Saturday, May 1, 2010

Betul kata ahli cerdik pandai.....melayu dapat hidup dengan menjadi barua...mereka bimbang dan takut jika lapar....maruah dah jatuh tangga ke 4, tangga pertama adalah untuk hidup senang sampai mati walaupun dihina dan di herdik....melayu, melayu....kat mana kamu simpan islam....

Bagaimana kalau Umno yang bagi RM4 juta - Husam

"KOTA BHARU, 1 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa memberikan andaian, duit RM4 juta yang dinyatakan diterima oleh seorang blogger, Kickdefella adalah datang dari Umno untuk menjatuh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga berkata, wang itu masih ada RM4 juta lagi untuk dibelanjakan untuk jatuhkan PM yang ada sekarang (Datuk Seri Najib Razak) yang juga ditaja oleh orang Umno yang tidak puas hati kerana Pak Lah dijatuhkan.

Husam, ahli politik yang menjadi pusat tumpuan dalam isu ini berkata demikian dalam tulisannya melalui blog beliau, cetusan-hati.blogspot.com.

"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

"Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang Umno yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan."

Sepenuhnya di sini.

No comments: