Wednesday, January 27, 2010

PUNCA KEMALANGAN DS NIZAR : SEMUA TOYOTA CAMRY DITARIK

Toyota gantung jualan Camry di AS


SEBUAH kereta Toyoya Camry dipamerkan di sebuah pusat jualan di San Rafael, California pada 21 Januari lalu.


WASHINGTON - Pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota menggantung jualan kereta Camry dan tujuh model lain di Amerika Syarikat (AS) bagi membaiki masalah pedal minyak.

Masalah itu membahayakan pemilik kenderaan kerana kereta yang dipandu mereka boleh memecut secara mendadak.

Penggantungan jualan itu yang diumumkan kelmarin melibatkan lapan model kenderaan Toyota di AS iaitu Camry dari 2007-2010, Corolla 2009-2010, RAV4 2009-2010, Matrix 2009-2010, Avalon 2005-2010, Highlander 2010, Tundra 2007-2010 dan Sequoia 2008-2010.

Toyota turut menggantung pengeluaran model-model kenderaan itu di lima buah kilangnya di AS dan Kanada bermula 1 Februari ini bagi menilai dan menyelaras aktivitinya.

Terdapat 2.3 juta kenderaan yang terbabit dalam pemulangan semula itu kerana pedal minyak yang tersangkut akibat masalah mekanikal.

Beberapa bulan lalu, Toyota memanggil semula 4.2 juta kenderaan kerana masalah pedal minyak yang tersangkut di bawah karpet lantai.

Masalah tersebut yang melibatkan beberapa jenama Toyota di AS dan Eropah telah memalukan pengeluar kereta nombor satu dunia itu.

Setakat ini, Toyota menyatakan ia tidak pasti sama ada masalah pedal minyak itu telah menyebabkan kemalangan atau kecederaan tetapi tidak menolak ia mungkin berlaku.

"Tindakan ini perlu dilakukan sehingga kami dapat mencari satu penyelesaian muktamad," kata Timbalan Presiden dan Pengurus Besar Kumpulan Toyota, Bob Carter.

Model Camry merupakan kenderaan Toyota paling laris di AS apabila 34,000 buah kereta itu dijual sepanjang Disember tahun lalu. - AP

SUMBER : http://www.kosmo.com.my

No comments: