Tuesday, April 27, 2010

Bila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Pergi Maldives...


Tengah merah lagi kubur Hulu Selangor, serangan ke atas pemimpin sudah bermula. Biarlah tak nampak langsung kilas 'penyerang-penyerang' ini di Hulu Selangor, tetapi berlagak lebih tahu daripada mereka yang berkampung 8 hari berturut-turut di sana.

Tak tahu malukah? Apakah masing-masing ini sudah hilang maruah demi memuaskan nafsu serakah menghancurkan kredibiliti pemimpin?

Apabila keluar saja satu berita Malaysiakini tentang bagaimana majlis menenangkan penyokong PR di Stadium Mini KKB tidak dihadiri pemimpin utama PAS, terus saja serangan dilancar ke tubuh Tuan Guru Presiden dan Timbalan. Siapa lagi kalau bukan Tulang Besi Seluar Dalam dan PAS ReconD.

Ah, kalau dah jenis Seluar Dalam, tahu malukah? Dah lah kerja membesarkan perut, berlagak lebih tahu dari semua orang!

Yang bodohnya, mengapa tidak mahu dipersoalkan juga ketidak hadiran Penasihat, Presiden dan Timbalan Presiden PKR sekaligus dalam majlis itu? Ini majlis calon parti mereka. Mana DSAI, Dr Wan Azizah dan Dr Syed Hussein malam itu? Tak ada juga.

Tetapi kenapa hanya menghala meriam kepada dua pemimpin tertinggi PAS ini?

Aku bersetuju kepada kebebasan mengeluarkan pandangan. Tetapi kebebasan mesti berpaksi kepada keadilan. Kamu marah seorang, seorang lagi kamu diamkan!

Ini mengingatkan aku kepada golongan liberal kufur di Barat. Apabila umat Islam menentang bilamana persoalan Islam (poligami contohnya) dipersoal golongan ini, mereka marah. Kata mereka, orang Islam tidak mendokong kebebasan bersuara. Tetapi apabila Mahmoud Ahmedinejad mempertikaikan Holocoust, golongan ini pula yang marah dan mengancam dengan gelaran anti semitism.

In short, don't call me a bitch, only I can call you a bitch. That's how freedom of expression works.

My ass!

Nampak gaya ajaran liberalis sekular kufur ini dianut pula oleh Seluar Dalam dan PAS Recond.

Bila DSAI buat, oh tak apa. Buat tak tahu saja. Bila Tuan Guru Presiden buat benda sama, oh kita sindirlah. Kita kata TGHH pergi Maldives memancing. Kan bodoh tu!




Nampak gambar dekat atas. Ini gambar blog Pro UMNO. Nampak kesan kerja tak ada otak yang kamu semua buat?

Wahai golongan pembesar perut depan PC, komitmen TGHH dan Us Nasha kepada PRK Hulu Selangor tak layak untuk kamu semua pertikaikan!

TGHH berkampung begitu lama di Hulu Selangor. Ada kamu tahu?

Para petugas lihat sendiri mata merah Us Nasha yang tak cukup tidur demi keazaman memenangkan Datuk Zaid. Ada kamu tahu?

Komitmen mereka berdua yang antara penyebab ribuan tenaga tambahan PAS turun ikut berkampung sama. Ada kamu tahu?

Kamu mana tahu! Kamu membuncit depan PC, bukak Malaysiakini, mana kamu tahu!!

Itu yang jadi cerita kononnya jentera PAS lembab. Lembab apabenda? 10000 petugas turun, 20 jam sehari bekerja, tidur merempat macam golongan hippies. Lembab lagi?

Kenapa tidak berbaik sangka? Kenapa tidak menyelidik sebelum gatal tangan menaip? Malam itu sahaja ada cukup banyak majlis yang melibatkan pemimpin PR. Takkan itupun tak boleh fikir?

Contohi cara MSO mengulas isu ini. Walaupun kritikal, tetapi cukup beradab. Nampak pro.

Katalah tidak hadir atas urusan peribadi pun, katalah. Apakah itu sudah menjadikan segala keringat mereka di Hulu Selangor hilang harganya?

Buat silap satu, 1000 kebaikan menjadi dosa?

Ini dah jadi perangai UMNO. Segala jasa dan kehebatan Datuk Zaid dilupa. Yang dibesarkan isu bodoh minum arak yang Zaid dah bertaubat.

Tuduh orang lain Fraksi UMNO, tapi rupanya Seluar Dalam dan PAS Recond sendiri dah jadi UMNO!

Kalau tak tahu, buat cara tak tahu. Jangan buat andaian bodoh "TGHH pergi memancing". Buat dosa.

Baik korang main guli. Tak ada dosa. Guli aku sponsor sekotak. Tahap mental budak2 macam kamu ni elok sangat main guli. Meransang perkembangan minda.

Berhenti jadi bodoh dan berhenti buat dosa free.

No comments: