Harakahdaily |
![]() Kejadian berlaku selepas solat Jumaat kira-kira jam 2.35 petang tadi. Menurut sumber, mangsa Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan dengan meniti beranda. Akibat jatuhan itu, mangsa yang berasal dari Mersing, Johor itu mati di tempat kejadian. Beberapa pegawai keselamatan berkata, mereka dimaklumkan oleh beberapa pelajar setelah bunyi jatuhan seperti bungkusan samapah. Setelah begegas ke tempat kejadian, seorang mahasiswa sedang terbaring di lantai. Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke kampung halaman petang ini. |
Friday, July 30, 2010
Mahasiswa mati jatuh bangunan
Sunday, July 25, 2010
Non-Stop Bro.....
Klik pada wajah di foto untuk menanda mereka. Tarmizi akan diminta meluluskan semua tanda sebelum orang lain boleh melihatnya. |

Klik pada wajah di foto untuk menanda mereka. |
Tuesday, July 20, 2010
Videoclip : UTK Menyerbu Konvoi Sultan Kelantan
Berikut adalah Videoclip yang memaparkan kejadian dimana konvoi Sultan Kelantan di serbu oleh pasukan Unit Tindakan Khas PDRM..
Adakah perkara begini akan berlaku andaikata Mahathir dan UMNO pada tahun 1992 tidak berusaha untuk menarik kekebalan raja-raja Melayu dengan meminda perlembagaan?
Bahagian Perlembagaan yang dipinda adalah Perkara 181(1) yang menyebutkan bahawa “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.”
Sungguhpun tindakan polis ini agak bertentangan dengan adab dan budaya masyarakat Melayu, tugas mereka tidak akan begini jika Mahathir tidak menganggu-gugat kekebalan Raja-Raja Melayu dengan meminda perlembagaan..
Yang nyata sekarang kekebalan ini telah berpindah dari Raja-raja Melayu kepada Pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional..
Saksikan.. dan nilaikan siapakah penderhaka Anggota Polis yang menjalankan tugas ini atau Mahathir dan UMNO yang telah meminda perlembagaan agar polis boleh bertindak sebegini.
sumber
Monday, July 19, 2010
Berapa harga bot ini?
Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir dalam satu majlis perjumpaan dengan pengusaha bot penambang Seberang Takir (ahli-ahli persatuan) memberitahu bahawa bot yang dibina itu menelan kos sebanyak RM270,000 sebuah.
Kos yang mahal itu kata beliau adalah disebabkan ia diperbuat daripada kayu cengal yang pada perkiraannya boleh tahan sampai 100 tahun.
Orang Seberang Takir tersenyum bila Razif menyebut begitu. Sebenarnya mereka sangat arif mengenai pembuatan bot yang memang sangat terkenal di kawasan ini. Setahu mereka selama ini semua bot nelayan dan bot penambang adalah diperbuat dari kayu cengal, tidak pernah orang membuatnya selain dari kayu itu.
Razif cuba untuk mengelirukan orang kampung Seberang Takir, padahal ucapan beliau itu menampakkan kejahilan beliau. Oleh kerana hendak munasabah dengan harga yang begitu mahal bagi bot itu, beliau sampai berkata begitu. Apakah mungkin beliau 'ditipu' oleh tukang bot itu? Rasanya tidak munasabah, kerana orang secerdik beliau tak kan sampai ditipu oleh orang.
Di Seberang Takir ini ada beberapa lagi tempat pembinaan bot selain banyak terdapat di Pulau Duyung yang sudah terkenal di seluruh dunia itu. Bila ditinjau dengan pengusaha-pengusaha lain, mereka menyebut bahawa kos sebenarnya bagi sebuah bot itu tidak sampai RM100,000. Harga kulitnya sekitar RM60,000 dan injinnya pula kira-kira RM30,000.
Razif pernah mencabar dalam satu ceramahnya di Seberang Takir untuk menempah sepuluh buah bot jika harganya semurah itu. Sebenarnya tidak payah cabar, terus sahaja pergi menempah dari tempat berkenaan.
Apa yang jelas, mungkin terdapat unsur-unsur penyelewengan dan rasuah dalam kes ini. Sebelum ini sudah banyak terbukti melalui laporan-laporan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara berkait dengan pembelian dengan harga melampaui munasabah.
Jangan sampai nantinya, tujuan asal untuk membantu 'tok nambang' Seberang Takir jadi sebaliknya. Kroni-kroni juga yang kenyang. Tok Nambang terus berputih mata...
sumber : http://ibnugharib.blogspot.com
Wednesday, July 14, 2010
Sunday, July 11, 2010
TRG RUNTUH LAGI !!! gambar tapak runtuhan terbaru

Terengganuku runtuh terus runtuh.Mungkin kerana surau ini jarang dikunjungi maka keruntuhan ini tidak disedari umum. Kini kami bongkarkan keruntuhan itu...Itu dewan konvensyen TTI diluar dan dalam dewan nampak gah, hebat, bergaya dan perkasa, tetapi disuraunya runtuh menyembah bumi, amat merbahaya bagi jamaah yang bersolat terutama kakitangan.





(18SK) Khalwat - Jangan tiru aksi ini !
By albanjari at Sunday, July 11, 2010, 2:20 PM
Neighbours alerted the RSPCA and inspectors found her wedged in a 6in gap used for a tumble dryer vent. Callous owner Montgomery Wandera, 24, had left Nikita and gone away with friends. The dog managed to force off a plastic vent cover but got stuck at the flat in Luton, Beds.
Wandera was banned from having pets for five years by Luton magistrates after admitting neglect. He was also handed a community order.
Related articles by Zemanta
- Dog trapped in air vent (news.bbc.co.uk)
Saturday, July 10, 2010
Memoir Jihad Anak Melayu Di Afganistan.......
Berbicara tentang Mujahidin, pasti ramai antara kita tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kerdil ini juga mampu melahirkan barisan Tentera Allah yang sanggup berdada/berdepan dengan tentera Kuffar laknatullah. Kini, hamba persembahkan kepada kalian sebuah kisah yang amat jarang untuk didengari dari lidah-lidah agamawan Malaysia, kisah yang tak semua sanggup & berani untuk diceritakan kepada pelapis-pelapis anak jantan Islam berbangsa Melayu, mahupun hendak dijadikan cerita sebelum tidur anak-anak Muslim.
Inilah kisah dari seribu kisah, kisah kerdil disaluti darah, darah sang Pejuang demi membela Islam nan Suci. Bacalah, hayatilah, tangisilah, insafilah, sebuah kisah klasik untuk masa depan...
ALLAH HU AKBAR!!!
As Syahid Fauzi Ismail
Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh At Taubah:111
Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia. Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama.
Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka saya muat-turunkan selingkar kisah dari buku Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail untuk tatapan pengunjung laman web ini.
Latar Belakang As Syahid
Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.
Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.
Fitnah Menduga Jiwa
Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.
Berjihad
Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.
Dagangnya Dibeli Allah
As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.
Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.
Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.
Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!
Tanda Kesyahidan
As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.
Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki - Ali Imran 169
Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.
Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:
Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur.
Nota:Terima kasih dan jazakumullah Khairan kathira kepada C.N Al Afghani kerana membukukan kisah perjuangan ini. Semoga Allah memberi ganjaran dan rahmat kepada saudara. Bersabarlah dalam merintis onak dan duri tribulasi ini. Amin.
Sumber:Pacifist
Tuesday, July 6, 2010
Menembak mati sipembawa berita
Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur. Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin. Susuk ini seorang birokrat. Justeru apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan huh hah huh hah dari seorang politikus. Angka dan fakta yang dianalisa untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini. Pandangan Idris Jala ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas Mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno. http://tukartiub.blogspot.com * Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan. |
Saturday, July 3, 2010
Himpunan Tak Nak Judi 3 Julai 201
Harakahdaily |
![]() Berucap di perhimpunan tersebut Pengerusi GMJ Cikgu Azmi bin Abd Hamid, Setiausaha Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan. Pada himpunan itu juga turut dilancarkan kempen Tak Nak Judi dan buku Tak Nak Judi. Gerakan Membantah Judi juga tidak akan berkompromi dengan segala bentuk judi yang melibatkan kanak-kanak dan belia sebelum ianya membarah dalam masyarakat. Azmi berkata, lesen berkaitan judi meliabatkan golongan berkenaan mesti dihentikan serta-merta. "Ada pun judi yang melibatkan kanak-kanak dan belia, yang itu memang sama sekali kita tidak ada kompromi. "Sudah sampai masanya generasi muda mesti dibersihkan daripada judi dan sebarang lesen yang berkaitan judi yang membolehkan kanak-anak dan belia terlibat dengan judi, kita mesti hentikan serta merta tanpa kompromi kerana kanak-kanak tidak tahu apa-apa," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media ringkas selepas selesai merasmikan perhimpunan Tak Nak Judi di perkarangan Masjid Negara petang tadi. Beliau yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) turut berkata, pihak GMJ membuat keputusan meneruskan kempen Tak Nak Judi itu untuk memberikan kesedaran secara serius kepada masyarakat tentang bahana judi. "Kita buat keputusan kempen ini penting kerana kita nak menyebarkan kesedaran yang serius dan bersungguh bahawa judi ini tidak bermanfaat sama sekali baik dari sudut ekonomi, sosial, dan keluarga," katanya. Justeru katanya, kempen berkenaan yang secara rasminya bermula hari ini akan berterusan sehingga tahun hadapan dengan pelbagai program kesedaran di setiap negeri. "Yang penting kita mendidik kesedaran ini. Kita tunjukkan semua bukti apa kesan kepada mereka yang terlibat dengan judi. Apa kesan kepada ekonomi dan budaya."
Sebelum itu, seramai kira-kira 3 000 orang membanjiri perkarangan Masjid Negara bagi menyatakan bantahan tak nak judi kepada kerajaan. Himpunan tadi bermula dengan solat Asar berjemaah di Masjid Negara. Mereka kemudian berhimpun di perkarangan masjid bagi mendengar ucapan dari penganjur dan pimpinan Pakatan Rakyat.Himpunan yang pada mulanya dijadualkan pada jam dua petang itu ditangguhkan ke jam lima petang tadi bagi menghormati majlis pengkebumian Allahyaraham Toh Puan Norashikin Mohd Seth yang merupakan balu kepada bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Pada perhimpuan tersebut, Mohd Azmi turut melancarkan buku terbitan GMJ, berkaitan kesan judi kepada masyarakat.Golongan muda dilihat mendominasi perhimpunan aman yang dikawal kira-kira 50 anggota polis itu. Laungan 'Kami tak nak judi, kami benci judi', 'tolak judi, jauhi judi' dan beberapa slogan lagi bergema di perhimpunan itu.
VIDEO: |
Friday, July 2, 2010
SENARAI 40 ORANG ULAMA MUDA...
Setakat ini kita masih lagi belum melihat sendiri senarai nama kumpulan 40 ulama muda yang didakwa telah bersetuju untuk menyertai UMNO (parti thoghut).
Hosni mengakui kehadirannya dalam program Jumaat yang berakhir dengan penyerahan borang adalah kerana diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu bertemu dengan mereka yang pernah belajar di Timur Tengah.
Bagaimanapun Fadlan mendakwa yang keempat-empat mereka itu tidak termasuk dalam kumpulan 40 ulama muda dan fadlan sendiri katanya tidak mengenali dan berjumpa dengan keempat-empat mereka sebelum ini... dah tue buat apa jemput??.. nak meriahkan majlis lagi kot????
... KUARKAN SENARAI NAMA KUMPULAN 40 TU... SO SENANG KAMI NAK CHECK BETUL KE TAK DEPA INI IKHLAS LILLAHITAALA ISI BORANG UMUNO...
http://dppwm.blogspot.com