|
| Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil. Ianya merupakan kerugian besar buat rakyat Terengganu dengan pelbagai hasil yang ditenggelami dengan pelbagai mineral yang belum diterokai kini ditenggelami air.
Apa manfaat buat kerajaan negeri Terengganu? Kecuali kerajaan Terengganu membeli TNB Kenyir ini seperti kerajaan Sarawak yang ingin member Projek Bakun.
Apa manfaat buat kerajaan negeri Terengganu? Kecuali kerajaan Terengganu membeli TNB Kenyir ini seperti kerajaan Sarawak yang ingin member Projek Bakun.
Kini kerajaan berbelanja besar untuk projek-projek mega di Tasik Kenyir. Kononnya untuk pelancongan tetapi hakikatnya adalah untuk projek kroni-kroni yang jelas membazir. MB Mat Said nampaknya nak berlawan dengan pembangunan Pulau Wan Man dengan 249.7j termasuk Projek Masjid Kristalnya, Projek Monsun Cupnya kini beliau pula membelanjakan wang RM289 juta dengan 11 projek. Termasuk Projek Pembangunan Tasik Kenyir yang melibatkan pembinaan Taman Burung
Selain burung-burung terdapat binatang pelik didapati di sini iaitu itik dan angsa. Bukannya ia bertelur emas tetapi nilai harganya. Seekor itik berharga RM750 dan seekor angsa berharga RM5,600 dengan peruntukkan sebanyak RM6 Juta. Inilah angsa cap UMNO. Inilah sebenarnya projek-projek ikut terlintas dikepala pemimpin UMNO. Tanpa kajian mendalam.
Rakyat Terengganu yang masih lagi tahap dibawah kemiskinan mereka tidak dipedulikan. Keperluan rumah rakyat diabaikan. Peluang pekerjaan semakin susut. Tapia pa pemimpin UMNO peduli?
Sekarang ini Terengganu yang menghasilkan minyak dan gas kering kantung kewangannya bahkan Laporan Audit Negeri mengatakan hutang kerajaan negeri RM1.01 Billion. Sudahlah wang kerajaan kering disapunya kini Simpanan Tetap (fix deposit) kerajaan negeri dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan kerajaan.
Ini belum dikira nak buat pembangunan Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir yang akan menelan banyak wang rakyat dimana RM40 Juta. Apa kepentingan rakyat di situ? Barang-barang mewah yang dikecualikan cukai sedangkan rakyat di Hulu Terengganu termasuk kebanyakan rakyat negeri Terengganu hanyu mampu membeli-belah di Pasaraya Mydin. Pasaraya Giant seebelah Mydin pun tak laku. Inikan pula Pulau Bebas Cukai barangan mewah?
Kalau dibiarkan semakin kemaruk pemimpin UMNO ni. Rakyat perlu segera gantikan UMNO. Pru terdekat inilah masanya. Masa untuk berubah!Ustaz Saiful Bahri
No comments:
Post a Comment