Sunday, April 4, 2010

ALFATIHAH : Lagi Pelajar kita meninggal di MESIR


Kemalangan Maut Yang Melibatkan Ahli KPIPM

4 APRIL - Seorang ahli KPIPM mengalami kemalangan pada jam 12.15 tadi, di Hayyu Zohor, jalan Imarah Syurtah. Mangsa, Allahyarham Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin, meninggal ketika sampai di Hospital.

Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 12.45 tadi oleh pihak hospital.

Turut berada di hospital, Ustaz Abdul Muizz, Presiden PMRAM dan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Prof Jamil bin Hasyim.

Sehingga kini, pada jam 3.37 petang, jenazah masih lagi dalam hospital, dan pihak berwajib sedang berurusan di Balai Polis untuk membuat laporan.

Ustaz Muhammad Amin bin Abd Rahman, Timbalan Yang Dipertua, memberitahu media bahawa jenazah akan dikebumikan di Mesir, dan solat jenazah akan dibuat setelah selesai urusan mandi dan kafan.

No comments: