Monday, March 29, 2010

Gambar : bencana tanpa gegaran di UMT Terengganu

Nak cerita pun, 1Malaysia 1DUNIA dah tahu..sampai kan Thailand berhenti demonstrasi sekejab nak tengok bencana di Darul Runtuh ni....Bangganya Warga BN.....











  • Kenyataan Rasmi TG Nik Aziz selepas dilantik semula sebagai Mursyidul AM PAS

    Kenyataan Media Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

    Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

    Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

    Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

    Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

    Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

    Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

    Sekian, wassalam.

    TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

    Bertarikh : 29 Mac 2010

    sumber : tranungkite.net

    Tiada noktah dalam PERJUANGAN



    ilmu ibarat cahaya yang terang...selagi ianya hidup, manusia tersangat memerlukannya


    KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.

    Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

    Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.

    "Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari iorg lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan.

    "Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini.

    Mengulas lanjut beliau berkata, keuzuran Tuan Guru Nik Aziz bukan masalah besar kerana belaiu akan dibantu ahli mesyuarat yang lain.

    "Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individulistik tetapi dibuat secara kolektif," tambahnya lagi.

    Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri.

    Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

    Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

    Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

    Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.

    "Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar kita tidak meminta jawatan, kita tidak berebut jawatan dan islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.

    Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

    Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini.

    www.harakahdaily.net

    Sunday, March 28, 2010

    BUKU TERBARU TOKOH


    Assalamualaikum,

    Kepada yang berminat untuk menjadi wakil pengedar buku-buku tulisan Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, anda boleh dapatkan maklumat di http://stormreaders.org.

    Sekian adanya, Barakallahufeeq. Terima kasih.

    "Sampaikanlah olehmu daripadaku walau sepotong ayat"


    stormreaders.org

    Friday, March 26, 2010

    Negara Kaya yang takutkan Allah SWA



    Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
    Zain menegaskan, andai diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat tuhan.

    "Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukan sahaja tapi semua yang berada di negara ini"

    "Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak"

    "Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnyanya.-AP

    Admin: Allahu akhbar, inilah Iman seorang Menteri yang takutkan Allah walaupun dilimpahi nikmat? Jawapannya dari hati yang bersih.

    Ehsan: Harian Metro (24/03/2010)

    Ruginya sesiapa yang ketinggalan..






    500 berkumpul di kedutaan Sweden bantah akhbar hina Nabi


    KUALA LUMPUR, 26 Mac: Lebih 500 Pemuda PAS dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di kedutaan Sweden hari ini bagi membantah tindakan tiga buah akhbar Sweden menyiarkan lukisan menghina Nabi Muhammad s.a.w.

    Mereka berarak bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak selepas solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan dengan membawa pelbagai kain rentang, sepanduk dan poster yang mengecam tindakan akhbar-akhbar berkenaan.

    Mereka turut melaungkan 'Kasih nabi', 'Cinta Nabi', 'Biadap Sweden dan 'Jahanam Sweden' sepanjang perarakan.

    Satu memorandum bantahan juga berjaya diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan kepada Duta Sweden Helena Sangeland dalam pertemuan mereka.

    Turut serta dalam penyerahan tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ahmad Sabki Yusof dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

    Memorandum tersebut antara lain mendesak kerajaan Sweden mengambil tindakan terhadap akhbar dan pelukis karikatur yang menghina pemimpin ulung umat Islam itu.

    Berucap kepada persrta himpunan selepas serahan itu, Nasruddin berkata perbuatan pelukis karuikatur dan akhbar yang menyiarkannya adalah biadap dan telah mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam dunia.

    "Betapa biadab dan jahanamnya mereka.

    "Kita mintak mereka mengambil tindakan tegas ke atas pelukis dan akhbar yang menyiarkan karikatur ini," katanya disambut laungan takbir peserta himpunan.

    Beliau juga meminta akhbar berkenaan memohon maaf kepada umat islam seluruh dunia di atas tindakan yang telah mengguris hati tersebut.

    Sabki dalam ucapannya pula berkata mana-mana pihak tidak boleh menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda begitu istimewa bagi setiap umat Islam.

    "Kita menyatakan kepada mereka bahawa Nabi Muhammad s.a.w berada di tempat yang istimewa dalam hati umat Islam," katanya.

    Manakala Jais yang turut berucap menyatakan pendirian GPMS bersama dalam isu ini dan tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menghina Islam.

    Perarakan anjuran Dewan Pemuda PAS ini turut disokong oleh 19 NGO Islam yang lain.

    Selain melaungkan suara bantahan, Nasrudin bersama beberpa peserata himpunan turut membakar bendera negara itu.

    Sementara itu, beliau juga turut mengutuk tindakan terbaru Zionis Israel yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan membina kuil yahudi pada 16 Mac lalu.

    Zionis juga jelasnya telah berjanji akan membina sekurang-kurangnya 62 lagi kuil di sekitar masjid suci umat Islam itu.

    Sumber : Harakahdaily

    Confirm KERAJAAN UMNO Terengganu tiru lepas ni..


    Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.

    Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.

    Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

    Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

    Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

    Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

    “Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

    “Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

    Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan.


    Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

    Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya.

    Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul.

    “Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut.


    “Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya.

    Program dua itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam.

    Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

    Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelancongan.

    Sumber : Harakahdaily

    Wednesday, March 24, 2010

    Program ULUL ALBAB dah nampak HASILNYA?

    Roslan menunjukkan dadah yang dirampas daripada seorang bekas atlet dan tiga rakannya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu semalam.

    KUALA TERENGGANU - Taktik seorang bekas atlet sepak takraw wanita kebangsaan menggunakan bilik hotel untuk memproses dan mengedar pil kuda terbongkar apabila dia ditahan dalam serbuan di Jalan Cerong Lanjut di sini Ahad lalu.

    Artis pun Manusia Melayu yang perlukan makanan rohani...apatah lagi yang mempunyai peminat yang ramai...kerajaan sikuler UMNO jangan fikirkan bagaimana nak habiskan duit melalui program sahaja tapi kesan yang kamu akan dapat selepas nazak nanti!

    Monday, March 22, 2010

    ALHAMDULILLAH : Pejuang kita selamat sampai....

    Alhamdulillah, terpancar kegembiraan Pejuang-pejuang Islam yang baru pulang dari Melaka selepas tiga hari dua malam "bercuti" disana. Banyak cerita dan berita yang dibawa balik oleh mereka dan membawa balik semangat untuk meneruskan dakwah dibidang baru ini. Ternyata, hubungan Pemimpin dengan ahli menjadi rapat setelah susah senang bersama dalam program konvoi ini. Insya allah, Pemuda DUN memandang serius program sebegini sebagai jalan penyelesaian dalam Gejala Mat Rempit. kita memahat sejarah...Umno, Jom la tiru...jangan malu-malu.

    Orang Muda!!! Tunggu Jembori ARC Terengganu

    KEHEBATAN bilamana ULAMA' menjadi PAYUNG Non-Muslim

    Kunjungan Presiden mengharukan keluarga mendiang Siva

    21 Mac, Langkap : Dalam ucapan menyampaikan takziah dan rasa simpatinya kepada keluarga mendiang Siva yang telah dibunuh beberapa hari yang lalu, Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang berkata bahawa peristiwa tersebut lebih memberi semangat kepada PAS untuk terus berjuang membuat perubahan didalam negara ini

    "Tiada kehebatan undang-undang ; cuma yang ada ialah kehebatan penguatkuasaan undang-undang sehingga banyaknya berlaku jenayah – jenayah yang berat-berat ; makin hari makin parah," katanya.

    Beliau telah berkunjung ke rumah balu mendiang Siva di sini tengahari tadi untuk menyampaikan sedikit sumbangan dari PAS Pusat selain mengucapkan takziah kepada keluarga yang malang itu.


    Balu mendiang Siva(baju merah) bersama 3 anak lelakinya

    Balu mendiang Siva bersama 3 anak-anaknya berasa sungguh terharu menerima kunjungan TGHA bersama isteri beliau.Turut hadir menyambut ketibaan Tuan Guru disitu ialah Pesuruhjaya Negeri Ust Abu Bakar Hussin bersama Timbalannya, Ust Mustafa Shaari dan beberapa wakil rakyat PAS dan pemimpin-pemimpin lain.

    Toh Puan Zainab bersama Muslimat tempatan turut
    menyatakan rasa simpati kepada keluarga mendiang Siva

    Tuan Guru menyatakan, “Pemimpin yang adil akan mempunyai sikap yang berani dan menyebabkan penjenayah takut.Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang ini zalim kerana itu, ia takut dan penjenayah-penjenayah berani.Kerana inilah perlunya kita perlu memilih kerajaan yang adil.”

    Kenangan bersama TGHA

    Beliau menyeru supaya meneruskan perjuangan mendiang Siva dengan bersungguh-sungguh sebagai menghargai dan mengenang jasa beliau yang telah begitu berjasa berjuang bersama jemaah.

    Sumber : http://alhusseyn51.blogspot.com

    Saturday, March 20, 2010

    IKAN PURBA ziarah Kelantan?



    PASIR PUTEH 19 Mac – Jeti Pengkalan Kekal Lestari iaitu kawasan pendaratan ikan di Tok Bali dekat sini menjadi tumpuan ramai apabila sebuah bot nelayan menunda masuk seekor ikan dipercayai spesies yu seberat kira-kira dua tan metrik dan sepanjang tujuh meter kira-kira pukul 11 pagi ini.

    Ia merupakan kali pertama ikan sebesar itu didaratkan di jeti tersebut sejak ia mula beroperasi.

    Ikan itu hanya berjaya diangkat kira-kira pukul 5 petang ini menggunakan kren bot nelayan tersebut selepas beberapa kali cubaan berbuat demikian gagal.

    Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai berpusu-pusu di jeti tersebut untuk melihat ikan berkenaan.

    Tekong bot itu, Ek Chai Suwanpong, 46, berkata, ikan itu ditemui mati dan terapung berhampiran sebuah pulau di sekitar perairan Kuala Besar dekat Kota Bharu yang kemudiannya ditunda ke Tok Bali sejauh 20 batu nautika.

    Dia yang juga seorang warganegara Thailand berkata, ikan itu terpaksa diikat dan ditunda kerana khuatir botnya yang sudah sarat dengan hasil tangkapan itu tidak dapat menampung berat ikan tersebut dan boleh menyebabkan ia karam.

    “Ketika keluar dari kawasan perlindungan (pulau) kerana laut bergelora dan angin kencang malam tadi, kami temui ikan ini kira-kira pukul 8 pagi tetapi ia sudah mati.

    “Berat ikan menyebabkan bot kami bergerak amat perlahan sehingga mengambil masa lebih tiga jam untuk sampai ke jeti,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

    Sementara itu Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan negeri, Azhar Jusoh berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti jenis ikan itu tetapi berdasarkan pengamatan awal ia mungkin dari spesies yu.

    Katanya, bangkai ikan itu akan ditanam bagaimanapun selepas dua minggu pihaknya akan mengorek semula tulangnya untuk tujuan kajian.

    “Melalui kajian ini kita akan dapat mengetahui jenis ikan ini dan kenapa ia boleh sesat ke perairan negara ini serta sebab kematiannya,” katanya.


    sumber : Bernama

    Friday, March 19, 2010

    Terima kasih ARC PAS MELAKA

    Sekarang ini rombongan ARC PAS Terengganu telah dibawa untuk mengelilingi Bandar Raya Bersejarah dan mencari kesan-kesan sejarah yang ada di Negeri Melaka. Mungkin jika di Terengganu, banyak masjid-masjid yang ada tapi kurang jemaahnya kecuali di Masjid yang diuruskan oleh Parti Islam. disebabkan itulah Parti Sikuler tidak lawak mentadbir masjid, apatah lagi NEGARA. Dalam rombongan ini, diantara yang pergi, kebanyakkannya ketua-ketua Pemuda Cawangan. Harap mereka bawa balik berita tentang suasana, semnagat dan penerimaan Masyarakat disana dengan Islam. Kurang-kurang kita ada perkara yang baik, boleh kita bawa balik yang cuba laksanakan dinegeri kita.

    Saya difahamkan oleh rombongan yang PAS Melaka banyak membantu dari segi penginapan, makanan dan pemandu arah tuju. Pagi ini ARC Melaka mewakili wakil nya telah membaca sahabat ARC Terengganu untuk ronda-ronda sekitar Bandar Melaka. Semoga ukhuwwah diantara kita akan berkekalandan mendapatkeredhaan Allah S.W.A...Amin

    Thursday, March 18, 2010

    NI KE YANG SEBENARNYA YANG DIA NAK??

    BUANG LA KOPIAH TU....TAK SAMA DENGAN ZAHIR KAMU.....TAK ADA KOPIAH BARU BOLEH KIRA BERAPA JUTA DAPAT......BUKA, TOLONGLA BUKA...

    Wednesday, March 17, 2010

    BAHAYA MUNAFIQ DIANTARA KITA


    Ramai yang terkejut dengan ketidakmatangan seorang yang bakal menjadi ahli umno bila mengambil peluang sidang parlimen sebagai tempat untuk meluahkan perasaan yang tidak menguntungkan rakyat iaitu Zahrain Mohamed Hashim yg sanggup jadi dalang kepada sesiapa sahaja yg berduit.

    terasa bersyukur bila mana ramai munafiq yang menunjukkan muka tak malu, curang terhadap perjuangan keluar dari parti dan terlalu nampak mereka menjadi hamba duit yg disedekahkan umno daripada duit rakyat.

    mari la semua umat islam, kita berdoa agar kezaliman berkubur bersama ketuanya sekali. tidak tertanggung melihat agama dipermainkan dan rakyat diperbodohkan.

    إخوان الأردن يدعون للجهاد ضد اليهود

    Posted by Mohd Khairul Mohd










    دعا المراقب العام لجماعة الإخوان المسلمين في الأردن الدكتور همام سعيد إلى "الجهاد ضد المصالح اليهودية وسفاراتها في الدول العربية والإسلامية".

    وقال سعيد في كلمة ألقاها أثناء اعتصام نفذته فعاليات شعبية وحزبية أردنية ظهر أمس الثلاثاء تضامنا مع القدس والمسجد الأقصى، إنه لا يجوز أن تبقى هذه المصالح والسفارات آمنة، داعيا الشباب إلى الجهاد ضدها.

    واعتبر أن "اليهود وما يملكون أهداف لأبناء الأمة لأن الحرب بدأت وأصبح الجهاد فرض عين على الأمة كلها".

    كما طالب سعيد "النظام الأردني" بإلغاء معاهدة وادي عربة التي اعتبر أن لا معنى لها "بعد أن نقضها اليهود"، وقال إن "معاهدة الشؤم نصت على مسؤولية الأردن الرسمية عن القدس والمسجد الأقصى"، كما دعا "القوات المسلحة لأن تقوم بدورها".

    وانتقد قرارات محكمة أمن الدولة التي حكمت بالسجن 15 عاما على شبان "خططوا للجهاد" في قطاع غزة.

    أردنيون احتشدوا أمام مجمع النقابات المهنية تلبية لدعوة الحركة الإسلامية
    قادر على الزحف
    من جهته قال القيادي في حزب الوحدة الشعبية عبد المجيد دنديس إن الشعب الأردني قادر على الزحف لإزالة "وكر الجواسيس" –السفارة الإسرائيلية- إذا لم تتخذ الحكومة قرارا بقطع العلاقات مع العدو الصهيوني.

    وكان المئات من الأردنيين قد احتشدوا أمام مجمع النقابات المهنية تلبية لدعوة الحركة الإسلامية باعتبار يوم الثلاثاء يوما للغضب من أجل القدس والأقصى في ذكرى افتتاح يهود لكنيس الخراب بجانب المسجد الأقصى المبارك.

    ورفع المعتصمون صورا للمسجد الأقصى ولأعمال الحفريات التي تنفذها الحكومة الإسرائيلية، وهتفوا للقدس والأقصى والمقاومة، كما دعا متحدثون في الاعتصام الشعوب العربية والإسلامية إلى إسناد الانتفاضة الجديدة.

    كما شهدت الجامعة الأردنية ظهر أمس الثلاثاء مسيرة حاشدة شارك فيها الآلاف من الطلاب الذين عبروا عن غضبهم تجاه ما يتعرض له الأقصى.

    وردد الطلبة المشاركون في المسيرة التي دعا إليها الاتجاه الإسلامي في الجامعة هتافات من بينها "بالروح بالدم نفديك يا أقصى"، و"نتنياهو يا خسيس في الأقصى ما في كنيس"، و"من الأقصى لعمان كلنا فدى الأوطان".

    وشهدت مدن أردنية ومخيمات للاجئين مساء أمس الثلاثاء مسيرات ومهرجانات تندد بالإجراءات الإسرائيلية ضد القدس والمسجد الأقصى والمقدسات الإسلامية.



    Ikhwan Jordan Seru Jihad Lawan Yahudi

    Muraqib Am jemaah Ikhwanul Muslimin (Jordan), Syeikh Dr. Hammam Said dalam ucapannya menyeru seluruh ummat untuk menentang segala bentuk kepentingan Yahudi samada di negara arab atau di negara Islam lainnya.

    Beliau menyentuh mengenai hasrat tertentu Yahudi ke atas setiap anak bangsa dan menyeru golongan muda untuk bersatu menentang keganasan ini. Jihad telah menjadi kewajipan kepada seluruh bangsa.

    Dalam pada itu, ratusan rakyat Jordan berdemonstrasi membantah operasi serangan ke atas Masjid al-Aqsa. Mereka mengangkat gambar Masjid al-Aqsa dan gambar penggalian yang dilakukan kerajaan Israel. Mereka berteriak sambil menyeru untuk mencetus Intifadhah baharu.

    Pada Selasa lalu juga menyaksikan ribuan mahasiswa melaungkan pelbagai slogan antaranya "Kami mengorbankan darah kami, kami mengorbankan diri untuk anda".

    Sumber : http://bustanmawaddah.blogspot.com

    Rumah Ahli Parlimen Diserbu

    Posted by Mohd Khairul Mohd













    Rabu , 17/03/2010 -
    Tentera Rejim Zionis telah membuat serbuan ke atas rumah milik Ahli Parlimen Mohammed Abu Juhaisha di perkampungan Beit Ola, selatan Al-Khalil, Ahad lalu, menurut sumber tempatan.
    Tambah sumber itu, sebilangan besar tentera telah menggeledah rumah Ahli politik tersebut tanpa mempedulikan kekebalan politik beliau dan menyoal siasat sebelum memberitau beliau untuk membuat laporan kepada ibu pejabat Perisikan Israel di Etzion, utara Al-Khalil pada 17 Mac 2010. Pemimpin Hamas di Tebing Barat mengecam serbuan Rejim Zionis pada waktu senja ke atas rumah Abu Juhaisha, sambil menambah bahawa tindakan itu bertujuan untuk melemahkan semangat juang Ahli Parlimen dan melumpuhkan usaha mereka. sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

    Penulis - Apa bezanya dengan Malaysia?

    sumber : http://bustanmawaddah.blogspot.com

    Selamat Pengantin baru Ahmad Suhail

    Kami dari Pemuda PAS UPU Pengkalan Arang mengucapkan Tahniah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kepada Ketua Pemuda PAS Teluk Ketapan, Seberang Takir yang juga Anak Sulung AlFadhil Ustaz Zakaria Dagang.

    Rombongan kami dari Seberang Takir dianggarkan lebih kurang 100 orang dengan lebih dari 20 buah kenderaan mengiringi pengantin.

    Majlis aqad nikah berlangsung di Masjid Ar-Raudhah, Kem Tentera Udara, Bukit Puteri. Ia disempurnakan oleh Ustaz Mohd Zin Hassan, Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Besut. Manakala kenduri diadakan di Kampung Padang Luas.

    Antara para pemimpin PAS yang turut memeriahkan majlis kenduri itu ialah Ahmad Sabki Yusof (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu) dan Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (Yang Dipertua PAS Kawasan Besut).

    Saturday, March 13, 2010

    APA RUMUSAN ANDA?

    Seniwati Veteran, Azean Irdawaty Tidak Percaya Anaknya Benjy Terlibat Dengan Sindiket Dadah!


    KUALA LUMPUR, 12 Mac [8.00 pm] - Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah. "Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya. Portal berita dalam talian dan akhbar hari ini menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000. Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis. Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah. Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya. Hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek didapati mereka positif syabu. Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.

    Benjy Kemungkinan Dihukum Mati Mandatori

    Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan. “Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,” Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya. Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif. “Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada. “Lagipun Kak Yan ‘Google’ (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.

    [Melihat kepada penjelasan oleh Azean Irdawaty ini, terbukti biarpun dia adalah seorang pelakon terkenal namun dia gagal untuk membaca lakonan si anaknya sendiri. Jika benar bagai dikata yang anaknya senantiasa pokai dan menghadapi masalah kewangan, kenapakah Benjy mampu untuk tinggal di sebuah kondominium mewah itu agaknya. Apakah pelakon itu tidak pernah pergi ke rumah anaknya atau sengaja terkejut dengan apa yang berlaku. itu Malah, ujian klinikal juga telah membuktikan anaknya itu positif dadah. Bukan semua orang yang terlibat dadah kurus kering seperti yang diperkatakan, malah ramai juga yang kelihatan sihat dan tidak ada tanda-tanda terlibat dengan gejala yang tidak sihat itu sebenarnya].

    Friday, March 12, 2010

    ISU KELUAR PARTI : Tengak tafsiran bijak!



    ISU KELUAR PARTI : Tengak tafsiran bijak! melayu jadi bodoh bila bersama UMNO dan BN.

    Krisis "keluar parti" yang melanda PKR baru-baru ini mendapat liputan yang luas di dada akhbar. Berbanding media cetak bahasa Melayu yang menonjolkan masalah kepimpinan PKR secara khususnya, media cetak bahasa Cina sebaliknya, lebih menyasarkan kepada individu yang keluar parti.

    Dengan kata lain, walaupun fenomena "keluar parti" ini mengundang persepsi negatif terhadap PKR secara umumnya, tetapi jika diteliti, wujudnya dua penafsiran yang jelas berbeza, antara akhbar Melayu dengan akhbar Cina.

    Ketika mengulas isu ini, akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mempertikaikan halatuju perjuangan PKR, yang kononnya membelakangi kepentingan Melayu-Islam. Sebaliknya, isu halatuju perjuangan PKR tidak diungkit oleh media Cina, tetapi integriti individu (yang keluar parti) yang dipersoalkan. Tidak dinafikan, fenomena "keluar parti" semestinya menghakis keyakinan khalayak ramai terhadap PKR, tetapi ia juga difahami sebagai strategi Barisan Nasional untuk menyerang musuh politiknya.

    "Musuh dalam selimut" musuh


    berbangga menjadi seorang yg CURANG!!!!

    Nanyang Siang Pau, dalam satu komentar politik yang disiarkan di muka surat A2, berjudul "Senjata Terbaik", memetik Seni Perang oleh Sun Tzu, bahawa strategi terbaik untuk menjahanamkan musuh adalah dengan menggunakan "musuh dalam selimut" musuh (atau kuda trojan).

    Komentar ini bermula dengan "senjata yang terbaik di dunia bukanlah bom nuklear atau bom atom, bukan pistol malah bukannya pisau, tetapi taktik untuk melaga-lagakan satu sama lain, malah meleraikan rakan seperjuangan yang rapat menjadi musuh yang bertentangan...".

    Ini kerana "musuh" dalam selimut musuh inilah yang paling memahami kelemahan dan segala strategi dalam kem dirinya, dan apabila orang sedemikian digunakan untuk melawan balik orang yang berada dalam selimut bersamanya, ia merupakan senjata yang paling berkesan.

    Malah, penulis ini melontarkan kemungkinan Fairus menembak balik Pakatan Rakyat, setelah keluar dari PKR. Misalnya, Fairus boleh berkempen untuk menyerang DAP dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, yang juga merupakan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang.

    Seandainya ramalan di atas menjadi kenyataan, penulis menjangkakan bahawa MCA dan Gerakan mungkin berdepan dengan dilema. Ini kerana pemimpin MCA dan Gerakan menjadikan Fairus Khairuddin sebagai sasaran kritikan, semasa beliau berada dalam PR. Tetapi bagaimana MCA dan Gerakan berdepan dengan Fairus yang seketika dahulu disifatkan sebagai tidak berkebolehan, lemah, tidak berkhidmat dan sebagainya, setelah Fairus diterima oleh komponen parti terbesar BN?

    "Sesungguhnya tiada kawan dan musuh yang selama-lamanya dalam politik. Tetapi apabila musuh kepada musuh anda menjadi kawan, dan dipeluk rapat... Awas! Anda bukan sekadar kehilangan prinsip politik," penulis mengingatkan.

    Strategi UMNO-BN




    Bertitik tolak daripada "strategi politik", penolong editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan dalam artikel kolumnya mula menghitung bilangan ahli parlimen "keluar parti" yang diperlukan oleh BN untuk menguasai semula majoriti 2/3, sebagai syarat untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pengundian yang bakal dijalankan tahun ini.

    "Untuk mengembalikan penguasaan majoriti 2/3, yang memerlukan sokongan 148 orang ahli dewan rakyat, mungkin sukar untuk dijayakan, melihat kepada keadaan sekarang. Tetapi tidak mustahil untuk dilakukan kerana terdapat banyak pijat-pijat dan katak di gelanggang politik tempatan. Jika gagal mengembalikan majoriti 2/3 sekalipun, fenomena lompat parti bakal menjadi krisis keyakinan PR setelah digemparkan media arus perdana," tulis Lim Sue Goan.


    Cheah See Kian, penganalisa politik ketika ditemuramah China Press, tidak terperanjat apabila UMNO memilih Pulau Pinang sebagai tumpuan serangannya. "Ini kerana menyerang Lim Guan Eng bermakna menyerang Anwar. Lim diserang atas tuduhan meminggirkan orang Melayu, dan ini tiada bezanya dengan serangan terhadap Koh Tsu Koon, (bekas KM) dua tahun yang lalu. Tanpa bukti, tetapi motif politik," katanya.

    Untuk Cheah See Kian, Tan Tee Beng tidak mampu melakukan sesuatu dengan "keluar parti", selebih-lebihnya menimbulkan "riak". Malah, beliau menganggap rakyat akan lebih bersimpati terhadap Lim Guan Eng dan PR, berikutan kejadian ini.

    Cheah See Kian juga menganggap bahawa tindakan UMNO akan lebih menyukarkan MCA dan Gerakan. Beliau berkata, sebahagian rakyat berharap MCA dan Gerakan akan memainkan peranan untuk membantu pembaharuan UMNO selepas PRU ke-12, agar UMNO tidak angkuh dengan kuasa yang berpusat padanya. Tetapi, UMNO kini semakin berkuasa!

    Cheah berkata, inilah punca kekecewaan rakyat terhadap MCA dan Gerakan yang gagal melakukan apa-apa dalam BN.

    PKR menjadi sasaran

    Walau bagaimanapun, PKR gagal mengelakkan diri daripada dikritik, memandangkan parti tersebut melahirkan paling ramai wakil rakyat yang keluar parti. Bermula dari (bekas) EXCO Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, (bekas) EXCO Kedah Mohd.Radzi Salleh, disusuli ADUN Selangor Badrul Hisham Abdullah, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim, dan kini ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng.

    Dalam analisa Lum Chih Feng di Oriental Daily, beliau menganggap fenomena ini mendedahkan kecuaian parti ketika melantik calon PRU ke-12. Perkara ini telah diakui oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sebelum ini. Lum berpendapat, PKR tidak menyediakan kursus untuk mendidik wakil rakyatnya yang terpilih kerana "tsunami politik".

    Lum Chih Feng menganggap PKR kini tidak memiliki kelebihan dalam sumber dan masa. Justeru itu, Lum menjangkakan bahawa Anwar akan mengambil langkah baru. Seandainya tidak, Anwar akan terkurung dalam situasi untuk "mengawal", dan ia semestinya tidak memihak kepada Anwar.


    Ketua munafiq yang membahayakan NEGARA!!!

    Ibtrahim Ali Pengerusi Perkosa

    Ibtrahim Ali Pengerusi Perkosa Bukan Perkasa, Pernah Jadi Pengarah Syarikat Vincent Tan

    Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan.

    Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

    Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

    Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.

    Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

    Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.

    Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina. -malaysiakini

    credit utk : http://greenboc.blogspot.com

    Lawak lawak juga, ada isinya ni.......

    disini Kg. Rusila



    rasanya http://www.terengganukini.net/v2/ ada buat live ceramah kat RUSILA. sama- sama kita tunggu

    Mari kita semua belajar dengan Pewaris NABI



    Alhamdulillah..Hujan Turun Sebaik Saja Tok Guru Nik Aziz Imamkan Solat Sunat Istisqa’


    Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan.

    Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

    Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

    Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

    Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

    “Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

    “Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

    “Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

    “Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

    “Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

    Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”. -MI

    Thursday, March 11, 2010

    DUKACITANYA DIMAKLUMKAN........


    Dukacitanya saya mewakili Pemuda PAS Cawangan Pengkalan Arang, membatalkan PESTA WAU org muda geng kita pada Hari Ini disebabkan hujan lebat dan Padang dinaiki air.

    Insya Allah pihak kami akan mengumumkan satu tarikh baru yang akan diberitahu kemudian.