Monday, February 7, 2011

SIRI LIMA ADUN SELISING BERZINA : MENGENALI PEMFITNAH DI BELAKANG TABIR

Entri Tok Lipur kali ini menandakan kita telahpun sampai kepada Siri Ke Lima terhadap pembongkaran fitnah Adun Pas Selising,Drs.Saipul Bahrin Mohamad yang kononnya telah berzina dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Na, isteri kepada sahabat baik beliau sendiri,Cikgu Ham (seperti yang dikatakan oleh para pemfitnah Umno) di facebook.Kepada para pembaca yang ingin membaca Siri Satu hingga Empat, boleh rujuk kepada entri lama Tok Lipur.Selain itu,entri selingan 4.1 juga telah dimuatkan dalam blog ini menceritakan bagaumana mereka mula menggelabah apabila momentum spin mereka diganggu gugat dengan isu rogol amah yang telah menjadi isu besar mutakhir ini.

Watak "Cikgu Ham",suami kepada
pasangan zina mula diwujudkan

MAKA BERMULALAH SIRI LIMA

Siri kelima ini Tok Lipur mulakan dengan memperkenalkan watak-watak pemfitnah terhadap Adun Selising, di mana Tok kira terdapat empat orang penting di belakangnya.Pertama,seorang yang bernama Azmy Awang, kedua seorang yang beridentitikan Papa Gomo,ketiga "saksi" kes tersebut,Saidi Hussin dan keempat seorang yang memakai gelaran Pas Beruk.

1.Azmy Awang Kelana Jaya


Adalah tidak diketahui siapa sebenarnya Azmy Awang ini.Adakah dia ini pemimpin Umno di mana-mana bahagian atau cawangan,tidaklah pula diketahui.Apapun,jawatan yang diketahui dipegang olehnya adalah Ketua Nadi Rakyat (kumpulan pemfitnah tegar di facebook).

Modus operandi yang dipakai Azmy Awang sehari-hari cukup senang,dia akan menghantar seberapa banyak yang mungkin gambar-gambar fitnahnya ke dinding-dinding facebook dan kemudiannya lari begitu sahaja.Sikap tidak bertanggungjawabnya itu adalah sesuatu yang memalukan kerana dia langsung tidak berani untuk meninggalkan sebarang komen ataupun berbahas dengan orang lain.Ini menunjukkan betapa rendahnya kualiti fitnah yang dibuat olehnya.Justeru,bagaimana mungkin setiap postingnya mampu dipercayai jika dia sendiri tidak mampu mempertahankan hujahnya.Malah,setiap postingnya akan terkeluar perkataan mencarut dan menghina Pas terutamanya menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Baru-baru ini juga,Azmy Awang terpaksa mendedahkan identiti sebenarnya setelah wajah sebenarnya terbongkar di facebook.Satu cerita baru diterbitkan di mana kononnya dia telah diugut bunuh oleh penyokong Pas yang memakai nama Bumiputera Berjaya.Benar atau tidak?Wallahualam.Tapi apa yang pasti,kerja-kerja mereka yang membongkarkan identiti sebenar Azmy Awang boleh ditabik kerana memang benar itu adalah wajahnya.

Ini rupanya muka si penipu

Jika dilihat daripada muka dan perwatakannya,adalah tidak dijangka sikap dan percakapannya cukup tidak beradab dan bertaraf longkang.Umurnya dalam lingkungan pertengahan 40-an (mungkin),tetapi mentaliti dan pemikirannya setaraf dengan mereka yang baru menghabiskan PMR.

Perlu diingatkan,ini bukanlah satu serangan peribadi,tetapi lebih kepada menganalisis kualiti sumber mereka. Kalau inilah gayanya,sumber mereka adalah sumber fitnah semata-mata.

2.Papa Gomo

Papa Gomo ini katanya adalah seorang peniaga di Uptown Danau Kota,Setapak. Dalam isu fitnah zina ini, dia sememangnya seorang blogger yang berterusan membuka cerita demi cerita mengenai zina Adun Selising ini.Gomo ini juga adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan kisah zina Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.Pun begitu,Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad telah mengatakan bahawa Papa Gomo telah memohon maaf atas penipuannya itu.

Untuk rekod,tiada penafian rasmi yang dibuat Papa Gomo terhadap insiden meminta maaf itu, cuma diulas oleh proksi bloggernya yang lain di Gelombang Wangsa Maju.Pembaca boleh menyemak entri-entri lama Papa Gomo dan akan langsung tidak akan bertemu penafian tersebut.Cuma,perkara ini ditulis dalam blog orang lain,di mana jika Salahuddin menganggap Gomo telah mungkir janji,mungkin Gomo katakan yang dia langsung tidak menafikannya.Adakah pembaca masih belum terfikir akan seni menyelamatkan diri seperti ini?Apapun,jika berminat untuk membaca entri terbabit boleh baca di http://mediawangsamaju.blogspot.com/2011/01/gempar-papa-gomo-mohon-maaf-pada-din.html.

Siapa sebenarnya Papa Gomo ini?Apa yang diketahui,dia ini berasal dari Sungai Petai Pasir Puteh (kalau mengikutkan apa yang dikatakannya),selain dilihat aktif bersama Wira Perkasa dan Pemuda Umno.Apapun, Papa Gomo ini juga tidak boleh dipercayai kerana telahpun terkantoi menipu.Boleh baca di sini untuk mengetahui bagaimana si penipu ini terkantoi dalam Siri Empat yang lalu.

Setakat ini,dia juga gagal membela penipuannya itu.Cuma sekadar berdalih dengan satu kenyataan singkat:

Blogg dan Facebookers Pakatan Pembangkang menyatakan Gomo Fitnah malah mereka siap mengeluarkan Bukti kononya Gomo, Azmy dan Pas Beruk lah yang mereka reka Ustaz Saidi yang di tetak pada malam kejadian sepertima yang Gomo laporkan.

Untuk makluman semua, Takkan lah Gomo nak ke Kelantan buat liputan mengenai pendedahan Adun Selising Khalwat ni maka Gomo nak HEBAHKAN Kepada semua segala Gerak Geri dan Lokasi Gomo berada. BODOH Sangat lah kami yang ada masa itu cakap bulat bulat kepada semua Lokasi dan pergerakkan kami. Dan tentu lah Kena KAPAK sebaik sahaja tiba di Kelantan.


PERSOALANNYA,MANA KAU PADA MALAM KEJADIAN?DI KOTA BHARU,PASIR PUTEH ATAUPUN ON THE WAY KE KUALA LUMPUR?INI YANG MASIH MENJADI PERSOALAN


3. Saidi Hussin

Si Saidi ini kononnya dikatakan saksi utama yang menangkap Drs.Saipul dan Kak Na berkhalwat dalam kereta api bersama-sama beberapa orang yang lain.Pada mulanya,ketika watak Si Saidi mula diperkenalkan, segala nampak menjadi hinggalah diketahui bahawa Si Saidi ini adalah seorang Umno totok dan jawatannya sekarang adalah Pengerusi JKKP tanpa mukim di Pasir Puteh.Oleh itu,dakwaan mengatakan Drs.Saipul ditangkap oleh orang Pas sendiri adalah diragui kerana mungkin Saidi memang pernah menjadi ahli Pas, tetapi pendedahannya ketika sudah berada dalam Umno menimbulkan seribu satu keraguan.Mengapakah setelah sekian lama kes ini berlaku (kononnya sebelum PRU 12),tiada tindakan pendedahan semerta yang dibuat oleh Saidi?Sepatutnya pendedahan dibuat ketika Saidi bertindak keluar Pas dan bukannya sekarang,setelah seronok bergoyang kaki menerima kenaikan elaun JKKP.

Malah,kredibiliti Si Saidi ini juga semakin diragui setelah berlaku dua insiden,di mana dia langsung tidak cedera walaupun kereta remuk teruk dilanggar dan keduanya dalam dakwaan kononnya dia telah ditetak.


4.Memperkenalkan Syamsul Azrai @ Pas Beruk


Syamsul Azrai bin Mohd Hussain mungkin adalah kunci kepada fitnah zina ini.Malah,kalau hendak dikatakan bahawa Syamsul Azrai ini adalah "mastermind" di belakang segala fitnah ini juga ada asasnya yang tersendiri.

Tahukah anda siapakah Syamsul Azrai ini?Dia merupakan Penolong Pengarah Biro Tata Negara, satu agensi yang memang dikenali sebagai badan indoktrinasi Umno dan Barisan Nasional ke atas rakyat Malaysia terutamanya para pelajar dan penjawat awam.Seperti yang diketahui,BTN amatlah pakar dalam kerja gerak saraf untuk Umno ini sehingga sesiapa yang pernah mengikuti kursus ini akan tahu apa yang diagendakan mereka,terutamanya dalam menyematkan perkauman yang menebal dalam diri orang Melayu,termasuk memburuk-burukkan Pas dan PKR.

Oleh itu,Syamsul Azrai bukanlah hanya seorang pekerja biasa di BTN,tetapi sebaliknya adalah seorang penjawat penting bertaraf penolong pengarah.Syamsul yang menggunakan ID Pas Beruk di facebook juga adalah orang yang bertanggungjawab menerbitkan tiga siri video mengenai Adun Selising berzina yang boleh dilihat di Youtube.

Justeru,adalah dilihat bahawa fitnah ini,yang dimainkan oleh hampir kesemua mereka yang pro-Umno di belakang tabirnya sebagai satu kerja gerak saraf untuk memburuk-burukkan kerajaan Pas di Kelantan melalui tuduhan zina ke atas pemimpin Pas.

WATAK-WATAK YANG MASIH BELUM DIKENALI

Jangan terkejut kepada mereka yang mengikuti siri ini secara dekat untuk melihat akan lebih ramai watak-watak ciptaan baru yang dikeluarkan selepas ini. Kita masih tertunggu-tunggu siapakah yang akan mengaku dirinya sebagai Kak Na (pasangan zina), Cikgu Ham (suami pasangan zina),Haji Fauzi(saksi),Azhar Kerbau dan lain-lain.

Siapa dia Kak Na yang sebenar juga pasti menimbulkan polemik kerana dia adalah kunci untuk menjawab kes ini.Apakah pekerjaan sebenar Kak Na?Pada mulanya si pencacai mengatakan bahawa Kak Na meniaga nasi kerabu,kemudiannya meniaga kain pula.Mana yang benar?Di sini sahaja sudah ada beberapa percanggahan.

Dan siapa pula Cikgu Ham?Kononnya Cikgu Ham ini rakan baik kepada Adun Selising,dan Cikgu Ham ini merupakan seorang Guru Besar di Pasir Puteh.Orang-orang Pasir Puteh boleh menyiasat sama ada wujud atau tidak insan yang bernama Cikgu Ham ini.

SOALAN-SOALAN YANG MASIH BELUM TERJAWAB

Sepanjang mengikuti kisah ini secara dekat,masih terdapat beberapa persoalan yang masih gagal dijawab oleh mereka-mereka yang mengeluarkan isu ini.Untuk rekod, mereka kononnya memberi tempoh bertenang sehingga 1 Januari lepas untuk membongkarkan rahsia Adun Selising,namun sehingga kini masih belum ada pendedahan menyeluruh yang dibuat,tidak seperti kajian kes terperinci dalam kes menteri rogol amah.

Berikut diperturunkan kembali pertanyaan-pertanyaan Tok Lipur terhadap mereka yang mengeluarkan fitnah ini untuk dijawab,supaya kita semua melihat dakwaan ini sebagai berasas ataupun tidak:

1.Nyatakan tarikh kejadian
2.Nyatakan masa kejadian
3.Nyatakan bagaimana anda boleh menyerbu naik ke atas kereta api
4.Nyatakan tarikh anda berjumpa Nik Aziz
5.Nyatakan jalan cerita yang menyeluruh tentang kejadian terbabit
6.Mengapa Cikgu Ham masih beristerikan seorang perempuan yang terang-terangan nusyuz?
7.Mengapa Cikgu Ham tidak menceraikan Kak Na?
8.Yang Paling Utama,MENGAPA TIADA LAPORAN DIBUAT di Mahkamah Syariah ataupun Pejabat Agama???

Berikut pula,diperturunkan kembali video terbaru Syamsul Azrai di youtube:




Komen Tok Lipur untuk video di atas adalah sebagai terkeluar dari konteks penceritaan.Selain gambar-gambar lama yang diulang-ulang,ucapan Si Saidi lebih kepada menghentam Nik Aziz dengan isu yang bukan-bukan termasuk isu salam terhadap bukan Islam dan isu pemakaian purdah.Apapun,satu sahaja ucapan Si Saidi yang berkaitan dengan isu ini,iaitu "Ambo mintok kepado pihok yang berkenaan supayo buat ujian DNA ke atas anok Kak Na hok keduo bongsu dengan Ustaz Saipul".

Oloh demo ni.,kecek ngarut gapo lagu tu?

Jika benarlah anak kedua bongsu Kak Na adalah anak Drs.Saipul,kejadian ini pada logiknya berlaku lebih kurang empat lima tahun yang lepas.Katakanlah anak bongsu Kak Na berumur bawah setahun,ini bermakna anak kedua bongsu adalah atas daripada dua tahun.Ini juga bermakna,kes zina itu berlaku empat lima tahun lepas,kerana berkemungkinan anak kedua bongsu paling kurang pun berumur tiga hingga empat tahun lebih.

Ini bermakna kes ini berlaku bertahun lamanya.Persoalan yang paling utama adalah KENAPA SAMPAI BERANAK PINAK TIADA LAPORAN DIBUAT TERHADAP KES ZINA INI?

Kalau benar,Ustaz Saidi dan Cikgu Ham boleh dikatakan bersubahat untuk menutup perkara ini,dan bukannya Nik Aziz.Ini menunjukkan kebodohan mereka sendiri dalam merekacipta isu yang mengarut-ngarut.

Adakah logik seorang suami yang telah menangkap isterinya berzina di depan matanya sendiri masih beristerikan perempuan seperti itu?Malah,masih mampu bergurau mesra sehingga melahirkan pula anak yang kemudiaannya?Inilah taraf pemikiran tahap sekolah tadika para pencipta fitnah.

ANDA MASIH MAHU PERCAYA?TERPULANGLAH...


KamiSokongPas

No comments: