Wednesday, April 21, 2010

PEREMPUAN bukan tontonan! (urgent uh!)

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur


*tengok diri jap. adouh. x dek yang kena! :[

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh

Weh! Korang! Padam gambar aku kat facebook! Tidaakk! Hehe.

Saya pernah dimarahi kerana letak gambar dalam networking. Ok. Terima kasih kepada encik yang memarahi. Walaupun gambar saya banyaknya, takdek lah posing sakan. Tak payah marah, saya sendiri pun takkan letak gambar posing ayam! Hehe.

"Perempuan bukan tontonan!" tegasnya, masih terngiang-ngiang.

Sebab tu, kat FB, saya dah setting supaya orang takleh tengok album gambar kat profile picture. (jadi, mintak maap buat kawan-kawan sekolah yang tak dapat detect sapakah saya? hehe. biarlah saya menjadi misteri dan tanda tanya ea.=p) Walaupun, saya tahu, saya tak adalah rupa sangat untuk orang nak save pun! Hehe. Rupa memang takdek. Manis ada. Lalala.

Ramai yang tertanya-tanya, camne nak wat private. Hehe. Mudah je! Explore le.

Pegi kat privacy setting >>>> profile information >>>> photos/ photos and video of me >>> customize ONLY ME! :)

Ok, ingatlah, lindungi diri anda..:) bahaya menanti diluar sana. Ngapp!

WeLove Islam: Salam kasih kerna bersahabat, salam sayang kerna bersaudara..Duhai muslimah, kecantikanmu bknlah untuk ditayang namun ianya adalah satu kurniaan drp Yang Maha Esa, simpanlah ia sebaiknya.Prnh kupesan pdmu,kehadiran gambarmu di alam maya psti buat kumbang tertarik untuk singgah dan mengambilnya sbg kenangan.Silalah lih...at pd website ini, agar dirimu mengerti pesananku selama ini~.. http://www.awektudung.com/(Pesanan dari kawan FB. Yang saya panggil Ustaz. ustaz apa ek? suda lupe. ^_^ terima kasih. )

p/s: dulu-dulu, saya selalu dikacau makhluk-makhluk perosak. hehe. nak gambar la apa la nombor la. berkenalan mengarut apa entah. Aiseh. pelik tengok orang lain, yang letak gambar kat mana-mana, korang takdek orang kacau ker? (saya tahu saya comel. malu-malu ayam)

sri kandi urdun....

No comments: