Sunday, February 14, 2010
Takziah pada TG Ayah Chik dan Tuan Hj. Wahid Endut
Dua hari saya berada di Teluk Intan kerana menghadiri Majlis Perkahwinan sepupu kepada Isteri, dalam fatrah ini lah saya tidak dapat membaca dan maklumat secara pantas isu-isu dan berita terkini. Bukan tidak mahu membeli Media Cetak kebangsaan tetapi sudah 2 tahun kami memboikot UTUSAN, BERITA HARIAN dan Media Eletronik, Baru UMNO.
2 hari lepas, Ketua Pemuda cawangan Batu 6 ada memaklumkan pada saya yang adinda TG Hj Abdul Hadi Awang meminggal dunia disebabkan sakit lama tapi kami tahu keadaannya tidak seteruk mana memandangkan Ustaz Afzanizan ada memberitahu yang adinda ayah chik dalam keadaan stabil.
Tok Guru menenangkan (ust. mad) anak Hjjh Aisyah
Selang beberapa minit, Kami dimaklumkan yang adinda Ahli Parlimen Kuala Terengganu kemalangan di hujung Jalan Jambatan Sultan Mahmud berdekatan Pustaka Kuala Terengganu. Saya menghubungi anak ketiga Hj. abdul Wahid untuk pengesahan. "A'a, Bapa Saudara ana yang ketiga kemalangan dan meninggal" jawab Ustaz Abdul hamid dalam nada sedih.
Kami daripada UPU Pemuda PAS Pengkalan Arang mengucapkan Takziah kepada Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dan Tuan Hj. Abdul Wahid Endut, Semoga Allah tabahkan hati dan dapat meneruskan perjuangan bersama kami - AlFatihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment