Friday, July 30, 2010

Mahasiswa mati jatuh bangunan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Julai: Seorang Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (Pasum) hari ini meninggal dunia setelah jatuh dari tingkat 5 bangunan Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) di sini.

Kejadian berlaku selepas solat Jumaat kira-kira jam 2.35 petang tadi.

Menurut sumber, mangsa Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan dengan meniti beranda.

Akibat jatuhan itu, mangsa yang berasal dari Mersing, Johor itu mati di tempat kejadian.

Beberapa pegawai keselamatan berkata, mereka dimaklumkan oleh beberapa pelajar setelah bunyi jatuhan seperti bungkusan samapah.

Setelah begegas ke tempat kejadian, seorang mahasiswa sedang terbaring di lantai.

Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke kampung halaman petang ini.

Sunday, July 25, 2010

Non-Stop Bro.....



Alhamdulillah, selesai sudah kita menganjurkan Jembori ARC Peringkat Negeri terengganu kali pertama. Tahniah Dewan Pemuda, Biro Seni, budaya dan sukan PAS Negeri Terengganu dan yang paling UTAMA ialah Ketua dan AJK ARC Terengganu. Program yang bagi kami Pemuda UPU Pengkalan Arang yang cukup penting sebelum PRU 13. Program ini seolah-olah kita melatih Duta kita ke setiap tapak-tapak anak muda melayu berkumpul disegenap Negeri Terengganu ini. Seandainya pilihanraya menjelma selepas raya ini, kami yakin dan percaya pada Allah yang anak muda akan diberikan Cahaya Hidayah oleh Allah untuk bersama-sama dengan Ulama' menggantikan Pemerintah yang sikuler kepada Pemerintah yang takutkan Allah Azzawajalla.

Gambar sekitar Jembori ARC Terengganu


Tuesday, July 20, 2010

Videoclip : UTK Menyerbu Konvoi Sultan Kelantan

Berikut adalah Videoclip yang memaparkan kejadian dimana konvoi Sultan Kelantan di serbu oleh pasukan Unit Tindakan Khas PDRM..

Adakah perkara begini akan berlaku andaikata Mahathir dan UMNO pada tahun 1992 tidak berusaha untuk menarik kekebalan raja-raja Melayu dengan meminda perlembagaan?

Bahagian Perlembagaan yang dipinda adalah Perkara 181(1) yang menyebutkan bahawa “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.”

Sungguhpun tindakan polis ini agak bertentangan dengan adab dan budaya masyarakat Melayu, tugas mereka tidak akan begini jika Mahathir tidak menganggu-gugat kekebalan Raja-Raja Melayu dengan meminda perlembagaan..

Yang nyata sekarang kekebalan ini telah berpindah dari Raja-raja Melayu kepada Pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional..

Saksikan.. dan nilaikan siapakah penderhaka Anggota Polis yang menjalankan tugas ini atau Mahathir dan UMNO yang telah meminda perlembagaan agar polis boleh bertindak sebegini.



sumber

Monday, July 19, 2010

Berapa harga bot ini?


Kerajaan Negeri Terengganu telah membina dua buah bot penambang (pada konsep asalnya) untuk dijadikan bot pelancong menyelusuri Sungai Terengganu di sini. Tujuan asal sebagaimana yang disebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman ialah untuk membantu Persatuan Bot Penambang Seberang Takir bagi menambah pendapatan mereka.

Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir dalam satu majlis perjumpaan dengan pengusaha bot penambang Seberang Takir (ahli-ahli persatuan) memberitahu bahawa bot yang dibina itu menelan kos sebanyak RM270,000 sebuah.

Kos yang mahal itu kata beliau adalah disebabkan ia diperbuat daripada kayu cengal yang pada perkiraannya boleh tahan sampai 100 tahun.

Orang Seberang Takir tersenyum bila Razif menyebut begitu. Sebenarnya mereka sangat arif mengenai pembuatan bot yang memang sangat terkenal di kawasan ini. Setahu mereka selama ini semua bot nelayan dan bot penambang adalah diperbuat dari kayu cengal, tidak pernah orang membuatnya selain dari kayu itu.

Razif cuba untuk mengelirukan orang kampung Seberang Takir, padahal ucapan beliau itu menampakkan kejahilan beliau. Oleh kerana hendak munasabah dengan harga yang begitu mahal bagi bot itu, beliau sampai berkata begitu. Apakah mungkin beliau 'ditipu' oleh tukang bot itu? Rasanya tidak munasabah, kerana orang secerdik beliau tak kan sampai ditipu oleh orang.

Di Seberang Takir ini ada beberapa lagi tempat pembinaan bot selain banyak terdapat di Pulau Duyung yang sudah terkenal di seluruh dunia itu. Bila ditinjau dengan pengusaha-pengusaha lain, mereka menyebut bahawa kos sebenarnya bagi sebuah bot itu tidak sampai RM100,000. Harga kulitnya sekitar RM60,000 dan injinnya pula kira-kira RM30,000.

Razif pernah mencabar dalam satu ceramahnya di Seberang Takir untuk menempah sepuluh buah bot jika harganya semurah itu. Sebenarnya tidak payah cabar, terus sahaja pergi menempah dari tempat berkenaan.

Apa yang jelas, mungkin terdapat unsur-unsur penyelewengan dan rasuah dalam kes ini. Sebelum ini sudah banyak terbukti melalui laporan-laporan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara berkait dengan pembelian dengan harga melampaui munasabah.

Jangan sampai nantinya, tujuan asal untuk membantu 'tok nambang' Seberang Takir jadi sebaliknya. Kroni-kroni juga yang kenyang. Tok Nambang terus berputih mata...

sumber : http://ibnugharib.blogspot.com

Sunday, July 11, 2010

TRG RUNTUH LAGI !!! gambar tapak runtuhan terbaru

Gambar 1 : Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam yang nampak hebat tapi dibelakangnya

Surau Dewan konvensyen Taman Tamadun Islam. Gambar di ambil Khamis 8 Julai 2010.
Terengganuku runtuh terus runtuh.Mungkin kerana surau ini jarang dikunjungi maka keruntuhan ini tidak disedari umum. Kini kami bongkarkan keruntuhan itu...Itu dewan konvensyen TTI diluar dan dalam dewan nampak gah, hebat, bergaya dan perkasa, tetapi disuraunya runtuh menyembah bumi, amat merbahaya bagi jamaah yang bersolat terutama kakitangan.

Gambar 2 : Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam yang nampak hebat tapi dibelakangnya

Gambar 3 : surau Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam yang runtuh

Gambar 4 : surau Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam yang runtuh

Gambar 5 : surau Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam yang runtuh

Gambar 6 : surau Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam yang runtuh

(18SK) Khalwat - Jangan tiru aksi ini !

By albanjari at Sunday, July 11, 2010, 2:20 PM

Laungan Nikita dari dinding setelah 2 hari kepalanya terlekat antara dinding luar dan dalam bangunan buat ia terus hidup. Nikita itu hanya seekor anjing namun tetap makhluk Allah jua. Wajar ditolongi..ya !

Kesian lihat kamu Nikita, Sungguh benar..Tuhan itu Maha Pengasih. Betapa dalam ronta dan siksa kamu saat tuan kamu buntu tidak mampu menolong, Tuhan terus membari nafas. Lalu atas lolongan kamu, terbit rasa alert jiran tetangga. Baca dibawah bisa lebih faham aturan kisahnya.

Neighbours alerted the RSPCA and inspectors found her wedged in a 6in gap used for a tumble dryer vent. Callous owner Montgomery Wandera, 24, had left Nikita and gone away with friends. The dog managed to force off a plastic vent cover but got stuck at the flat in Luton, Beds.

Wandera was banned from having pets for five years by Luton magistrates after admitting neglect. He was also handed a community order.
_

Untuk yang tegar berkurung bersama teman wanita atau kekasih di bilik2 hotel.., (untuk berzina..) pastikan jika ada serbuan orang agama..saat larikan diri jangan coba-coba meniru aksi Nikita..yaa ! Mahu kamu..? kepala diluar, badannya didalam..! Aduhh..ribut !!

Saturday, July 10, 2010

Memoir Jihad Anak Melayu Di Afganistan.......

http://4.bp.blogspot.com/_yYkDyWQI8YI/SSPkWZftgaI/AAAAAAAAAJs/uJOADbsujl4/s1600/IMG_2386.JPG

MUJAHIDDIN MELAYU

Berbicara tentang Mujahidin, pasti ramai antara kita tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kerdil ini juga mampu melahirkan barisan Tentera Allah yang sanggup berdada/berdepan dengan tentera Kuffar laknatullah. Kini, hamba persembahkan kepada kalian sebuah kisah yang amat jarang untuk didengari dari lidah-lidah agamawan Malaysia, kisah yang tak semua sanggup & berani untuk diceritakan kepada pelapis-pelapis anak jantan Islam berbangsa Melayu, mahupun hendak dijadikan cerita sebelum tidur anak-anak Muslim.
Inilah kisah dari seribu kisah, kisah kerdil disaluti darah, darah sang Pejuang demi membela Islam nan Suci. Bacalah, hayatilah, tangisilah, insafilah, sebuah kisah klasik untuk masa depan...
ALLAH HU AKBAR!!!

As Syahid Fauzi Ismail

Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh At Taubah:111

Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia. Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama.

Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka saya muat-turunkan selingkar kisah dari buku Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail untuk tatapan pengunjung laman web ini.

Latar Belakang As Syahid

Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa

Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad

Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah

As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

Tanda Kesyahidan

As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki - Ali Imran 169

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.
Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur.

Nota:Terima kasih dan jazakumullah Khairan kathira kepada C.N Al Afghani kerana membukukan kisah perjuangan ini. Semoga Allah memberi ganjaran dan rahmat kepada saudara. Bersabarlah dalam merintis onak dan duri tribulasi ini. Amin.

Sumber:Pacifist

Tuesday, July 6, 2010

Menembak mati sipembawa berita

Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur.

Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin. Susuk ini seorang birokrat. Justeru apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan huh hah huh hah dari seorang politikus.

Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala. Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta.

Angka dan fakta yang dianalisa untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini. Pandangan Idris Jala ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas Mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno.

Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai. Ramai diantara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud. Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atu tidak.

Banyak warga terlupa kenyataan Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu. Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti ‘Puncak Minyak – Peak Oil’ telah melintasi Malaysia.

Saya telah menulis banyak tentang ‘ Puncak Minyak’ dan Hubbert Peak Oil Theory. Saya telah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak. Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang saya baca dan fakta yang ditemui telah meyakinkan saya bahawa dunia telah melintasi puncak minyak.

Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari. Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak.

Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap? Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait.

Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambungkait - fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan resmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi. Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak.

Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini - menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita. Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu dimana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi.

Dari pengamatan dan pembacaan – saya cukup yakin bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila saya katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat. Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis di zaman ‘Depression’ atau zaman meleset tahun 1929 dahulu.

Semenjak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasaalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank. Ini dipanggil fenemona ‘sub-prime loans’.

Sesudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dollar. Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan ‘hedge fund’ jatuh muflis. Tidak cukup dengan ini timbul pula masaalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan.

Seorang Mamat telah dilanggar kereta , apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari tuan doktor tak jumpa-jumpa kerana semua tuan doktor telah membunuh diri. Metapora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini.

Lihat dan baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam G telah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini. Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan.

Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor. Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguh kan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama telah melimpah ruah ke Eropah.

Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat – dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini. Di Eropah, negara pertama yang jadikan ‘ tikus percubaan ‘ ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga. Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali.

Apa sebenarnya dasar ‘berjimat cermat’ ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi ‘overtime’, tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran perubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan. Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh.

Bila ‘berjimat cermat’ ini diajukan jawapan rakyat Grece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai. Malah diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi.

Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kesah Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jalan ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai juga ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan.

Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara telah mencadangkan ajenda ‘berjimat cermat’ dan ‘mengikat perut’. Menteri Telor dan Gula Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan di tarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit duit yang digunakna untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara. Suara suara sumbang menyokong langkah ‘berjimat cermat; ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara.

Austerity atau dasar berjimat cermat adalah ajenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara. Mengikut sefer IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sehat untuk perkembangan ekonomi.

Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran. Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau ‘free trade’.

Idris Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada diatas meja Idris Jala. Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bond yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi.

Sayangnya politikus akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar. Atau jika berita itu menganggu keseronokan politikus yang sedang berpesta mengelentong orang ramai.

http://tukartiub.blogspot.com

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Saturday, July 3, 2010

Himpunan Tak Nak Judi 3 Julai 201

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Julai: Lebih 3 000 membanjiri perkarangan masjid negara hari ini bagi menyatakan bantahan tak nak judi kepada kerajaan.

Berucap di perhimpunan tersebut Pengerusi GMJ Cikgu Azmi bin Abd Hamid, Setiausaha Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan.

Pada himpunan itu juga turut dilancarkan kempen Tak Nak Judi dan buku Tak Nak Judi.

Gerakan Membantah Judi juga tidak akan berkompromi dengan segala bentuk judi yang melibatkan kanak-kanak dan belia sebelum ianya membarah dalam masyarakat.

Azmi berkata, lesen berkaitan judi meliabatkan golongan berkenaan mesti dihentikan serta-merta.

"Ada pun judi yang melibatkan kanak-kanak dan belia, yang itu memang sama sekali kita tidak ada kompromi.

"Sudah sampai masanya generasi muda mesti dibersihkan daripada judi dan sebarang lesen yang berkaitan judi yang membolehkan kanak-anak dan belia terlibat dengan judi, kita mesti hentikan serta merta tanpa kompromi kerana kanak-kanak tidak tahu apa-apa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ringkas selepas selesai merasmikan perhimpunan Tak Nak Judi di perkarangan Masjid Negara petang tadi.

Beliau yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) turut berkata, pihak GMJ membuat keputusan meneruskan kempen Tak Nak Judi itu untuk memberikan kesedaran secara serius kepada masyarakat tentang bahana judi.

"Kita buat keputusan kempen ini penting kerana kita nak menyebarkan kesedaran yang serius dan bersungguh bahawa judi ini tidak bermanfaat sama sekali baik dari sudut ekonomi, sosial, dan keluarga," katanya.

Justeru katanya, kempen berkenaan yang secara rasminya bermula hari ini akan berterusan sehingga tahun hadapan dengan pelbagai program kesedaran di setiap negeri.

"Yang penting kita mendidik kesedaran ini. Kita tunjukkan semua bukti apa kesan kepada mereka yang terlibat dengan judi. Apa kesan kepada ekonomi dan budaya."

"Jadi kita akan teruskan kempen ini sepanjang tahun sehingga tahun hadapan. Kita akan bagi kesedaran kepada kaum ibu, golongan profesional dan pekerja-pekerja melalui progaram ceramah, edar risalah dn poster dan akan dilakukan di setiap negeri," katanya lagi.

Sebelum itu, seramai kira-kira 3 000 orang membanjiri perkarangan Masjid Negara bagi menyatakan bantahan tak nak judi kepada kerajaan. Himpunan tadi bermula dengan solat Asar berjemaah di Masjid Negara.

Mereka kemudian berhimpun di perkarangan masjid bagi mendengar ucapan dari penganjur dan pimpinan Pakatan Rakyat.Himpunan yang pada mulanya dijadualkan pada jam dua petang itu ditangguhkan ke jam lima petang tadi bagi menghormati majlis pengkebumian Allahyaraham Toh Puan Norashikin Mohd Seth yang merupakan balu kepada bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Pada perhimpuan tersebut, Mohd Azmi turut melancarkan buku terbitan GMJ, berkaitan kesan judi kepada masyarakat.Golongan muda dilihat mendominasi perhimpunan aman yang dikawal kira-kira 50 anggota polis itu.

Laungan 'Kami tak nak judi, kami benci judi', 'tolak judi, jauhi judi' dan beberapa slogan lagi bergema di perhimpunan itu.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudi Hassan dalam pidatonya berkata, atas dasar agama, GMJ bertanggungjawab menyedarkan rakyat bahawa judi merupakan amalan yang ditolak oleh semua agama, apatah lagi bagi yang beragama Islam.

Turut berucap di himpunan itu termasuk ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat yang juga setiausaha GMJ, Ketua Pemuda PKR Syamsul Iskandar Mat Akin, selain wakil daripada Jemaah Islah Malaysia (Jim), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Mengggamatkan suasana apabila Shamsul melaungkan 'Najib judi, Rosmah judi, Umno pun judi'.Himpunan berkenaan berakhir kira-kira jam enam petang dengan bacaan doa oleh exco pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz

VIDEO:
Pelancaran Kempen Tak Nak Judi 3 Julai 2010
Himpunan Tak Nak Judi 3 Julai 2010
Sidang media Himpunan Tak Nak Judi 3 Julai 2010


Friday, July 2, 2010

SENARAI 40 ORANG ULAMA MUDA...

Setakat ini kita masih lagi belum melihat sendiri senarai nama kumpulan 40 ulama muda yang didakwa telah bersetuju untuk menyertai UMNO (parti thoghut).

Salah seorang ulama muda, Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid (gambo), yang mendakwa dirinya “diperdaya” agar memasuki Umno bersama 4 lagi sahabatnya minggu lalu menegaskan, mereka tidak pernah mengisi borang menyertai parti tersebut sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Hosni mengakui kehadirannya dalam program Jumaat yang berakhir dengan penyerahan borang adalah kerana diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu bertemu dengan mereka yang pernah belajar di Timur Tengah.

Bagaimanapun Fadlan mendakwa yang keempat-empat mereka itu tidak termasuk dalam kumpulan 40 ulama muda dan fadlan sendiri katanya tidak mengenali dan berjumpa dengan keempat-empat mereka sebelum ini... dah tue buat apa jemput??.. nak meriahkan majlis lagi kot????

... KUARKAN SENARAI NAMA KUMPULAN 40 TU... SO SENANG KAMI NAK CHECK BETUL KE TAK DEPA INI IKHLAS LILLAHITAALA ISI BORANG UMUNO...

http://dppwm.blogspot.com