ini YB Paya Jaras dari parti BN/UMNO
HARAP YB TEMPATKU MATI PULA
Seminggu berulang-alik dari Sg Buloh ke Hulu Selangor. Di sana, banyak pembangunan 'mee segera' berjaya dilaksanakan. Lebih mengkagumkan dengan berita tawaran demi tawaran dari dua belah pihak parti yang bertanding kepada penduduk di parlimen Hulu Selangor.
Pada hari jumaat baru-baru ini, selepas solat jumaat, aku sempat berbual-bual dengan Tok Penghulu kampong. Antara tajuk perbualan kami adalah berkenaan dengan status masjid dalam kampong kami.
Kami sekarang, menunaikan solat jumaat di surau yang dinaikkan taraf, boleh menunaikan solat jumaat. Surau itu agak sempit, dan kadangkala bila hujan lebat, surau itu tenggelam.
"saya dah mohon, dah berulang alik pergi jumpa JAIS nak bincang pasal masjid. Tapi, susah nak bagitau jawapanya" ujar Tok penghulu.
"Saya ada buat temu-janji dengan Hasan Ali, pun lambat nak dapat jawapan. Last-last, katanya lepas hulu selangor ni baru nak jumpa" sambung tok penghulu lagi.
Aku hanya diam mendengar keluhan Penghulu lantikan PAS itu. Hanya menganguk dengan keluhannya. Kadang-kadang berbangga juga dengan kesungguhannya hendak membangunkan kampong yang aku dibesarkan ini.
"macam ni la, kita pakat solat hajat, supaya YB kita mati.. lepas tu, mesti kita dapat masjid dengan cepat" aku memberi cadangan berbentuk gurauan, menyebabkan Penghulu itu ketawa.
YB ditempatku namanya Bushro. Dari parti UMNO/BN.
Sekian
wallahu 'Alam
Al-Bakistani
No comments:
Post a Comment