Saturday, May 8, 2010

Do'a untuk sahabat yang pergi dan yang diuji....dan Al-Fatihah..

Allahyarham Azhar, duduk - gambar ketika kami di ruang di dalam Penjara Pudu sebelum dimasukkan ke dalam lokap.


Awal pagi tadi terima pesanan ringkas dari Sahabat, Saudari Aiman Athirah....

"...aktivis PROTES yg jg 1 of 46 OKT saudara Azhar Ampang Saujana, telah kembali ke rahmatullah awal pg td...di doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkn di tempat org yg beriman.. Jenazah d bawa ke masjid tasik tambahan. Al-fatihah.Sebar -aiman"

Allahyarham Azhar adalah salah seorang yang turut sama ditangkap bersama saya dan 45 yang lain pada 26hb Januari 2008 ketika bersama berhimpun membantah kenaikan harga barangan. Perhimpunan Aman anjuran Gabungan PROTES Harga Barangan.
Kami semuanya ditangkap, dikurung di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dari jam 3 petang hingga ke 4 pagi sebelum dibuat keputusan kami semuanya dihantar untuk dipenjarakan di Penjara Pudu. Kami dipenjarakan tiga hari dua malam. Kemudiannya didakwa dan hingga kini perbicaraan masih berjalan.
Al-Fatihah untuk Adik Azhar. Moga Allah mencucuri Rahmat ke atas. Kami yang tinggal akan terus memperjuangkan akan nama kita semua juga akan dibersihkan oleh Mahkamah yang adil.
.
Atikah, bertudung hitam, ditengahnya Senator Mumtaz dan Aiman, hujung sekali Nora Reformis.
Sehari sebelumnya (semalam) kami telah pula melawat Atikah Hatta, anak kepada Dr Hatta Ramli yang dirawat di IJN bagi menunggu masa untuk dilakukan pembedahan Jantung.
Memang terkejut menerima berita tersebut, maka kami rakan-rakan dalam PROTES telah segera menziarahinya. Beliau didapati mempunyai jantung berlubang ketika menjalankan ujian kesihatan ketika hendak memasuki universiti, pembedahan InsyaAllah akan dijalankan hari ini.

Dr Kalsom kanan sekali isteri Dr Hatta Ramli.


Sumber : http://ummuasiah2001.blogspot.com

No comments: