Thursday, February 11, 2010

PUTUS KAKI : Jadi-jadi la dik..


3 hari lepas, kampung pengkalan arang di kejutkan dgn kemalangan ngeri budak kampung batu enam yang mati selepas motor yang ditungganginya tiba-tiba berhenti mengejut seperti rantai terlekat di tayar ketika dalam kelajuan 140km sejam menyebabkan budak itu jatuh dan tercampak di pembahagi jalan sehingga mati kerana kecederaan teruk di kepala. Ianya berlaku betul-betul di depan Bangunan Tarbiyyah PAS UPU Pengkalan Arang. Berbagai aktiviti kami lakukan agar dapat membuka minda dan mata anak muda agar tidak membazirkan masa dan nyawa untuk ke neraka. semalam pulak satu lagi trajedi yang membuatkan kami tak dapat tidur malam utk mencari jalan menyelesaikan masalah anak muda yang beragama islam ini..

HILANG KAKI UJI MOTOR

KUALA TERENGGANU: Dia bekerja sebagai mekanik dan mahu mempamerkan kemahiran dengan menguji kelajuan motosikal rakannya yang baru diubah suai.
Bagaimanapun, tindakan berani remaja itu menyebabkan dia menyesal seumur hidup apabila kaki kanan putus selepas terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal lain berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini, awal pagi semalam.


Lebih memilukan, rakannya yang turut terbabit kemalangan itu menyangka hanya seluar dipakai mekanik itu terputus apabila melihat cebisan kain tersangkut pada pembahagi jalan dan tidak menghiraukannya kerana mahu segera menghantarnya ke hospital.


Namun, sebaik memerhatikan lebih dekat, rakannya terkejut mendapati cebisan yang terlekat itu ‘berisi’ kaki mekanik terbabit menyebabkan dia pucat lesi lalu segera menelefon ambulans.


Mekanik berkenaan, Mohd Syafiq Ramli, 17, dari Kampung Kijing, Marang, dikatakan menunggang laju bersama tiga rakannya sebelum berlanggar sesama sendiri di jalan berkenaan.


Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari bekerja menaiki kereta sebelum melihat sekumpulan remaja bermotosikal memecut laju dari persimpangan lampu isyarat bandar Kuala Terengganu menuju Manir sebelum berlaku kemalangan.

“Remaja berkenaan menunjukkan pelbagai aksi berbahaya dan memecut laju sambil diekori rakannya sebelum seorang daripada mereka terbabas dan berlanggar sesama sendiri.


“Saya nampak seorang remaja yang menaiki Honda Wave dari arah sama bergesel dengan sebuah motosikal lain dan gagal mengawal kenderaan menyebabkan dia terbabas ke pembahagi jalan,” katanya.


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu, mangsa menaiki motosikal Yamaha 125Z milik rakannya bagi menguji enjin kenderaan itu yang baru diubah suai.


Namun akibat terlalu ‘melayan’ kehebatan eksperimennya itu, dia gagal mengawal kenderaan berkenaan.


Rempuhan kuat itu menyebabkan kaki kanan mangsa terputus dipercayai akibat tersepit pada pembahagi besi tengah jalan itu selain mengalami luka.


Kakak sulung mangsa, Syafikah Ramli, 23, yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, adiknya keluar rumah kira-kira jam 10.30 malam untuk bertemu rakan dan terkejut apabila menerima panggilan telefon mengatakan Mohd Syafiq terbabit kemalangan jalan raya.


Katanya, pada mulanya dia tidak percaya berita itu kerana adiknya keluar rumah menaiki motosikal Yamaha Ego miliknya sebelum bertukar menunggang motosikal Yamaha 125Z milik rakannya.


Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Terengganu, Asisten Superintendan Ismail Man ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan awal mendapati remaja terbabit tidak mempunyai lesen memandu.


“Dia dipercayai menunggang laju bersama rakan sebelum bergesel dan terbabas. Akibat merempuh penghadang jalan, kakinya terputus dan kita masih siasat kejadian ini,” katanya.

Sumber : metro online

1 comment:

Unknown said...

Salam. Kematian di jalan raya Malaysia lebih ramai daripada mujahid yang syahid menentang kuffar di Afganistan. Di sini ramai yang mati sia-sia tetapi di Afganistan, mereka mati ketika sedang mempertahankan agama dan tanah air. Masih lagi orang kata kita beruntung kerana hidup aman damai? Hairankan?