Sunday, February 7, 2010

TENAGA APAKAH YANG ADA PADA MEREKA?

Bissmillahirrahmanirrahim

Tidak terkata saya seketika...melihat semangat kental yang diberikan oleh Allah SWA atas amalan yg tidak diketahui oleh kita kepada mereka.

Assyahid Hassan Albanna, tokoh MUDA yang cukup berkarisma

Saya tertanya-tanya, bagaimana cara hidup mereka dalam menguruskan rumahtangga, kerjaya dan dakwah. Usia muda di alam yang penuh kenikmatan dunia, jalan susah dan merbahaya juga pilihan mereka. kenapa semangat ini tiada dalam diri SAYA?

sebelum ini ketika musyawarah di Maktab. Mu'allim saya pernah bercerita kisah Nabi dan Sahabat yang memperolehi kekuatan dan tenaga mereka di medan Perang dengan cuacanya, senjata yang berat-berat diantara musabbabnya ialah Solat Berjemaah. ini kerana disitulah Aura sesama muslim bergelombang dan bercantum.

Ujian demi ujian diuji oleh Pemilik syurga kepada hambanya yg dicintai

tetapi, semangat tidak jugak hilang. Sakit bermuhasabah, sihat berjuang...Allahu akhbar

Dari sejarah 2 idola Pemimpin Islam di Malaysia (Tok guru Nik Aziz dan Tok guru Hj. Hadi) pun bermula diusia muda. ketika diawal perjuangannya, tok guru pernah seorang diri berada di Parlimen di atas tiket Parti Islam, selalu dicerca dan diherdik..tak jugak semangatnya hilang..pernah pak cik saya bercerita diawal 80an dulu. tok guru ayah zid pernah datang ke rumahnya dan meminta pertolongan kerana kereta yang membawa isteri dan anak-anak ke Parlimen rosak di kampung Bukit Guntong, tepoh Terengganu. Bermacam-macam ujian akan tetapi sampai hari ini tak BERHENTI lagi berjuang.

Sama juga Adindanya, Tok guru Hj. Hadi. ketika saya di Amman pada Tahun 2004. Senior saya yang berasal dari Kuching, Sarawak memberitahu saya ketika tahun 80an, hebuh tanah air yang Ulama' Muda round Malaysia memperkenalkan islam pada masyarakat. Tok guru pun bermula dari usia muda....dan bukannya indah bila berada ditempat ini. Pernah Tok guru ayah chik jatuh gaung sehingga Body Pajero JAU 14 tidak boleh digunakan lagi, ini terjadi ketika saya menuntut di Maahad Darul Quran rusila dan jatuh Lif di Timur Tengah dari tingkat 3 ke tingkat 1 menyebabkan kecederaan yang lama kembali semula. ini betul-betul terjadi tapi Tok guru tidak pulak memilik jalan untuk berehat tapi tak henti-henti jelajah Malaysia dan satu-satunya tokoh di negeri Terengganu ini yang kepimpinannya dipercayai untuk memegang Kerusi No. 1 Malasysia, Bukan 1 malaysia.

Jadi kenapa saya tidak memilih jalan yang mereka lalui dengan bayaran sedikit kesusahan untuk ke Firdausi. Adakah kerana saya masih lagi muda? atau masih sihat? ataupun tidak puas lagi mengecapi alam keseronokan? adakah kita percaya disaat ahkir kita dapat berubah atau kekal dengan hati yang HITAM? saya tahu PERIGI YANG BERSIH TIDAK AKAN MENGELUARKAN AIR YANG KOTOR. kenapa saya memilih jalan yang kelak menyusahkan saya? saya mesti berubah, saya mesti berjuang dari usia MUDA. saya mesti berada bersama Pejuang Muda di alam sana kelak. saya mesti bermula pada hari ini. saya mesti pergi tawarkan diri pada cawangan, DUN, KAWASAN atas nama Parti Islam bukan kebangsaan. Saya harus menggunakan tenaga MUDA ini untuk islam.

*Saya yang pertama adalah Shahr Albatnani

*Saya yang kedua adalah Pemuda yang membaca atikel ini

Wallahuaklam


No comments: