
ttg gambar : gambar ini diambil diputik semasa seminar pemikiran Islam
DARWIN - Dua pemain ragbi di Australia menewaskan seekor buaya gergasi selepas bergusti dengan reptilia itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Buaya seberat 1,000 kilogram bernama Burt itu menerkam Big Willie dan Johnathan Thurston yang merupakan kapten pasukan North Queensland Cowboys selepas mereka melompat ke dalam sebuah tangki kaca berisi air di Crocosaurus Cove iaitu sebuah taman buaya di sini pada Khamis lepas.
Ibarat bertemu buku dengan ruas, buaya tersebut bukan sahaja gagal membaham dua mangsanya itu tetapi turut kehilangan sebatang giginya dalam pertarungan sengit tersebut.
Kedua-dua pemain itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ia merupakan sebahagian acara sampingan sebelum perlawanan ujian pasukan itu dengan Gold Coast Titans hari ini. - Agensi
PUTRAJAYA 25 Feb. – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan semakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengakses semua dokumen penting pendakwaan dalam kes liwatnya.
Sukar untuk diterima akal dalam Ceramah Maulidur Rasul yang tajuknya berkisar tentang kemuliaan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan keagongan sejarah Islam dihadiri bersama dengan beberapa orang bukan Islam termasuk Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang.
Ceramah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh hujung minggu lalu.
Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam?. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam)http://bumiperak.blogspot.com/Kelihatan YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah Surau selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah.
YB Dato' Seri Ir Nizar menjamu selera bersama wakil rakyat bukan Islam selepas ceramah disampaikan di Surau Taman Rapat Koperasi, Ipoh "
TUCSON - Sebuah kawasan gurun seluas 1,052 hektar di Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan, Tucson di Amerika Syarikat (AS) dijadikan tempat menyimpan 4,200 pesawat lama termasuk jet pejuang bernilai AS$35 bilion (AS$118.73 bilion), lapor sebuah akhbar semalam.
Ia dijadikan alat ganti untuk pesawat yang kini digunakan Tentera Udara AS. Enjin, peluru, pendawaian elektrik dan elektronik
Gurun itu merupakan tempat paling sesuai untuk menyimpan barang besi kerana kelembapan yang rendah dan hujan menyebabkan badan pesawat tidak dipenuhi karat.
Pihak tentera menggunakan kawasan gurun itu sebagai tempat simpanan pesawat sejak 60 tahun lalu.
Kawasan gurun yang unik itu pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Transformers. - Agensi
Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta "wang ehsan" diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.Sambung balik tengok gambar...
Beliau juga menjelaskan Kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.
Katanya wang itu akan dimanfaatkan dengan "TELUS" bagi membantu rakyat Kelantan meningkatkan tahap pendidikan, membasmi kemiskinan dan keperluan lain yang difikir perlu oleh satu Jawatankuasa Khas.
Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.Betul ke ayat Tok Pa tu..? kira-kiranya Kerajaan Pusat geng Tok Pa tu lagi TELUS la dari Kerajaan Negeri Kelantan ya Tok Pa..?
RABAT - Hujan lebat menjadi punca sebuah menara masjid berusia 400 tahun di Meknes, 140 kilometer dari Rabat, ibu negara Maghribi, tiba-tiba runtuh sebelum menghempap ratusan jemaah yang sedang mendengar khutbah Jumaat kelmarin.
Kementerian Dalam Negeri berkata, sekurang-kurangnya 41 dikhuatiri maut manakala 86 cedera dalam kejadian tragis di Masjid Lalla Khenata dalam daerah Bab Berdieyinne yang dibina Sultan Moulay Ismail sewaktu Meknes menjadi ibu negara abad ke-16.
Pemerintah Maghribi, Raja Mohamed VI menitahkan pihak berkuasa untuk segera membina semula masjid itu yang juga mercu tanda utama Meknes setelah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Angka maut dijangka bertambah kerana masih ramai mangsa terperangkap belum dikeluarkan daripada runtuhan manakala mereka yang parah terpaksa dihantar ke bandar berdekatan Fes, kata ahli Parlimen tempatan, Dr. Abdallah Bouanou.
Sepasukan pakar psikologi turut dihantar tetapi pasukan penyelamat mendakwa, usaha mencari mangsa agak perlahan kerana hujan lebat berterusan menyukarkan mereka mengesan mangsa. – Agensi
17.2.2010 Bukit Gantang :Pagi ini Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengunjungi Pulau Pasir Hitam yang mana merupakan satu lagi Pulau di dalam Parlimen Bukit Gantang yang memakan masa 45 minit masa perjalanan untuk sampai kesana.Dato Seri ditemani isteri beliau Datin Seri Fatimah Taat meluangkan hampir 3 jam disana.Beliau juga turut bersama-sama dengan masyarakat cina disana yang mana keseluruhan penduduk disana berbangsa cina bagi menyambut kedatangan tahun baru cina.
Dato Seri Nizar berucap dalam majlis BN.
Setibanya Dato Seri Nizar disana beliau disambut oleh wakil jawatankuasa penduduk Pulau Pasir Hitam dan dibawa ke Tokong dan Dewan Cina berhampiran yang mana ketika itu satu program anjuran BN sedang diadakan.Ia merupakan satu Majlis ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan yang telah menyumbangkan bumbung yang dibuat dikawasan tokong tersebut.Ketibaan Dato Seri Nizar disambut oleh beliau dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh rakyat yang ada.Dato Seri Nizar turut diberi peluang oleh jawatankuasa penduduk untuk menyampaikan ucapan di dalam majlis tersebut dan Dato Seri Nizar di dalam ucapannya menyatakan bahawa,
JAKARTA - Sekumpulan penduduk Islam di Indonesia menggunakan duit emas dan perak semasa melakukan urus niaga harian di Jakarta.
Penduduk Islam itu merupakan pengikut Sheikh Abdalqadir as-Sufi iaitu seorang lelaki kelahiran Scotland yang telah memeluk Islam.
Pengikut-pengikut Sheikh Abdalqadir itu membeli-belah dengan menggunakan duit itu untuk membeli makanan, ubat-ubatan, pakaian dan kad telefon.
Nilai untuk satu duit syiling dinar emas ialah AS$153 (RM519) manakala dirham perak ialah AS$3.30 (RM10.80).
Pertubuhan Wakala Induk Nusantara (WIN) ialah badan yang mengedarkan duit emas itu di Indonesia.
"Kami memutuskan untuk menggunakan duit emas dan perak berikutan fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Abdalqadir di bandar Cape Town, Afrika Selatan yang melarang penganut Islam menggunakan wang kertas," kata seorang pegawai WIN, Riki Rokhman Azis.
Menurut seorang ibu tiga anak yang turut mengendalikan perkhidmatan pertukaran wang emas, Kurniawati, secara puratanya empat orang datang ke kedainya setiap hari untuk membeli beras, minyak masak, sabun dan pakaian.
Dia yakin dengan penggunaan wang emas setelah suaminya memberikan mas kahwin dengan menggunakan duit emas lapan tahun lalu. - AFP