Dalam satu kejadian pagi semalam, sebuah wakaf yang dikatakan bakal dijadikan gerai cenderamata dalam projek menaiktaraf Pasar Kedai Payang telah ranap sama sekali.
Wakaf tersebut yang merupakan antara tiga wakaf yang didirikan berhadapan dengan Bazar Warisan, dipercayai runtuh akibat ribut dan strukturnya tidak kukuh.
Menurut sumber, projek tersebut di bawah penyeliaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Toh Chin Yaw sendiri melahirkan rasa kecewa dengan kejadian seperti itu kerana ia kerap kali berlaku.
Menurut beliau, kejadian sebegini terjadi kerana ada yang tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan betul. Sepatutnya sudah mendapat pengajaran daripada kejadian sebelum ini.
“Sekiranya mereka yang diberikan tanggungjawab dapat melaksanakannya dengan baik, perkara sebegini tidak akan berlaku. Saya tidak rasa akibat ribut sahaja wakaf ini jadi teruk sebegini. Saya harap pihak berkenaan kena ambil tindakan sewajarnya,” katanya dengan nada kesal.
Menurut beliau, sekiranya tiada tindakan dibuat, kejadian sebegini dibimbangi akan berulang sehingga ia akan menyebabkan nama kerajaan tercalar dengan tuduhan yang tidak berasas.
Katanya, pihak berkenaan perlu jalankan siasatan segera kerana wakaf tersebut akan dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancongan di kawasan itu dan melibatkan kepentingan awam.
“Kita perlu siasat sama ada ia adalah salah dari segi pembinaan atau tidak atau disebabkan kontraktor membuat kerja dengan tidak betul atau mungkin orang yang menjaganya tidak melaksanakan tugasnya dengan baik.
“Kita perlu juga teliti sama ada ia berlaku disebabkan kesilapan pembinaan atau reka bentuk. Kalau ada kesilapan reka bentuk, perlu ambil langkah untuk memperkukuhkannya,” katanya.
Menurut Chin Yaw, kejadian itu sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada semua yang terlibat dan perlu ada usaha yang tegas untuk memperbaikinya.
Menurut sumber itu lagi, komen dari Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang gagal diperolehi kerana panggilan tidak dijawab manakala Setiausaha MBKT, Samiun Salleh tidak dapat mengulas lanjut kerana sedang bercuti.
Untuk kesekian kalinya, binaan di negeri Terengganu ini mengalami keruntuhan bagi melengkapkan siri keruntuhan sebelum ini sempena jenama baru bagi negeri ini, Darul Runtuh.
Walaupun runtuhan kali ini agak kecil yang melibatkan sebuah wakaf sahaja dan kebetulan pula ada asbabnya iaitu ribut yang melanda, tetapi ia tetap menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena dalam pembinaannya. Ulasan yang dibuat oleh ADUN Bandar di atas menjelaskan perkara ini.
Runtuhan kecil ini adalah yang pertama bagi rekod runtuhan bagi tahun baharu ini. Apakah akan ada lagi runtuhan-runtuhan lain selepas ini? Kita tunggu perkembangan selanjutnya. Ini bukan bermaksud kita mendoakan sesuatu yang buruk, tetapi realiti yang ada di hadapan kita bagi negeri ini terpaksa kita akur.
Jadi sebelum berulang lagi suatu runtuhan yang lebih besar selepas ini yang mungkin akan melibatkan nyawa manusia yang bakal melayang, maka tanggungjawab seluruh rakyat Terengganu untuk 'meruntuhkan' kerajaan yang memerintah negeri ini dalam pilihan raya umum akan datang. Insya' Allah, PASTI Ganti Umno!
http://ibnugharib.blogspot.com/2011/01/terengganuku-runtuh-lagi.html

No comments:
Post a Comment