Monday, March 1, 2010

kotak berinsulasi ikan : NOH OMAR sombong!!


LKIM Sokong Cadangan Kerajaan Tidak Wajibkan Penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi
March 10, 2009 19:23 PM Printable version of this news

http://www.bernama.com.my/kpdnhep/news.php?id=395182&lang=my

PAPAR, 10 Mac (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyambut baik cadangan kerajaan agar tidak mewajibkan penggunaan kotak ikan berinsulasi dikalangan para pemborong dan nelayan di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata tujuan dan niat LKIM memperkenalkan kotak itu adalah murni iaitu untuk memastikan kesegaran dan kualiti ikan.

"Penggunaan kotak ikan berinsulasi di kalangan pemborong dan nelayan dilihat mampu mengekalkan kesegaran ikan sebelum dipasarkan kepada orang ramai.

"Bagaimana pun, LKIM akur dengan keputusan kerajaan seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed selepas mendapat bantahan ramai berhubung penggunaan kotak berkenaan di kalangan pemborong dan nelayan di negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Penggunaan kotak ikan insulasi itu didakwa turut menjejaskan pendapatan nelayan dan pemborong berikutan kos penggunaannya berbanding penggunaan kotak sedia ada.

Abdul Rahim berkata demikian ketika diminta menggulas keputusan kerajaan tidak mewajibkan penggunaan kotak insulasi di kalangan para pemborong dan nelayan di seluruh negara.

Beliau seterusnya berharap para nelayan di seluruh negara kini memberi fokus terhadap tangkapan dalam memastikan bekalan ikan adalah mencukupi.

Abdul Rahim juga menolak dakwaan semua pemborong ikan dan nelayan memboikot penggunaan kotak ikan berinsulasi itu sehingga menyebabkan kekurangan bekalan ikan di pasaran tempatan.

Katanya kekurangan bekalan ikan dipasaran adalah disebabkan keadaan cuaca dan bersifat sementara sahaja.

"Inikan musim tengkujuh, sebab itulah harga ikan meningkat di beberapa tempat. Saya percaya keadaan ini tidak akan berlanjutan lama dan ia bersifat sementara waktu sahaja," katanya.

Beliau berharap agar para pemborong dan nelayan tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga ikan seperti yang berlaku sebelum ini.

Pada masa yang sama, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memberikan insentif kewangan kepada pemborong yang menggunakan kotak ikan berinsulasi, katanya.

-- BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

ntah - ntah syarikat kroni mereka dan keluarga mereka yang akan monopoli bisnes kibt ni kot?? nak jual xlaku maka paksa pemborong beli..