SITI SOPIAH BT. RAFIEI
Dilahirkan pada 23 Februari 1962 di Johor Darul Takzim. Terlibat dengan PAS setelah berkahwin dengan seorang aktivis parti yang berasal dari Sabah dan berhijrah ke sana.
Pada 1988 mula melibatkan diri sebagai seorang guru apabila diterima mengajar di sebuah sekolah swasta Yayasan Bakti Akademik.
Pada pertengahan tahun 1989 , PASTI yang pertama dibuka di Sabah iaitu PASTI Saidina Abu Bakar As-Siddik kehilangan guru kerana tindakan disiplin telah diambil ke atas mereka. Bagi mengisi kekosongan tersebut , dan atas arahan YDP PAS Kawasan beliau telah diarahkan untuk berhenti mengajar di Yayasan Bakti dan terus ditempatkan di PASTI Saidina Abu Bakar As-Sidik.
Dengan hati yang terbuka dan “Wala” pada arahan pimpinan beliau terus menerima arahan tersebut. Pada tahun 1991 masalah kewangan melanda PASTI Saidina Abu Bakar As-sidik. Beliau menyatakan hasrat untuk berhenti setelah menerima tawaran kerja yang lebih baik dari sebuah Koperasi di Sandakan. Suatu perkara yang tidak diduga apabila beliau menerima ugutan dari ibubapa yang menyatakan “Jika Cikgu berhenti , kami juga akan berhentikan anak kami dari belajar di PASTI”. Terharu dengan tindakan ibubapa dan atas dasar sayangkan dakwah Islam agar terus tersebar hasrat untuk berhenti dilupakan. Dengan sokongan suami dan ahli-ahli beliau terus mendidik anak-anak PASTI sehingga ke hari ini.
Beliau juga seorang yang komited untuk melahirkan guru-guru PASTI yang baru. Di atas usaha itu PASTI Kawasan Sandakan terus maju dan bergerak ke hadapan. Beliau bukan sahaja sebagai seorang guru PASTI malah juga sebagai penggerak Muslimat di kawasan. Pengerakan di dalam PASTI adalah seiring di dalam PARTI.
Bersama iltizam dan sokongan dari teman-teman seperjuangan beliau bertekad meneruskan perjuangan , memastikan anak-anak didik PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami ISLAM dan seterusnya syariat ISLAM tertegak di bumi Malaysia yang bertuah ini
No comments:
Post a Comment