Monday, March 8, 2010

ALFATIHAH : Hj. Mustaffa Bin Abdul Rahman


Isnin 7 Mac 2010 : Penjaga kepada Ketua Pemuda UPU P.A.S Pengkalan Arang Haji Mustaffa Bin Abdul Rahman telah kembali kerahmatullah pukul 4 petang semalam selepas hampir 10 tahun menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Diantara yang menziarahi jenazah ialah Cikgu syukrimun (Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus-PAS), Dato' Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri (Ahli Parlimen Kuala Nerus-BN), Dr. Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal-PAS), JawatanKuasa PAS Kawasan Kuala Nerus dan Jawatankuasa UMNO Kuala Nerus.

Solat diimamkan oleh anak sulung beliau Lutpi Mustaffa Albatnani diiringi masyarakat setempat dan dikebumikan pada pukul 9.30 malam. Kami mengucapkan Takziah kepada Keluarga Arwah dan marilah kita sama-sama membaca Surah ALFATIHAH untuk dihadiahkan kepada Allahyarham Hj. Mustaffa Abdul Rahman.

No comments: