Tuesday, February 23, 2010

MENJAWAB krtikan dari mohdnoorawang

( mohdnoorawang, inilah Ahli Parlimen Kuala Terengganu tu)

kami faham rintihan mohdnoorawang dalam http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2738 akan tetapi jangan terlalu singkat penilaian terhadap Hj. Abdul Wahid Endut. Bukan kerana dia tidak sempat ke Bandar atau area Bandar Kuala Terengganu dia tidak menjalankan kerja sebagai Wakil Rakyat. Kawasan Kuala Terengganu terlalu luas dan Yb memerlukan Jadual yang sistemetik untuk membuat lawatan dan kerja sebagai Ahli Parlimen, ADUN dan ketua keluarga. di kg. losong pun didalam Kawasan Kuala Terengganu. SEPATUTNYA mohdnoorawang perlu pergi ke saluran yg betul iaitu kepada Setiausaha Peribadinya untuk mengetahui perjalanan Hj. Wahid setiap hari. kami faham, mohdnoorawang nak sesempurna mungkin untuk memuaskan hati Rakyat, tetapi adakah kita membantu ISLAM untuk kekal memerintah dengan menyampaikan berita yang betul atau sekadar sebar Persepsi rambang mengikut akal singkat kita? andaipun kalah pada PRU 13 nanti, pertamanya kita Redha tapi TAK bererti kita mengalah sebelum berjuang.....

SEMUA WARGA KUALA TERENGGANU, kerja YB anda Pagi tadi....Berita Benar :

KUALA TERENGGANU, 23 Feb: Maklumat dan siasatan awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati tiada unsur khianat atau sabotaj dalam insiden kebakaran Tokong Ho Ann Kiong, Kampung Cina di sini, malam tadi.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika bergegas ke tempat kejadian memaklumkan, pihak bomba mengesahkan kejadian tersebut bukan perbuatan khianat mana-mana pihak.
"Saya bimbang takut usur khianat ke, tapi disahkan tadi tidak ada."Bomba sendiri sebut tadi, tapi dia masih siasat, cuma dia pesan tadi jangan timbul tuduhan- tuduhan," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam.
Menurut penduduk, asap tebal dilihat mula keluar dari bahagian atas bumbung bangunan tokong tersebut lebih kurang jam 9 malam.Mereka bagaimanapun tidak dapat masuk ke dalam bangunan tersebut untuk memadam kebakaran kerana pintu tokong berkunci.Difahamkan, penjaga tokong tersebut keluar untuk makan sewaktu kejadian berlaku.Ekoran itu, penduduk menghubungi pihak bomba dan dan polis.Pihak bomba yang tiba sejurus kemudian berjaya mengawal kebakaran kira-kira dua jam kemudian akibat api terlalu kuat.Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.Tokong tersebut antara yang tertua di negeri ini dengan usia lebih 200 tahun.Senibinanya juga agak unik dengan kebanyakan barang-barangnya diimport dari luar negara.

No comments: