Thursday, April 15, 2010

Polis Terengganu Panas? kenapa? Amal makruf?


http://buletinonline.net/images/stories/berita24/integriti%20polis.jpgKUALA TERENGGANU – Kejayaan besar serbuan membenteras maksiat melibatkan warga asing oleh Imigresen Malaysia, tidak dikongsi oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia, mengapa? Adakah pihak polis Terengganu terlalu sibuk dengan tugas membenteras jenayah lain atau Imigresen tidak memaklumkan kepada polis.|
Sumber dalaman memaklumkan, tidak ada walaupun seorang polis yang hadir dan terlibat dalam serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa Imigresen itu.

”Ia adalah antara berita ‘panas’ yang melibatkan kontinjen polis Terengganu, saya berani katakan, ada polis yang menjaga pusat maksiat itu,”kata sumber tersebut merujuk pusat maksiat yang diserbu, 11 April lalu.

Justeru, pihak berkuasa Imigresen tidak memaklumkan kepada pihak polis tentang rancangan untuk menyerbu pusat tersebut.


Berita ‘panas’ mula membakar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPPKT) sejak Rabu lalu, 7 April.

Bahagian Tatatertib Bukit Aman telah menahan tujuh anggota polis pelbagai pangkat yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, pemerasan dan salah guna kuasa dalam operasi khas di beberapa daerah di negeri ini.

Walaupun Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, operasi penahanan anggotanya itu diarahkan oleh beliau sendiri, namun ia memberikan tamparan awal kepada IPPKT

Keesokannya, 8 April, ucapan penggulungan Exco Belia dan Sukan Negeri Dato’ Rahin Said telah membuka laluan kepada ADUN Wakaf Mempelam untuk menambahkan ‘panas’ kepada IPPKT.

Wahid mempersoalkan, adakah cadangan Rahin membentuk satu task force melibatkan pelbagai pihak selain polis bagi membenteras Mat Rempit, menunjukkan polis tidak berupaya menyelesaikan masalah sosial muda mudi itu?

”Adakan anggota polis tidak cukup ? Kalau dalam ceramah PAS ramai polis, FRU tembak gas,”kata Wahid dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.

Pada 10 April, sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris telah mendedahkan kegiatan seorang siswa universiti tempatan menjual alatan ‘seks’ dikalangan siswa universiti berkenaan.

Berita melibatkan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) itu benar-benar memanaskan keadaan.

Bukan sahaja ia menjadi perbualan hangat rakyat, pengamal media, ahli politik, dan pihak universiti terbabit, bahkan ia turut memanaskan IPPKT.

Namun pihak universiti terbabit bersekongkol dengan ahli politik kerajaan, terus menerus mengamalkan sindrom penafian.

Justeru hari ini, polis sudah tidak dapat lagi menahan kepanasan, akibat tekanan pihak atasan dan suku sakat politik, lalu mengisytiharkan, Terengganu bebas dari sebarang aktiviti pelacuran.

1. Polis menafikan pelajar IPTA terlibat dalam aktiviti pelacuran dan penjualan alatan seks.

2. Polis menafikan terdapatnya kegiatan pelacuran di sebuah rumah urut di Wakaf Tapai, Marang ekoran satu serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen.

3. Polis Terengganu turut menafikan premis utama pusat urut itu di Kuala Terengganu.


Hebatnya polis Terengganu!


http://buletinonline.net

No comments: