Tuesday, April 20, 2010

Fitnah Baru UMNO : UMNO dah menuju ke hancuran



UMNO ni, perangai dia teruk, lepas tu dia tuduh orang lain berperangai serupa dengan dia. Kerja-kerja ugutan tarik macam-macam peruntukan dan bantuan ini kerja-kerja UMNO. Selama 50 tahun memerintah lihatlah apa yang dia buat pada orang kampung. Ugut macam-macam kalau tak undi UMNO/BN. Hasilnya jadilah Melayu bangsa yang bodoh kerana terus mengharapkan UMNO. Kalau tak bagi sokongan, peruntukan dipotong.


Sekarang UMNO mahu kaitkan parti lain serupa dengan dia. Orang Melayu ni pun satu. Bangang melantun-lantun. Bodoh dari dulu sampai sekarang. Statik! Kalau tiba isu ini barulah rasa sensitif, tapi isu-isu besar dalam negara tak reti pula nak bagi reaksi.



Pakatan pembangkang ancam henti bantuan zakat penduduk miskin jika pasang bendera BN

HULU BERNAM: “Bantuan zakat daripada Pusat Zakat Selangor akan dihentikan jika anda memasang bendera Barisan Nasional (BN) di rumah anda.” Itulah ugutan diterima penduduk kawasan perumahan Southern Kinta Consolidated (SKC) di sini, dipercayai dilakukan penyokong kuat pakatan pembangkang pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Ugutan itu terbongkar ketika jentera Pemuda BN melancarkan ‘Kempen Satu Rumah Satu Bendera BN’ dengan menyerahkan bendera berkenaan kepada penduduk, tetapi dipulangkan semula kerana lebih 100 penduduk dari kawasan perumahan itu bimbang dikenakan tindakan berkenaan.

Selain itu, penduduk yang sebelum ini menerima borang 5A juga diugut bahawa nama mereka akan disenaraihitamkan daripada memiliki geran tapak rumah.

Seorang penduduk, Hasmah Sukri, 47, berkata ketika beliau sedang memasang bendera BN, seorang penyokong pakatan pembangkang datang ke rumahnya dan mengugut akan memotong wang bantuan zakat yang diterima RM250 sebulan.

“Malah, lelaki itu juga mendakwa mahu menyerahkan rumah yang saya duduki sekarang kepada orang lain jika masih berdegil memasang bendera BN,” kata ibu tunggal itu di sini, semalam.

Beliau yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan berkata, suaminya meninggal dunia pada 2004 dan kini tinggal bersama seorang anak yang belajar di Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Sri Kledang, di sini.

“Bagaimanapun, saya tidak hiraukan ugutan itu dan tetap memasang bendera BN kerana yakin dengan parti berkenaan yang akan terus membantu orang miskin seperti saya,” katanya.
Saharuddin Maali, 47, berkata beliau didatangi seorang lelaki yang mengugutnya kerana memasang bendera BN di rumah.

“Ketika lelaki itu lalu di depan rumah saya, dia tanya kenapa pasang bendera orang sebelah (BN)?... awak tak akan dapat geran tapak rumah dan zakat nanti,” katanya.

http://reformisjalanan.blogspot.com

No comments: