Wednesday, February 10, 2010

Hakimullah sah terbunuh : AL FATIHAH




Assyahid Hakimullah, IKON penentang perampas

PESHAWAR - Islamabad semalam mengesahkan kematian ketua Taliban Pakistan, :Hakimullah Mehsud akibat serangan peluru berpandu dilancarkan Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan Januari lalu.

:Pengesahan tersebut adalah kenyataan rasmi pertama oleh kerajaan Pakistan mengenai status sebenar kematian Hakimullah.

:Berita kematian Hakimullah mula menular selepas AS melancarkan serangan ke atas kubu kuat Taliban di barat laut Pakistan.

Dia dilaporkan maut akibat kecederaan parah selepas terkena bedilan peluru berpandu.

Taliban menafikan laporan tersebut dan ber:janji membuktikan Hakimullah masih hidup.

:Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rehman Malik dan seorang pegawai kanan perisikan menegaskan bahawa Hakimullah sudah terbunuh.

Namun, tiada maklumat terperinci diberikan mengenai bila dan bagaimana dia mati.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my

No comments: