Sunday, October 31, 2010
Gambar : Final Piala Malaysia,Bendera Bulan Kuasai Bukit Jalil
Tahniah !!! anak muda bersama Pas,saksikan :
Biadab !!! Bekas Calon BN Tengking,Enggan Bersalam Dengan Tok Guru Nik Aziz
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Sebenarnya Nor Deris ni dulu Pemimpin Pas,keluar parti marah Pas bergabung dengan S46 dalam APU dulu,alih2 masuk Umno dan menjadi penceramah umno.Beliau pernah datang berceramah di Kg ambo,memang teruk dia kutuk dan maki Tok Guru.
Antara yang ambo masih ingat 'Nik Aziz tuo nok mapuh '.Tapi masa tu mana ada lagi blog,youtube FB dan sebagainya kalau tidak teruk ambo sekeh dia ni....
SIAPA Nor Idris?
Bekas Pensyarah UM, Maki Tok Guru Nik Aziz.
Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.
Admin: ada juga manusia "jahil" akhlak macam ni!
http://mohamadazhan.blogspot.com
Thursday, October 28, 2010
TENGOK BILA KITA IKHLAS : Pemuda Umno Puji PASTI & Hentam Tabika Kemas
INGAT SAHABAT-SAHABAT, KITA DIBANTU OLEH ALLAH AZZAWAJALLA SEKARANG INI...TERUSKAN PERJUANGAN..
Pastu kita nak marah bila pelajar masuk PASTI pasal apa, dia CERDIK dari kita…patut kita ikut selibus dia..dia ajar apa..baca al-Quran, cakap Bahasa Inggeris, cakap Arab, Cakap Tamil, dan sebagainya… Tetapi kita marah..sebab (padahal) rakyat sekarang nak yang lebih baik daripada sekarang…”Kalau selama ini dakwaan pembangkang (PAS) ditepis begitu sahaja, kononnya syok sendiri, tiada bukti kejayaan dan keberhasilan, kemudian difitnah kononnya merosakkan minda pelajar2, menggelapkan masa depan pelajar2, undur kebelakang, mundur berbanding tadika kerajaan dan lain2..kali ini, cukup bawakan rakaman video dibawah ini, mereka pasti terdiam kaku....
Syarahan/khutbah oleh pelajar PASTI Negeri Kedah yg telah menjuarai acara berkhutbah dalam Ihtifal PASTI Pusat bertempat di MENTALON KEDAH..
SUMBER
Tuesday, October 26, 2010
KENAPA PENGARAH PILIHAN RAYA UMNO KURANG BERSEMANGAT?

GUA MUSANG, 26 Okt — Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah hari ini tidak hadir di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini.
Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dilihat tidak bersama pemimpin-pemimpin BN yang lain memasuki ke pusat penamaan calon pagi.
The Malaysian Insider difahamkan Tengku Razaleigh bersama dengan penyokong-penyokong BN di luar kawasan pusat penamaan calon.
Menurut Timbalan Pengarah Pilihan Raya Datuk Seri Mustapha Mohamad, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan “Ku Li” hadir tetapi bersama penyokong di luar.
“Ku Li ada, beliau bersama rakyat di luar.
“Beliau tidak mahu naik, bagi beliau yang lebih penting adalah pengundi. Jadi beliau mahu bersama pengundi,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata Ku Li ada bersamanya di luar ketika calon dan pemimpin memasuki pusat penamaan calon tapi sudah pulang.
“Beliau ada bersama saya pagi tadi, tapi sekarang sudah balik,” katanya.
Dalam pilihan raya kecil DUN Galas, Barisan Nasional meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff sebagai calon manakala PAS pula meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.
MIFriday, October 22, 2010
2 Tokoh menyatakan HUKUM tentang Islamic Fashion Festival (IFF)
Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)
Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;
1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.
2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.
4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.
5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.
6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.
7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.
-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Doha, Qatar

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.
Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-
- Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
- Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
- Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
- Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
- Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
- Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.
Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-
Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.
Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu. Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di media antarabangsa ini. Anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.
Thursday, October 21, 2010
Biodata Ringkas dan Gambar2 Calon Pas Dun N 45 Galas,Dr Zulkifli Mohamad


Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.
Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.
Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.
Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.
Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.
Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.
Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.
Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.
Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.
Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.
klik untuk melihat gambar-gambar disekitar pengumuman : KLIK
Wednesday, October 13, 2010
Istana Kelantan lucut ‘Datuk’ Ibrahim, Wan Hashim
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 13 Okt: Istana Kelantan menarik balik gelaran Datuk terhadap Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Wan Hashim Wan Daud.
Menurutnya, Sultan Muhammad Ke V, hari ini telah mengampuni perkenaan untuk menarik pingat yang membawa gelaran Datuk daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud, Tengku Mohamed Shafei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor. Kesemua darjah kebesaran itu ditarik gelarannya berkuat kuasa serta merta bermula hari ini, 13 Oktober. Aiseri berkata, antara darjah kebesaran yang telah ditarik balik daripada Wan Hashim, pelantikan Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.) (Al-Ibrahimi 1). “Perlantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K) (Al-Muhammadi 11),” ujarnya. Katanya, selain itu turut ditarik Perlantikan Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K) (Al-Ibrahimi 111), Pelantikan Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K) Al-Ibrahimi V). Sementara itu, menurut Aiesri lagi, Sultan Kelantan telah menarik balik tauliah daripada Ibrahim, pelantikan Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili ll). Pada masa yang sama, katanya Sultan Kelantan turut menarik balik tauliah Penganugerahan Bintang Seri Mahkota Kelantan (S.M.K) yang telah dikurniakan kepada Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim. “Selain itu juga Penganugerahan Pingat Bakti (PB) dan Pelantikan Jaksa Pendamai (JP) yang telah dikurniakan kepada Tengku Abu Bakar Tengku Mansor juga telah ditarik balik berkuat kuasa pada 30 September lalu,” ujarnya. Aiseri seterusnya memberitahu, penarikan balik pingat dan darjah kebesaran itu menjadi hak Sultan Kelantan yang dijalankan mengikut hemah dan budi bicara baginda. Harakahdaily |
Monday, October 11, 2010
Gambar : (18SG) Kemalangan ngeri di Lebuhraya PLUS di Simpang Empat, Melaka

hat banyak lagi gambar-gambar live di : Klik disini
Saturday, October 9, 2010
Gambar : Ahli Parlimen Batu Sapi maut kemalangan

KOTA KINABALU 9 Okt. - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah (gambar), 54, terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 11.40 pagi ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki 750cc terbabit dalam kemalangan di Jalan Coastel Tanjung Aru-Kota Kinabalu, berhampiran Apartmen Graceville di sini.
Berikutan kemalangan itu, wakil rakyat tersebut tercampak kira-kira lima meter ke laluan bertentangan selepas dipercayai merempuh besi penghadang jalan.
Edmund dikatakan mengalami kecederaan serius di muka dan kepala berikutan kemalangan itu.
Ketika kejadian, beliau dikatakan dalam perjalanan pulang selepas membeli tiket kapal terbang untuk menghadiri persidangan Parlimen minggu depan.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Tanjung Aru menghala ke bandar Kota Kinabalu.
"Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal berkuasa besar yang dinaiki Ahli Parlimen itu dengan sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz yang datang dari arah yang sama.
"Siasatan awal mendapati, berlaku pergeselan antara dua kenderaan itu kerana terdapat kesan kemik di bahagian kanan kereta berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.
Katanya, pemandu kereta Mercedes-Benz berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.
Dalam pada itu, katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita sedang mengadakan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca kejadian itu.
"Sehubungan itu, kita meminta orang awam yang menyaksikan kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat," ujarnya.
Selain menjadi Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund merupakan Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah.
Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Edmund menang kerusi Parlimen Batu Sapi setelah menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
Beliau memperoleh 9,479 undi manakala, Kwong Wing mendapat 5,771 undi.
Kali pertama beliau menjadi Ahli Parlimen adalah pada 2004 selepas menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi.
Beliau yang juga Bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS) negeri dan Ketua PBS Bahagian Elopura, meninggalkan seorang isteri, Linda Tsen Thau Lin, 54, dan empat anak.
Utusan