KUALA LUMPUR, 30 Jun: Baru minggu lepas, Ustaz Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27 tahun, digelar salah seorang dari 40 ulama muda yang menyertai Umno. Nama beliau dan isu ulama muda menyertai Umno menjadi pelaris kepada majlis ceramah PAS kerana orang ramai ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di majlis itu. Bersalam dengan PM Sementara Mohd Husni menolak beliau datang ke PWTC untuk bersalam dengan Perdana Menteri. harakah |
Wednesday, June 30, 2010
Jadi penceramah buruan selepas digelar ulama muda Umno
Sunday, June 27, 2010
ADUN Bukit Tunggal Turun Pasar Selami Masalah Peniaga
KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr Alias Razak turun ke pasar Batu Enam disini bagi menyelami masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh para peniaga dan pengunjung pasar tersebut.
Menurutnya, masalah besar sekarang ini dihadapi oleh para peniaga buah hadapan pasar Batu Enam yang telah ‘menganggur’ selama lebih setahun setengah.
(Gambar - Dr Alias berbaju Oren, bersama para petugas Batu Enam mengedarkan rislah kepada pengunjung pasar Batu Enam)
“Peniaga buah tidak boleh berniaga dan hilang pendapatan selama setahun setengah kerana pembangunan kedai-kedai baru,
“saya tak tahu apa masalah sebenarnya, tapi kedai-kedai baru yang telah siap sekian lama masih belum diserahkan kepada para peniaga,”katanya ketika ditemui selepas lawatan tersebut, semalam.
Katanya, gerai-gerai buah peniaga terbabit telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan itu, namun ia mengambil masa yang terlalu lama.
Oleh itu beliau memohon kepada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) supaya mempercepatkan sebaran urusan kerana ia melibatkan ‘periuk nasi’ peniaga terbabit.
Turut mengiringi beliau ialah Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Kuala Nerus, Mustafa Ismail.
Ketika mengulas isu berkenaan, Mustafa berkata beliau dimaklumkan oleh pihak MBKT, kedai-kedai baru tersebut hanya akan dapat digunakan pada bulan Ogos depan.
Menurutnya, pihak MBKT perlu membaik pulih beberapa kerosakan dan pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi, sebelum menyerahkannya kepada para peniaga.
Turut bersama rombongan Dr Alias adalah, para petugas Unit Peti Undi (UPU) Batu Enam yang mengedarkan risalah penerangan PAS bagi memberikan kesedaran awam kepada peniaga dan pengunjung pasar Batu Enam
http://www.buletinonline.net
Monday, June 21, 2010
TERUK sangat UMNO bila kena kat DIA!!!

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menggesa Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Rais Yatim supaya memulihara kembali kebebasan media di tanah air.
Beliau membuat gesaan demikian kerana beberapa wartawan dari media arus perdana dihalang dari melaporkan sesuatu berita yang dianggap menggugat kepentingan Umno BN.
Baginya, gesaan tersebut adalah wajar berdasarkan insiden yang menimpa Joshua Wong, Penerbit Buletin dan Isu Semasa NTV7.
Pengarah Strategik PKR itu mendakwa bahawa wartawan terbabit diminta supaya meninggalkan NTV7 disebabkan campur tangan tidak langsung Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sendiri.
Dakwanya lagi, wartawan terbabit sebelum itu turut dilarang dari membincangkan isu politik serta menjemput panelis dari kalangan pembangkang untuk berbincang tentang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.
Selain Joshua, beliau berkata, Penerbit TV2 Chau Z Lam turut dihalang menyiarkan rancangan Galeri Mandarin Nasional kerana dokumentari itu mendedahkan tentang realiti kesengsaraan rakyat pribumi Sarawak disebabkan pembinaan Empangan Bakun pada pilihan raya kecil Sibu.
Dakwanya lagi, kerajaan takut pengundi akan terpengaruh dengan dokumentari itu.
Katanya lagi, dakwaan tersebut bukan dibuat secara tidak berasas sebaliknya Ketua Pengarah Bilik Berita, Jumat Engsong sebelum ini pernah mengakui insiden yang menimpa Chau.
Disebabkan keberanian wartawan TV2 itu, beliau berkata, Chau telah menerima surat penamatan perkhidmatan.
Sehubungan itu, beliau meminta Rais menjelaskan sejauh mana kementerian komited menghormati profesionalisme wartawan, khususnya yang berkhidmat dalam media arus perdana.
Sunday, June 20, 2010
Ilpas: PAS persiap hadapi pilihan raya
Zulkifli Sulong |
HULU SELANGOR, 20 Jun: PAS melancarkan Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) hari ini dengan harapan untuk mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya yang disifatkan berbeza sama sekali dengan peperangan.
Sehubungan itu, beliau hari ini menyerahkan empat modul utama Ilpas kepada pengarah pilihan raya bagi setiap negeri. Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya. Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri yang akan bermula minggu depan. Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) akan turun ke negeri-negeri di mana 50 peserta akan dipilih untuk dilatih dan dijadikan pakar pilihan raya bagi setiap negeri. Pengarah Ilpas adalah Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan ketua pengarah JPP yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Beliau dibantu empat naqib atau ketua bagi setiap modul yang dibentuk itu. Dengan pembentukan Ilpas, PAS dianggap paling ke depan dalam latihan pilihan raya. Abdul Hadi berkata, melalui Ilpas, semua petugas akan dilatih agar memahami dengan baik apa yang diperlukan dalam sistem demokrasi. "Kita kena faham, Islam adalah bersama dengan prinsip kuasa rakyat dan menentang diktator di samping menolak pemerintah yang zalim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Ru Rendang. Untuk melaksanakan perkara ini, sebagaimana zaman awal Islam, PAS membina ahli induk dahulu. "Inilah yang PAS buat dan akan dibuat oleh Ilpas," kata Abdul Hadi. Abdul Hadi menerangkan dengan jelas konsep demokrasi dan pemimpin yang perlu mendapat sokongan majoriti dalam ucapannya. "Perlantikan khalifah Islam pertama Abu Bakar As Siddiq adalah melaliu prinsip ini kerana Islam sedar peri pentingnya pemimpin yang mendapat sokongan majoriti rakyat," katanya. harakah |
Monday, June 14, 2010
Gambar terakhir dan terkini Allahuyarham Ustaz Hasaan Syurki


Gambar Ust Hassan ketika menerima anugerah Tokoh Pemuda, gambar di ambil dari skrin di luar kerana kami terlewat sampai.
Teringatkan pemergian al-marhum AF Ust Fadhil, beliau pun pergi meninggalkan kita selepas muktamar di Putik.. Al-Fatihah
TQ : http://sedakasejahtera.blogspot.com
http://pastambun.blogspot.com
Ustaz Hassan Syukri dalam kenangan
Azamin Amin |
|
Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah
Harakahdaily |
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang. Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada. Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi. Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang. Jenazah beliau masih lagi di hospital kini. Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar. "Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah. Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut. Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan. Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok di Surau Taman Melewar. |
Sunday, June 13, 2010
PAS Menolak Perpaduan Dengan Umno Kerana Tidak Mahu Tanggung “Biawak Hidup” TGHH
Dilulus untuk paparan oleh teori
Berita Oleh: ulitmayang
"Alhamdulillah , dengan penegasan dari kedua dua pemimpin tertinggi TGHH dan TGNA ,moga moga isu kerajaan perpaduan yang dicanangkan selama ini oleh media , diantara PAS dan UMNO ditamatkan setakat ini sahaja.Walaupun nanti UMNO menerusi media dan perang saraf nya akan terus mendendangkan lagu ini berterus terusan sehingga ke hari PRU 13 nanti.Cuma , pemimpin pemimpin tertinggi cuba cuba lah intai, lihat dan perhati anak anak buah tu !
PAS tidak mahu tanggung 'biawak hidup'- Presiden
PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka.
"Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya.Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan.
Umno juga katanya sudah jelas ditolak rakyat semenjak PRU ke-12 lalu."Tak ada pasal-pasal kita nak pikul orang yang sakit sampai ke usus ini," katanya lagi.Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, ustaz Hadi mengulangi penegasannya bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno.
Ianya antara lain kerana Umno juga mengamalkan perkauman sempit."Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman malah dibejati dengan rasuah," tegasnya.
Ahli PAS di segenap peringkat katanya mempunyai tugas besar untuk membebaskan bangsa Melayu dari kejahilan perkauman yang telah ditanam Umno.Umno katanya terlalu mementingkan bangsa dari agama sehingga sanggup menjadikan bangsa sebagai akidah perjuangan mereka.
Semangat asobiyah katanya juga tidak salah, namun perlu dimanfaatkan untuk perjuangan Islam."Tak salah sayang bangsa sendiri, tapi jangan sampai bangsa dijadikan akidah."Islam dulu baru asobiyah," katanya lagi.
Mengulas muktamar pula, beliau berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan sepanjang muktamar berlangsung.Perwakilan katanya dilihat bersedia malah isu yang dibangkitkan juga dikupas dan dibahas dengan jelas.
Malah lebih penting katanya, muktamar PAS kali ini berlangsung dalam suasana penuh persaudaraan yang dapat disaksikan oleh kesemua yang hadir. TGHH
Saturday, June 12, 2010
Berhati-hati Dengan Blog - Presiden
Dilulus untuk paparan oleh teori
Berita Oleh: admin_ann
"KOTA BHARU, 11 Jun :Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta ahli-ahli Pas supaya berwaspada dengan penyebaran maklumat melalui blog yang berkeliaran tanpa sempadan sekarang ini.Ahli-ahli PAS hendaklah berhati-hati kerana kita berada di zaman yang penuh kefasikan, selidiklah dahulu sebarang maklumat yang disampaikan ujar Hadi di dalam ucapan dasar beliau di muktamar PAS ke 56 di Kota Bharu.
Kata beliau lagi, “Dalam menghadapi cabaran langit terbuka dengan teknologi maklumat yang sangat pesat bertaburan menyebarkan apa sahaja, jangan sekali-kali kita terpedaya dan hanyut bersama loncai di luar parti kita yang berkeliaran dengan labu-labunya.”
Beliau memberikan satu hadis nabi mengenai perkara tersebut, “Berpeganglah kepada amaran Rasulullah SAW yang bermaksud "(Manusia akan menghadapi tibanya tahun-tahun yang banyak penipuan. Dipercayai pembohong, di bohongi orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat, dikhianati orang yang amanah, orang yang bebal membuat kenyataan. Apabila ditanya bagaimana keadaannya. Rasulullah SAW menegaskan : Orang yang jahil bercakap perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai)"
Hadi seterusnya menyeru kepada ahli-ahli dan penyokong parti supaya memberi ketaatan, thiqah dan wala’ kepada pemimpin lebih-lebih lagi dalam suasana serangan kecelaruan pemikiran sekarang ini.
“Dalam suasana serangan kecelaruan pemikiran ini, maka seluruh ahli parti dan penyokong wajib memberi thiqah dan wala’, demi menjaga parti agar beristiqamah dengan landasan Islam yang kita imani dengan ikhlas, berpandukan hidayah dan hikmah, kerana akal tanpa hidayah tidak selamat daripada kesilapan yang boleh membawa kesesatan. Kalangan ulama yang mendalami ilmu Islam adalah pewaris pusaka para Anbiya’ yang terpelihara dengan jaminan Allah, jaminan ini wujud sekiranya mereka bersama parti yang bercirikan Islam yang tetap ada di sepanjang zaman.”
Ahli-ahli Pas juga diminta untuk taat kepada setiap keputusan parti selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam.
Kata beliau, “Pimpinan pusat yang saudara dan saudari pilih dalam muktamar yang lalu dan segala Lajnah yang ada di dalamnya adalah pemimpin yang merancang, mentadbir, mengatur strateg dan menggerakkan parti, sama ada dalam menghadapi pilihanraya di semua peringkat, dan menangani setiap isu dan halangan yang berlaku sepanjang masa, seterusnya aktif beramal di lapangan masing-masing. Mereka ini adalah pimpinan yang wajib menjalankan tugasnya sepanjang masa, bukannya bermusim, wajib diberi ketaatan dan wala’ kepada keputusan dan arahan yang tidak bercangah dengan hukum Islam yang tertinggi sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.