Monday, July 21, 2008

DUNIA: Yusof Islam menang saman terhadap media


LONDON - Penyanyi terkenal Britain yang kini telah memeluk agama Islam, Yusuf Islam (gambar) semalam menerima bayaran ganti rugi dan permohonan maaf dari sebuah agensi berita. Agensi berita tersebut, World Entertainment News Network melaporkan Yusuf enggan bercakap dengan wanita yang tidak memakai tudung dalam satu majlis anugerah. Seorang peguam Yusuf, Adam Tudor memberitahu mahkamah Tinggi London bahawa cerita itu disiarkan pada Mac tahun lalu dan digunakan oleh sebuah laman web yang dilayari oleh 2.2 juta pengguna internet sebulan."Artikel itu menggambarkan Yusuf adalah seorang yang berfikiran sempit kerana dia enggan bercakap atau menegur wanita yang tidak bertudung," katanya. Yusuf atau namanya ketika bergelar penyanyi rock, Cat Stevan terkenal dengan lagu Catch Bull at Four dan albumnya dijual melebihi 60 juta unit di seluruh dunia.

No comments: