Tuesday, February 2, 2010

Pencetus Inovasi Dewan Muslimat MENINGGAL DUNIA - ALFATIHAH

Bonda Hajjah Kalthom Othman Kembali Kerahmatullah

Kami daripada PAS UPU Pengkalan Arang mengucapkan takziah kepada seluruh kaum keluarga bonda Allahyahamah Hajjah Kalthom Othman, Semoga roh bonda bersama di kalangan mujahidah yang solehah...Amin



PASIR PUTEH, 3 Feb: Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Kalthom Othman, 61, kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.


Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.


Allahyarhamuha adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing.


Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu akan disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh. Al-Fatihah


www.harakahdaily.net

Credit kepada : http://pemudabatuenam.blogspot.com


No comments: