Sunday, February 14, 2010

PETANDA AKHIR KIAMAT


yang baik dipandang serong...yang salah diangkat dan dijulang sebagai wira

Rasanya tidak perlu diperjelas dengan lebih lanjut mengenai isu diskriminasi hukuman rasuah yang sedang berlaku di negara kita. Samada ada sangkal atau tidak, sekurang-kurangnya gambar selepas ini boleh menceritakan segala-galanya.

Zheng Xiaoyu yang merupakan Bekas ketua industri makanan dan ubat China telah pun selamat dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Beijing kerana rasuah dan mengabaikan tugas.

Zheng, 62, merupakan pengarah pertama jabatan pentadbiran negeri dan ubat (SFDA) pada 1998 sehingga dia diberhentikan pada Jun 2005.

Zheng yang disiasat dan dipecat daripada parti komunis pada Mac, dibicarakan sejak 16 Mac kerana didakwa mengambil rasuah lebih daripada 6.4 juta yuan (RM2.9 juta) dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap tugas.

Apa yang anda semua boleh gambarkan dan jelaskan daripada 2 berita harian yang berbeza dari gambar-gambar di atas?

Sumber dari : http://briged-akhdor.blogspot.com

No comments: