Monday, June 21, 2010

TERUK sangat UMNO bila kena kat DIA!!!

.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menggesa Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Rais Yatim supaya memulihara kembali kebebasan media di tanah air.

Beliau membuat gesaan demikian kerana beberapa wartawan dari media arus perdana dihalang dari melaporkan sesuatu berita yang dianggap menggugat kepentingan Umno BN.

Baginya, gesaan tersebut adalah wajar berdasarkan insiden yang menimpa Joshua Wong, Penerbit Buletin dan Isu Semasa NTV7.

Pengarah Strategik PKR itu mendakwa bahawa wartawan terbabit diminta supaya meninggalkan NTV7 disebabkan campur tangan tidak langsung Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sendiri.

Dakwanya lagi, wartawan terbabit sebelum itu turut dilarang dari membincangkan isu politik serta menjemput panelis dari kalangan pembangkang untuk berbincang tentang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Selain Joshua, beliau berkata, Penerbit TV2 Chau Z Lam turut dihalang menyiarkan rancangan Galeri Mandarin Nasional kerana dokumentari itu mendedahkan tentang realiti kesengsaraan rakyat pribumi Sarawak disebabkan pembinaan Empangan Bakun pada pilihan raya kecil Sibu.

Dakwanya lagi, kerajaan takut pengundi akan terpengaruh dengan dokumentari itu.

Katanya lagi, dakwaan tersebut bukan dibuat secara tidak berasas sebaliknya Ketua Pengarah Bilik Berita, Jumat Engsong sebelum ini pernah mengakui insiden yang menimpa Chau.

Disebabkan keberanian wartawan TV2 itu, beliau berkata, Chau telah menerima surat penamatan perkhidmatan.

Sehubungan itu, beliau meminta Rais menjelaskan sejauh mana kementerian komited menghormati profesionalisme wartawan, khususnya yang berkhidmat dalam media arus perdana.

No comments: