan ke hospital tersebut.Jenazah beliau telah tiba dirumahnya di Pekan Batu 6, jalan Kelantan pada jam 10.30 mlm pada hari yang sama.Jenazah Beliau telah dibawa dengan kereta jenazah yang dimiliki oleh sebuah masjid berhampiran Markas Tarbiyah PAS, Taman Malewar,Kuala Lumpur, yang dipandu oleh anak beliau sendiri yang bertugas di Kuala Lumpur.















Kerja-kerja mengapam selepas selesai dimandikan.
















Antara Muslimat yang sama-sama menyempurnakan Jenazah Kak DahTenang, damai sesuci semangat Perjuangan beliau semasa hayatnya.















"Wahai Jiwa yang Tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan Hati yang Puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Jannah-Ku.














Selesai sudah urusan kapan Jenazah kak Dah













Jenazah dibawa ke Masjid At-Taqwa melalui Madrasah Darul Taqwa.


















Solat Jenazah telah diimamkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu,
Dato' Tuan guru Hj Harun Taib.

















Jenazah Diusung untuk di bawa ketanah perkuburan.Menggunakan kereta


















Jenzah untuk dibawa ke Tanah Perkuburan yang berhampiran.













Bersemadilah jasad Kak dah di Alam Barzah.















sempurnalah sudah urusan pemkebumian Hajah hamidah Daud.Kehilangan beliau amat diratapi oleh pejuang islam di Terengganu.Semoga Roh kak Dah di tempat bersama-sama para solehah.