Walaupun acara rasmi sebagaimana dalam kain pemidang program ialah 30 April dan 1 Mei 2010, tetapi ia telah bermula lebih awal iaitu 29 April lagi. Itulah program Terengganu Sprint Test 2010 yang diadakan di trek berhampiran stadium runtuh, Kuala Terengganu.
Pada kain pemidangnya juga disebut acara bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12 malam. Acara-acaranya pula ialah Vespa (tidak rasmi), Motosikal, Kereta dan Autoshow. Ia dianjurkan oleh Terengganu Automobile Association dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Oleh kerana jarak lokasi program hanya kira-kira 2 km dari rumah saya, maka sangat jelas kedengaran hingar-bingar deruman injin motosikal yang sedang berlumba dalam sprint test itu.
Walaupun acaranya sehingga jam 12 malam sahaja, tetapi sepanjang malam sampai ke selepas Subuh deruman injin motosikal terus kedengaran, termasuk suara pengacara program.
Contohnya, malam tadi ketika saya masuk tidur kira-kira jam 1.00 pagi, masih terdengar dengan jelas suara pengacara dan bingitan deruman injin motosikal. Dan ketika saya bangun pada jam 5.00 pagi suara itu masih terus kedengaran. Bahkan sewaktu solat Subuh sedang berlangsung di surau-surau sekitar kawasan lokasi, deruman itu terus mengganggu, hinggalah selepas 'cerah tanah'.
Begitu juga semasa waktu Maghrib yang sangat sensitif bagi orang Islam yang beriman, hingat-bingar itu makin aktif. Persoalannya, bila masa mereka berehat dan bersolat?
Laluan di sebelah stadium itu penuh sesak dengan manusia. Jalan hanya tinggal selorong kerana dipenuhi dengan kenderaan yang parkir di situ. Mereka berseronok sehingga lupa kepada kewajipan mereka terhadap Allah SWT.
Inilah antara gambaran gejala sosial yang sedang berleluasa di dalam masyarakat dan negara kita sekarang. Apatah lagi ia diberi lesen dan kebenaran serta dihalalkan oleh pemerintah.
Mungkin tujuan asalnya adalah baik, iaitu untuk mengelakkan daripada gejala rempit dan lumba haram. Tetapi penyelesaiannya menjadi haram juga.
Ayahanda : http://ibnugharib.blogspot.com

1 comment:
Post a Comment