Saturday, June 12, 2010

Berhati-hati Dengan Blog - Presiden

Posted on Saturday, June 12 @ 06:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita Oleh: admin_ann

"KOTA BHARU, 11 Jun :Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta ahli-ahli Pas supaya berwaspada dengan penyebaran maklumat melalui blog yang berkeliaran tanpa sempadan sekarang ini.Ahli-ahli PAS hendaklah berhati-hati kerana kita berada di zaman yang penuh kefasikan, selidiklah dahulu sebarang maklumat yang disampaikan ujar Hadi di dalam ucapan dasar beliau di muktamar PAS ke 56 di Kota Bharu.

Kata beliau lagi, “Dalam menghadapi cabaran langit terbuka dengan teknologi maklumat yang sangat pesat bertaburan menyebarkan apa sahaja, jangan sekali-kali kita terpedaya dan hanyut bersama loncai di luar parti kita yang berkeliaran dengan labu-labunya.”

Beliau memberikan satu hadis nabi mengenai perkara tersebut, “Berpeganglah kepada amaran Rasulullah SAW yang bermaksud "(Manusia akan menghadapi tibanya tahun-tahun yang banyak penipuan. Dipercayai pembohong, di bohongi orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat, dikhianati orang yang amanah, orang yang bebal membuat kenyataan. Apabila ditanya bagaimana keadaannya. Rasulullah SAW menegaskan : Orang yang jahil bercakap perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai)"

Hadi seterusnya menyeru kepada ahli-ahli dan penyokong parti supaya memberi ketaatan, thiqah dan wala’ kepada pemimpin lebih-lebih lagi dalam suasana serangan kecelaruan pemikiran sekarang ini.

“Dalam suasana serangan kecelaruan pemikiran ini, maka seluruh ahli parti dan penyokong wajib memberi thiqah dan wala’, demi menjaga parti agar beristiqamah dengan landasan Islam yang kita imani dengan ikhlas, berpandukan hidayah dan hikmah, kerana akal tanpa hidayah tidak selamat daripada kesilapan yang boleh membawa kesesatan. Kalangan ulama yang mendalami ilmu Islam adalah pewaris pusaka para Anbiya’ yang terpelihara dengan jaminan Allah, jaminan ini wujud sekiranya mereka bersama parti yang bercirikan Islam yang tetap ada di sepanjang zaman.”

Ahli-ahli Pas juga diminta untuk taat kepada setiap keputusan parti selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam.

Kata beliau, “Pimpinan pusat yang saudara dan saudari pilih dalam muktamar yang lalu dan segala Lajnah yang ada di dalamnya adalah pemimpin yang merancang, mentadbir, mengatur strateg dan menggerakkan parti, sama ada dalam menghadapi pilihanraya di semua peringkat, dan menangani setiap isu dan halangan yang berlaku sepanjang masa, seterusnya aktif beramal di lapangan masing-masing. Mereka ini adalah pimpinan yang wajib menjalankan tugasnya sepanjang masa, bukannya bermusim, wajib diberi ketaatan dan wala’ kepada keputusan dan arahan yang tidak bercangah dengan hukum Islam yang tertinggi sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

No comments: