Monday, May 10, 2010

Demi Pilihanraya di P 212, BRAHIM ALI di buang & di Pinggirkan...



Ingatkan ganas Perkasa ni. rupa-rupanya anak UMNO jugak. Yang disebarkan dan ditegakkan selama ini hanya la HIPOKRIK semata-mata..simbul pun keris...pembela melayu...tapi bila Umno beli undi kat SABAH, terdiam je dia dalam tempurung...Brahim Ali, Brahim Ali.....

Shhh...Tolong jangan bagi tau Ibrahim Ali

Peniaga Kecil Cina Boleh Mohon Pinjaman Tekun


SIBU, 6 Mei (Bernama) -- Peniaga kecil kaum Cina sekarang boleh memohon pinjaman di bawah dana khas Tekun Nasional.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata walaupun pinjaman Tekun itu bagi membantu ahli perniagaan Bumiputera, tetapi kerajaan kini memutuskan untuk memanjangkan kemudahan itu untuk kaum Cina, selain kaum India.

"Ini adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia, inisiatif Perdana Menteri.

"Seramai 10 peniaga Cina memperolehi kemudahan ini di Hulu Selangor baru-baru ini. Dan hari ini, tiga peniaga di Sibu turut mendapat manfaat yang sama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar keusahawanan Tekun melibatkan 700 peserta dan juga pelancaran Kelab Komuniti Usahawan Tekun yang pertama di negeri itu hari Khamis.

Sejak 2008 sejumlah RM35 juta pinjaman telah diberikan kepada kaum India, katanya.

Noh berkata untuk permulaan sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk dana khas Tekun bagi membantu ahli perniagaan Cina. - bernama

Ehhheee....seram nya....
Kalau berahim Ali tau .. mesti dia angkat kerih .. muakakaka !

kekanda : http://dppwm.blogspot.com

No comments: