Thursday, April 22, 2010

AWAS Kerajaan Selangor, Umno akan TIRU.....

HADIAH KERAJAAN SELANGOR SEBELUM MENGUNDI

Umno mempunyai pemimpin yang suka menciplak dan malas berkerja untuk rakyat kecuali ada kepentingan untuk mereka..bahkan PM, TPM..Exco2 nya pun tiada yang "Hidup ala Miskin"..aduhai rakyat...buka la mata hati mu....

AIR PERCUMA 20 M UNTUK PENDUDUK PERUMAHAN GUNA METER AIR PUKAL


Kenyataan Media

21 APRIL 2010


PEMBERIAN AIR PERCUMA 20 METER PADU KEPADA PENDUDUK PERUMAHAN BERTINGKAT KOS RENDAH YANG MENGGUNAKAN METER AIR PUKAL

Kerajaan Negeri mahu penduduk pangsapuri-pangsapuri atau pembangunan berstrata yang lain melakukan migrasi ke meter individu. Dengan itu, mereka boleh menikmati skim air percuma 20 meter padu.

Walau bagaimanapun, agar mereka yang berpendapatan rendah dapat menikmati skim air percuma ini sebelum migrasi dapat dilakukan, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kupon-kupon yang bersamaan dengan nilai 20 meter padu air kepada penduduk pangsapuri kos rendah.

Kupon-kupon ini akan diedarkan melalui Pesuruhjaya Bangunan atau Commissioner of Building (COB) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada penduduk melalui pemaju, agen pengurusan, Badan Pengurusan Bersama/JMB atau Perbadanan Pengurusan/MC.


Skim ini akan dilaksanakan di beberapa kawasan perintis terlebih dahulu mulai bulan Jun 2010. Terdapat 620 pembangunan pangsapuri kos rendah yang belum melakukan migrasi. Ini merangkumi 168,479 unit kediaman.

Kos untuk memberi air percuma kepada pangsapuri-pangsapuri ini dianggarkan RM24,422,715.84.


Walau bagaimanapun, migrasi kepada meter individu mestilah dilakukan dengan segera untuk penyelesaian jangka panjang .

Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
21 April 2010




Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Laman web: www.selangorkini.com.my, www.selangor.gov.my, www.tvselangor.com.
Tel: 03-55447456, Fax: 03-55135068
(Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua Pegawai Perhubungan Awam Selangor, Ginie Lim 013-6276862)

No comments: